Wednesday, June 22, 2011

memBERSIHkan KATAK yang hodoh!



BERSIH 2.0 telah membuatkan 2,3 ekor katak melompat-lompat kekalutan. Kalut untuk mencari tapak untuk menikmati kelazatan enaknya nyamuk..! Sedangkan katak-katak hodoh itu tidak menyedari bahawa sang nyamuk tidak akan berlegar-legar lagi dibibir katak-katak itu namun akan terus menghisap darah katak-katak hodoh itu!..

BERSIH 2.0 adalah kehendak rakyat. Buktinya perhimpunan BERSIH 1.0 itu berjaya dengan hebatnya. Rakyat yang mempunyai jiwa membara untuk memastikan pilihanraya telus dan adil serta diBERSIHkan dari penyelewengan beramai-ramai turun ke jalan raya melontarkan kehendak jiwa bahawa keadilan itu wajib dihormati.

Tiba-tiba muncul 2,3 ekor katak yang bersuara kononnya BERSIH itu kotor.. BERSIH itu haram.. Eh, katak-katak ini sudah lupa bahawa rakyat mempunyai hak yang jelas untuk berhimpun dengan aman dan menyatakan hak mereka berdasarkan perlembagaan negara. Perlembagaan yang jelas menyatakan " 

* Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.
* Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.
* Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 

Bukankah ini sudah jelas?.. Habis, mengapa katak-katak ini kalut dan takut..?

Mereka takut. Terutamanya katak dari Pasir eMas yang takut perutnya akan hancur digilis oleh rakyat pada PRU13 nanti. Katak ini buntu dan takut kerana memikirkan atas platform apakah untuk katak ini melompat pada PRU13 nanti. PAS sudah pasti tidak akan bagi payung pada katak ini lagi. PKR? Ya, mereka akan bagi payung namun bukan untuk katak ini berteduh tetapi untuk membantai katak ini sehingga lunyai. Jadi, parti apa lagi untuk katak ini mengharapkan untuk berteduh? Pastilah UMNO. Namun, UMNO akan terima lagi ke katak ini? Katak yang berbadan besar tetapi berakal kecil ini..? Oh ya, ada satu lagi pilihan.. katak ini boleh membeli sendiri payungnya.. melompat sambil memegang payung. Namun,pasti payungnya akan bocor dek balingan batu oleh rakyat yang sememangnya hanya meratib menunggu masa.

Sokonglah BERSIH 2.0. Keluarlah menyatakan kebenaran. Jangan takut untuk melawan kezaliman. Usah risau dengan ugutan yang tidak berasas. Kita sudah lama ditindas,hak kita dipijak..inilah masanya kita buktikan bahawa rakyat yang mereka tipu,tindas dan pijak ini bukan bodoh. Kalau anda rasa sakit dengan kenaikan harga barang, inilah masanya.. andai anda rasa susah dengan kenaikan harga minyak, inilah masanya.. andai anda rasa risau dengan angka MURTAD yang tenat di negara kita, inilah masanya.. jika anda ingin masa depan anak-anak anda dibela, inilah masanya..jika anda mahukan pemimpin yang adil menjadi pemerintah, inilah masanya..andai anda benci dengan kemewahan yang dinikmati oleh pimpinan kerajaan sedangkan rakyat masih miskin dan ditindas, inilah masanya.. jom, kita sama-sama memeriahkan himpunan demokrasi ini. Ya, pasti tsunami kuning akan membanjiri bandar Kuala Lumpur nanti. TSUNAMI KUNING.JOM BERSIH..!

Tuesday, April 19, 2011

LUAHAN RASA 'JAGA' MASJID : BERDOA TANPA HENTI.

Kesempatan belajar di Syria dulu, Allah telah memberi peluang kepada diri ini untuk bertamu di Makkah dan Madinah. Menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan ibadat umrah bersama seorang sahabat. Indah sungguh kenangan di sana, sentiasa menari-nari di minda..terutama apabila dapat melihat kehebatan Kaabah di depan mata!. Ada juga coretan kenangan di sana yang boleh anda baca di CACATAN HARAMAIN I , di CATATAN HARAMAIN II dan di CATATAN HARAMAIN III .

Apa yang pasti, kunjungan ibadat tersebut banyak meninggalkan kesan di hati ini. Ya, kesan kehebatan Allah. Kesan keagungan Allah. Masih lagi terakam dalam minda ini akan doa yang dipanjatkan kepada Allah ketika pertama kali dahi ini dapat menyentuh hamparan marmar sejuk di Masjidil Haram. Doa yang dipanjatkan tika bebola mata ini memandang tepat kepada Kaabah sambil tangan menadah memohon harapan dan permintaan padaNya. Allah.. ketenangan itu kembali di minda ini.. Ahh.. sudah sampai pun di jiwa..!

Doa. Ya, Doa. Tika itu, doa yang pertama yang terkeluar dari bibir ini ialah untuk hidup dalam kondisi yang sentiasa dalam suasana ilmu. Teringat saat itu yang diri ini amat faqir dengan ilmu. Ya, masakan tidak, sahabat-sahabat lain sudah berlari dalam menuntut ilmu sedangkan diri ini masih merangkak selangkah demi selangkah dalam mencari ilmu. Sampai bila untuk sentiasa merangkak sedangkan orang lain sudah berjalan malah meluncur laju berlari dalam mencari ilmu?.. Hanya Allah yang tahu rasa jiwa tika itu. Ya, ini kisah tahun 2007.

Masa meluncur laju tanpa disedari. Akhirnya, diri ini di taqdirkan di sini. Berkhidmat sebagai penjaga rumah Allah. Khadam masjid. 'JAGA' masjid. Setiap malam ada kuliah maghrib dan sentiasa dalam majlis ilmu. Ustaz Dato' Salleh Hj Ahmad ( Kitab Kifayatul Akhyar), Ustaz Dr Hayyei Abd Shukor ( Ringkasan Sahih Bukhari),Ustaz Zamihan Al Ghari (Sifat Solat Nabi SAW), Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Dr Fauzi Deraman, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Zainal Ariffin Sarbini dan baaanyak lagi ulama' yang dapat diri ini kutip mutiara ilmu dari mereka. Allah.. terima kasih ya Allah. Doa yang dipanjatkan dahulu dimakbulkan sehingga sekarang. Hidup ini sentiasa dalam wangian ilmu. Mencari dan terus mencari biarpun hanya merangkak dalam pencarian itu..!Kekalkan diri ini dalam suasana ilmu sehingga hujung nyawa ini ya Allah.. 

Syukur padaNya kerana andai diri ini ditaqdirkan bukan berada di rumah Allah, mampukah untuk solat Jemaah? Mampukah untuk datang ke masjid dan mendengar majlis ilmu? Mampukah diri ini merapati para ulama'?..Mampukah diri ini mengenali apa itu tahajud,taubat.. Allah.. betul janji Mu.. Doa yang dipanjatkan kepada Mu pasti akan dikabulkan..! Berdoalah.. pasti Allah akan kabulkan doa kita..ya PASTI!..Berdoa jangan henti,Allah akan kuatkan ruhani,hidup akan diberkati dan dirahmati..

Ingin menjadi ABI, memeluk mesra BABY di samping UMMI.. Hanya Allah yang tahu rasa diri.. Ya, BERDOA TANPA HENTI..!    

Monday, April 4, 2011

BULU KENING DAN LUBANG HIDUNG : HEBATNYA ALLAH.

Assalamualaikum wth ,

Sedang memikirkan kenapa bulu kening tidak boleh memanjang seperti bulu rambut? Juga sedang memikirkan kenapa lubang hidung ini dicipta ke menghala ke bawah.. bukan menghala ke atas? Pernah anda memikirkannya?

Hebatnya kekuasaan Allah.

Minda ini mencari jawapan tersebut bila dua,tiga orang anak saudara mengerumuni arjuna menanyakan soalan-soalan tersebut. Soalan yang menjadikan minda arjuna berputar mencari fakta-fakta saintifik untuk memberikan jawapan kepada mereka. Namun, tidak ada pula jawapan tersebut dalam tangki minda ini. Minda ini berputar pula mencari fakta-fakta ilmiah, dalil al quran dan sebagainya. Herm..Ada mentol yang menyala di minda..!

Berbual dengan kanak-kanak amat seronok. Soalan-soalan yang ditanya kadang-kadang akan membuatkan kita tersentak. Bukan apa, kadang-kadang terkena atas hidung sendiri dan  soalan yang ditanya juga amat ikhlas. Soalan yang bukan kerana provokasi tetapi soalan yang tulus dari hati. Untuk tujuan merangsang minda mereka, soalan - soalan tersebut seeloknya dijawab dengan bertanyakan kembali soalan-soalan tersebut kepada mereka.

" Adik, Apa akan jadi jika bulu kening memanjang macam rambut? Macamana adik nak tonton cerita upin dan ipin nanti?..Ya lah, bulu kening dok melayang-layang kat mata. "

" Kami gunting la, macam gunting rambut "

" Ya, boleh gunting.. tetapi takkan adik nak gunting selalu. Tentu ia amat menyusahkan, betul tak? "

" Betul, betul, betul.. mesti bila gunting nanti ,ada yang sama panjang dan ada yang tidak sama, tak cantik la.. "

" Haa..itulah maha pengasihnya Allah.. Allah tolong hambaNya menjaga semua itu. Allah tidak mahu menyusahkan hambaNya dan ternyata Allah Maha Bijaksana. "
 
Lubang hidung mengahala ke atas..?

" Camne pula lubang hidung kita ni, mengapa menghala ke bawah, tidak ke atas atau tengah2 ke..? "

" Herm.. pergi sekolah dengan apa? "

" Abah hantar dengan motor "

" Ok, kalau lubang hidung kita menghala ke atas, abah pula nak hantar adik ke sekolah, tiba-tiba hujan turun.. macamana adik nak tutup lubang hidung tu supaya air hujan tak masuk? "

" (Gelak)..Payah juga tu ya.. mesti susah.."

" Haa..itulah kehebatan Allah.. kan Allah Maha Bijaksana.. Cuba adik bayangkan kalau lubang hidung menghala ke atas, cantik tak rupa manusia?.."

" Eiii...tak la.."

" Ha..hebat tak Allah?.."

" Hebat sangat..!!"

Syukur.

Alhamdulillah, dapat juga arjuna muhasabah diri. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda-benda yang besar sehingga lupa benda-benda yang kecil namun mempunyai impak yang besar kepada Iman kita. Pandanglah sekeliling kita dengan Iman, insyaAllah.. Taqwa akan datang menjadi teman.. Syukur akan hadir bersulamkan keberkatan.. Hidup akan dilimpahi keredhaan.. Alhamdulillah,

Thursday, November 4, 2010

Belum Menang! Bukan Kalah!

Assalamualaikum wth.

Hanya kesedihan yang mengiringi jemari yang sedang rancak menaip ini. Baru tadi, pengumuman keputusan pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas. Ya, di kedua-dua tempat, calon Pakatan Rakyat telah kalah kepada calon BN. Eh, bukan kalah.. tapi belum menang..!

Perjuangan menegakkan kebenaran tidak akan berkesudahan. Biarlah beribu atau berjuta kali pun kita kalah, ia sedikit pun tidak akan memberi kesan kepada perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan tetap akan diteruskan..!

Kemenangan itu milik Allah. DIA yang tentukan. Kalah juga milik Allah, DIA juga yang tentukan. Kita berjuang untuk menang pilihanraya atau untuk mendaulatkan agama Allah? Kalau anda fikir untuk menang pilihanraya, kita sudah kalah.. dan perjuangan anda sudah tamat!

Namun jika anda fikir perjuangan anda adalah untuk mendaulatkan Islam, perjuangan anda sebenarnya baru bermula..! Ya, perjuangan kita baru bermula..! 

Kesedihan dan kerancakan jemari ini menaip sebenarnya adalah satu petanda perjuangan kita baru bermula. Berjuanglah mengikut kemampuan anda..!

Sunday, October 31, 2010

Rakyat Di Tipu Atau Kerajaan Menipu?

Assalamualaikum wth.
Dalam keadaan akhlak yang nazak di kalangan rakyat Malaysia kini terutamanya kepada para remaja, kerajaan masih lagi tidak memikirkan ubat kepada penyakit ini tetapi masih lagi ingin memikirkan untuk membina bangunan tinggi, ya amat tinggi iaitu 100 tingkat!

Dalam keadaan rakyat Malaysia sekarang ini sedang berperang dengan kenaikan harga barang yang menggila, kerajaan masih lagi tidak menaiktarafkan tahap ekonomi rakyat Malaysia tetapi terus menyuntik virus 'rakyat didahulukan' dalam minda rakyat. Sehingga rakyat terfikir, apa yang sudah didahulukan sebenarnya?

Rakyat sudah dihancurkan hak mereka sebenarnya. Hak bersuara sudah dirantai, hak mendapat kenaikan taraf ekonomi sudah disamun, hak mendapat ketenangan dalam negara yang harmoni dirogol dan hampir semua hak-hak rakyat yang lain sudah dikongkong oleh kerajaan..!

Kerajaan kata negara kita aman dan tenang, betul kah?.. Kehidupan rakyat sudah lagi tidak aman, tidak tenang.. hatta di masjid pun sudah tidak tenang. Sana sini terdapat rompakan, kecurian, rogol, culik, ugut, dan lain-lain. Aman kah itu..? tenangkah itu..?

Kerajaan kata mereka sentiasa tolong rakyat. Betulkah?Mahasiswa yang baru selesai dari pengajian kini sudah lagi tidak rasa gembira dan tenang bila sudah habis belajar.. mengapa? kerana mereka selepas habis belajar terus dibelenggu hutang.! Ya, hutang pitih pitih N. Nak dapat kerja pula amat susah! Anda boleh tanya sanak saudara anda yang bergelar mahasiswa..! Ini dalam konteks mahasiswa, bagaimana pula rakyat yang fakir miskin  serta sering keluar dalam rancangan Bersamamu (TV#)? Ada yang masih tinggal dalam pondok buruk dan lebih sedih ada yang masih makan siput babi..! Ya, makan siput babi di zaman canggih ini..! Erm.. rakyat didahulukan!

Rakyat sudah sedar, dan rakyat hanya tunggu masa untuk bangkit dan sedarkan kerajaan! Mungkin hasilnya akan terpancar di Galas dan Batu Sapi nanti. InsyaAllah. Allahu Akbar!

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431 H


ASSALAMUALAIKUM WTH.

SALAM AIDILFITRI 1431 H DARIPADA ARJUNA DAN KELUARGA KEPADA SEMUA PENJENGUK BLOG INI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan : Ibadat Di Dahulukan.. Keikhlasan Di Utama Kan..





Ahlan Ya Ramadhan 1431.



Rasa sekejap sahaja. Malah baju raya yang dibeli tahun lepas hanya 2,3 kali dipakai. Masih elok dan kemas dalam almari. Alih-alih kurang seminggu lagi dah nak berpuasa pula. Allah.. sungguh cepat masa berlalu.

Masa yang berlalu itu tidak akan kembali. Umur orang muda akan bergerak menuju tua. Umur warga tua pula akan terus menuju tua..tua.. dan tua.. itulah lumrah kehidupan. Akhirnya umur yang tua.. tua.. dan tua itu akan terus ditarik Allah menuju kematian. Bartukar alam. Ya.. Alam barzakh. Orang muda juga apa kurangnya, bila kematian sudah ditakdirkan.. usah lari ke sana sini.. usah sembunyi.. anda tetap akan mati..! Persoalannya apakah yang diisi menuju kematian tersebut..??

Itu yang bermain dalam kepala. Kalau dulu, sempat khatam Al Quran sekali dalam bulan Ramadhan, kali ini bagaimana pula..? Kalau dulu, berjaya qiam walaupun hanya 2 rakaat menyembah Allah, kali ini bagaimana pula...?

Oh..itu tak apa, kalaulah dulu tidak boleh khatam Al Quran langsung dalam bulan Ramadhan, kali ini apa pula tindakan kita..? Kalau dulu tak mampu qiam walau sehari di  bulan Ramadhan, kali ini apa pula tindakan kita..?

Herm.. tanyalah diri kita.. Allah dah sediakan berlonggok-longgok bonus pahala untuk kita rebutkan di bulan barakah ini.. jangan pula kita memberi berlonggok-longgok alasan pula untuk beribadat kepada Nya.. Malu sikit pada Allah..! 

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431,
arjuna & sakura.
www.syifaarjuna.blogspot.com