Tuesday, December 15, 2009

Bukan Rezeki Kami..



Bismillah Wa Lillah..

Rezeki Allah amat luas. Kadang-kadang ia datang dari kanan, dari kiri hilang. Jatuh dari atas, yang di bawah pula hilang. Kadang-kadang pula ia ditarik, tidak lama selepas itu... ia dikembalikan. Rezeki Allah memang luas.

Itu yang terjadi pada diri ini. Allah uji. Teringat kalam sheikh semasa di alam pengajian dulu.." Ujian itu adalah hadiah dari Allah..".. HADIAH..!

Tangisan isteri menjadi penguat semangat untuk lebih kuat menghadapi ujian. Air mata kesedihan yang mengalir di pipi permaisuriku tercinta itu menjadi azimat untuk jiwa ini lebih hadam apa makna 'redha'..


Hanya 'redha' menjadi ubat di jiwa. Hanya 'redha'.. 'redha'.. dan 'redha'.. dengan ujian Nya..


Terima Kasih Ya Allah kerana meminjamkan 'anakku' selama 3 bulan dalam kandungan isteriku..

Terima Kasih Ya Allah kerana meminjamkan ku 'aura' untuk menjadi 'ABI' selama 3 bulan itu..


Terima Kasih Ya Allah.. Kami Redha Dengan Ujian Mu..

Mungkin rezeki kami akan datang dari atas, tengah, bawah, hadapan, kiri, kanan dan belakang selepas ini.. InsyaAllah. Doa. 

Sunday, November 29, 2009

Mengapa?


Bismillah wa Lillah..



Arjuna berhenti ber 'blog'!? Tidak sesekali..! Ramai sahabat yang sms bertanyakan perihal arjuna yang sedikit slow menulis sejak kebelakangan ini. Ya, itu arjuna akui. Memang arjuna slow sikit sekarang ni. Bukan tidak sempat, namun kadang-kadang buat-buat tidak sempat. Bukan busy namun kadang-kadang sengaja buat busy. Mengapa ia berlaku..?


Allah menganugerahkan insan satu akal. Akal yang satu ini lah yang kita buat untuk pelbagai perkara. Macam-macam benda. Namun, di saat dan tika kita sedang memerah akal ini untuk berfikir, bekerja dan sebagainya, pernahkah kita terfikir yang apa akan jadi jika akal kita ini rosak. Atau dengan kata 'selamba'nya.. GILA.. ?(nauzubillah). Dan pernahkah kita terfikir untuk merehatkan akal kita ini sementara dengan menyiramnya dengan sesuatu yang nyaman, segar, rileks dan tenang?..


Jom rehatkan akal jap. Jom solat..!

Tuesday, October 27, 2009

EGM : KALAM ANAK TOK GURU

Salam Kamunting,

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.
Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya. Antaranya,

Anda mesti ikhlas

Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu

Anda mesti adil menilai

Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk

Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama

Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik

Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik

Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan.

Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal

Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan

Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!
Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.
Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.
Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

Tuesday, October 13, 2009

Menanti Di Barzakh- Far East

Bismillah Wa Lillah..
Hayatilah nasyid ini.. diri ini menyepi seketika untuk memberi tumpuan kepada blog dakwah yang baru dibina... insyaAllah taman dakwah ini akan selalu dikemaskini kan.. salam syifa'..

Monday, September 28, 2009

Enam Hari Dalam Bulan Syawal..

Bismillah wa Lillah..

Daripada Abi Ayub RadhiallAhu'anhu sesungguhnya Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam telah berkata : Sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan kemudian di ikuti dengan berpuasa Enam (6) hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. - Riwayat Muslim

Jadi, apa tunggu lagi.. jom sama-sama kita berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal nie.. 30 hari dalam bulan Ramadhan pun boleh buat.. takkan 6 hari dalam bulan Syawal tak boleh kot.. Boleh kan?.. Jom Puasa..!

Salam Idulfitri daripada arjuna dan zaujah.. Maaf Zahir Dan Batin andai tulisan dalam taman dakwah ini melukakan jiwa anda yang membacanya. Salam Syifa'..

Thursday, September 10, 2009

Majlis Iftar..

Antara sahabat-sahabat aqrab dari SMU ( A ) Maahad Muhammadi Lelaki..

Berusrah dengan pengisian perbincangan perkembangan terkini MML..

Sahabat-sahabat yang mewakili beberapa IPT dari dalam dan luar negara.

Semua dah menunjukkan gaya 'lapar'.. sabar... sabar..

Makanan2 yang di sponsor oleh 'Kak Noh' catering.. Alhamdulillah. Pic ini sebelum berbuka puasa..

Jeng..Jeng..Jeng.. keadaan makanan yang di sponsor oleh 'Kak Noh' Catering 5 minit selepas berbuka puasa.. Huh..! Nampaknya sahabat-sahabat ku masih tak berubah dalam bab makan nie..
Bismillah wa Lillah..
09.09.09. Cantik tarikh ini kan..? Orang cina kata, no 9 ni ada 'ong' yang mana pada no ini menggambarkan akan keabadian dan berkekalan. Kerana itu andai kita baca 'paper' dan tonton berita, dikhabarkan ramai orang Cina yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini. Di negeri Melaka sahaja terdapat 99 pasangan Cina yang berkahwin pada tarikh itu.
Apa pun, arjuna bukan nak cerita tentang tarikh tu.. apatahlagi bagi orang Islam, setiap waktu, hari dan tarikh semuanya mempunyai keistimewaan dan kehebatan. Keistimewaan dan kehebatan ini akan hadir kepada mereka yang mengisi waktu,tarikh dan hari dengan benda yang berguna. Benda yang boleh memberikan ganjaran pahala. Ibadat..!
Eh.. arjuna nak cakap pasal majlis iftar sebenarnya. Ni.. pada tarikh yang cantik tu.. arjuna ada buat majlis iftar khusus kepada lepasan MML. Nak buat juga untuk lepasan Syam.. nantilah nak tengok tarikh yang sesuai...insyaAllah. Ramai juga sahabat-sahabat yang hadir memeriahkan masjlis iftar dan usrah ini. Alhamdulillah. Di sini arjuna sertakan beberapa pic untuk tatapan anda.. semua masih bujang.. kecuali arjuna.. hafiz quran pun ada.. hehehe.. terima kasih kerana hadir.. wahai para sahabat..! Tidak lupa ucapan terima kasih kepada 'Kak Noh Catering'.. Masakan yang paling lazat di area Bangsar kerana sudi sponsor makanan di majlis Iftar arjuna.. Moga ikatan ukhwah ini akan lebih kejap terjalin.. aku sayang pada dirimu wahai sahabat..!

Wednesday, September 9, 2009

Nasyid Terkini : Seri Aidilfitri

Bismillah wa Lillah..
Ini lagu nasyid terbaru bertemakan Aidilfitri dari beberapa kumpulan nasyid tanah air. Lagu ini juga merupakan lagu terakhir Allahyarham Ustaz Asri Rabbani dan video klip ini dirakamkan seminggu sebelum Allahyarham meninggal. Sama-sama kita menghayati hiburan Islamik ini. Islam tidak menghalang hiburan cuma Islam mahukan hiburan dikawal..

Tuesday, September 8, 2009

Husnu Dzon Dengan ALLAH..


Bismillah wa Lillah..

Husnu Dzon dengan Allah. Inilah pesanan Sheikhuna Al Fadhil Sheikh Yahya Al Biek yang amat melekat dalam jiwa ini sedari dulu. Sedari bertatih untuk mengenali syariat, aqidah dan akhlak. Dan sampai sekarang pun diri ini masih bertatih untuk mengenali semua itu. Mengenal hakikat kehidupan yang dinikmatkan oleh Allah ini. Kadang-kadang diri ini lupa.. leka.. lalai.. riak.. ujub.. takabbur..lagha.. hasad.... Allah.. Banyaknya karatan dosa di jiwa ini. Malas rasanya jari jemari ini untuk menaip sifat yang baik yang diri ini pernah lakukan. Malu.. Ya.. Rasa malu dengan Allah kerana andai hendak dihitungkan berapa kali diri ini melakukan kebaikan ianya hanya boleh dikira dengan jari. Kalau hendak dibandingkan pula antara kebaikan dan keburukan..? Huh.. tentulah diri ini sentiasa dalam kelambu dosa..!

Pernah dulu diri ini hampir kelaparan ketika di perantauan menuntut ilmu.. Husnu Dzon dengan Allah lah menjadi makanannya. Pernah dulu diri ini hampir berputus asa kerana tekanan pelajaran yang tidak mampu ditanggung oleh minda.. Husnu Dzon dengan Allah lah menjadi pencetus ketenangannya. Pernah dulu diri ini ditimpa ujian yang berat yang melibatkan maruah keluarga.. Husnu Dzon dengan Allah lah menjadi kekuatannya.. Pernah dulu diri ini serabut dalam mencari wang untuk membina keluarga sendiri.. Husnu Dzon dengan Allah lah yang menjadikan diri ini kembali bahagia.. dan sekarang pun bertambah bahagia..!

Husnu Dzon dengan Allah merupakan ubat yang mujarab kepada segala penyakit. Husnu Dzon dengan Allah akan mengajar kita redha dengan segala ujian dan bersyukur dengan segala kebaikan. Redha yang tidak membawa kita kepada kufur akan nikmat Allah dan bersyukur tanpa membawa kita meninggalkan usaha dalam melakukan sesuatu. Apa sahaja yang berlaku kepada diri kita.. pandanglah dari sisi yang positif.. tidak kira samada sesuatu itu baik atau buruk. Anggaplah itu semua daripada Allah dan yakinlah.. jiwa kita akan tenang. Allah akan memberikan penyelesaian kepada semua masalah kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur dan menilai sesuatu dengan akal iman bukan akal nafsu. Itu lah Husnu Dzon dengan Allah bagi diri ini.

Husnu Dzon (bersangka baik) lah dengan Allah.

Sunday, September 6, 2009

Teruskan Ber'shopping'..


Bismillah wa Lillah..


Alhamdulillah. Kita sekarang sudah berada di pertengahan Ramadhan. Dalam zon 'maghfirah'. So, macamana dengan ibadat kita setakat ini?.. Ada baik..? Banyakkan mohon maghfirah daripadaNya. Seharusnya dalam bulan rahmat ini kita mengambil peluang untuk ber 'shopping sakan' di supermarket rahmat ini dan semoga dengan banyaknya pengorbanan yang kita korbankan itu akan menghasilkan mata ganjaran yang boleh ditebus menjadi pahala di akhirat kelak. Tentu anda tahu apa gunanya pahala bukan?


Salam mujahadah.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kareem..


Bismillah wa Lillah..

Alhamdulillah.. dapat lagi kita merasai nikmat Ramadhan. Bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya pelepasan daripada neraka Allah. Alhamdulillah.

Moga kita dipilih untuk tidak mendiami neraka Allah kelak dan menjadi keluarga kepada ahli syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Hiasi Ramadhan dengan memohon keampunan padaNya.. kerana kita semua akan kembali padaNya... Ya.. hanya padaNya..! Salam Ramadhan kepada semua yang mengenali diri ini. Ramadhan Kareem..

Thursday, August 20, 2009

Tuan Guru Nik Aziz Di ISA Kan?..


Bismillah wa Lillah..

" Nik Aziz Seleweng ". Itu tajuk utama akhbar UMNO - Berita Harian , 20 Ogos 2009. Kenyataan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan ini seolah-olah telah meng 'ISA' kan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Hukuman yang dijatuhkan tanpa dibicarakan. Hukuman yang dijatuhkan tanpa sedikit pun disadur dengan perlaksanaan yang profesional. Ini lah UMNO.

Kita semua tahu yang kes kenyataan Tuan Guru berkenaan dengan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga itu belum diputuskan lagi samada Tuan Guru benar-benar mengeluarkan kenyataan itu atau pun tidak kerana dikatakan kenyataan Tuan Guru itu sudah diputar belit. Tuan Guru juga dalam proses untuk menyaman akhbar yang mengeluarkan isu tersebut. Malah Tuan Guru sendiri menempelak Mufti Perak yang mengeluarkan kenyataan mengecam Tuan Guru tanpa merujuk dahulu kepada beliau berkenaan isu tersebut kerana itulah cara yang beradab dalam kita merungkai khilaf di kalangan ulama'.

Tapi, apa yang berlaku..? Sepatutnya Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak hanya berpandukan kepada akhbar harian untuk membuat keputusan dalam kes sebesar ini. Kes yang melibatkan akidah. Perlu ada siasatan, perbincangan, kesahihan dan penelitian yang menyeluruh sebelum membuat keputusan. Bukankah Islam telah mengajar kita " Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah ". Ini tidak, dengan berpandukan akhbar yang penulisnya kita tidak tahu apakah muslim atau non muslim dan juga setelah TPM mengeluarkan kenyataan supaya Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memberikan kenyataan berkaitan isu ini secepat mungkin... terus hukuman zalim ini dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Hanya orang yang bodoh sahaja mempercayai kenyataan politik yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan ini.

Masakan tidak, sebelum ini berlambak isu-isu yang melibatkan kehancuran akidah yang bisa menganggu gugat hidup umat Islam contohnya judi, arak, pelacuran, along, hiburan yang melampau dan banyak lagi yang Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan boleh memberikan komentar dan kenyataan untuk masa depan umat Islam tetapi sedikit pun kita tidak mendengar Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan ini berkokok tentang isu-isu tersebut. Diam seribu bahasa.! Alih-alih bila datang PRK Permatang Pasir ini dan Tuan Guru telah memberikan kenyataan yang telah diputarbelitkan oleh media UMNO, berkokok pula mereka. Apa ni..? Nampak sangat ulama makan gaji. Nahnu nahkum bi zowahir. Rakyat boleh berfikir..! Jelas di sini Tuan Guru telah di ISA kan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Herm.. ISA pun tak zalim bagi mereka barangkali. Memang pun..

Moga ujian yang menimpa Tuan Guru ini akan mendapat pembelaan daripada Allah. InsyaAllah. Apa susah.. bukankah pejuang itu sering diuji..?

Wednesday, August 12, 2009

H1 AND 1MALAYSIA..

Klik untuk besarkan poster..

Bismillah wa Lillah..

Dua, tiga minggu kebelakangan ini dunia kalut dengan wabak Selsema Babi. Hatta di negara Islam 1Malaysia sendiri, wabak ini semakin menjadi-jadi dan angka kematian semakin meningkat dari sehari ke sehari. Sekolah dah banyak yang tutup. Universiti juga banyak yang bermurah hati memberikan cuti kepada mahasiswa/wi semata-mata untuk mengekang wabak ini. Eh, silap.. bukan wabak tapi bala. Bala yang berwajahkan wabak.

Namun, adakah rakyat Malaysia sedar yang mereka sekarang sedang diuji dengan bala ini? Bagi mereka yang sedar, Alhamdulillah.. tetapi bagi mereka yang masih kebingunan.. sedar-sedarkan diri anda..!

Bala hanya boleh ditolak dan diangkat melalui DOA. DOA yang ikhlas. Doa yang disulami dengan munajat dalam kondisi yang insaf serta betul-betul mengharapkan keredhaan Allah. Pertolongan Allah. Bukan dengan menganjurkan atau menghadiri konsert hiburan..! Itu bukan cara untuk tolak bala tetapi mendatangkan bala..! Namun, itulah yang negara Islam 1Malaysia dok 'gomol'kan. Menjamu rakyat dengan hiburan sehingga rakyat sudah tidak kenal agama. Sudah tidak tahu apa itu aurat. Sudah kabur apa itu halal dan haram. Sudah buta tentang hukum hakam. Sedar-sedarkan diri anda..


Bila berbincang tentang isu Selsema Babi ini, kita tidak boleh lupa tentang isu Arak. Babi dan Arak. Kedua-duanya adalah sudah dimaklumi akan ke'HARAM'nya dalam Islam. Haram ke atas umat Islam untuk meminum Arak dan memakan daging Babi. Justeru, janganlah jual Arak di kawasan umat Islam. Jangan 'goda' umat Islam. Tindakan yang dibuat oleh Dr Hasan Ali dalam isu Arak di Selangor amat bertepatan dengan syariat Islam. Umat Islam ada hak untuk mendapat hak mereka di Selangor. Contohi Kelantan yang sehingga sekarang tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu ini. Kalau Cina, India dan kaum lain nak minum Arak, minumlah di tempat yang tertentu di mana kawasan-kawasan yang tertentu itu hanya terdapat minoriti umat Islam.

Pernahkah kita terfikir mengapa orang Islam berani membeli dan meminum arak?.. Ini semua adalah hasil didikan negara Islam 1Malaysia lah. Mereka hanya menggunakan nama Islam untuk mengambil hati umat Islam, bukan untuk melaksanakan hukum Islam. Umat Islam di negara Islam 1Malaysia ini sudah tidak takut dengan denda Rm 200 atau 300, umat Islam 1Malaysia sudah tidak gentar dengan penjara seminggu atau dua minggu, umat Islam sudah berani melakukan jenayah yang kita sendiri tidak pernah menjangka jenayah itu akan dilakukan..!

Cuba kita intai pula pusat perjudian yang dikatakan antara terbesar di dunia dimana lokasinya di negeri Pahang. Herm.. ini semua hasil didikan dan prinsip negara Islam 1Malaysia lah..
Sedar-sedarkan diri anda.. salam syifa'..

Tuesday, August 4, 2009

PDRM.. PI TANGKAP AYAH PIN DAN HJ KAHAR DULU..!

Assalamualaikum..

Semoga anda sentiasa dalam rahmat Allah taala. Rahmat yang bisa membawa kita ke syurga. Syurga yang menjadi idaman para mujahid dalam perjuangan memartabatkan agamaNya.
Mujahid.
Itulah kalimah yang bisa arjuna gelarkan kepada mereka yang turun ke Himpunan Mansuhkan ISA Sabtu lalu. Mengapa tidak..? Bukankah perjuangan untuk menghancurkan kezaliman dan meletakkan keadilan di tempat yang tertinggi di dalam sesebuah pemerintahan merupakan satu JIHAD..? Ya.. JIHAD..!

Demontrasi Jalanan pertama di Malaysia yang dianjurkan oleh UMNO - sumber TKO

Himpunan aman yang ingin dibuat menjadi satu himpunan kacau bilau akibat kehadiran anggota PDRM dan FRU yang dikatakan menjalankan tugas dengan baik oleh UMNO. Himpunan yang tidak mendapat permit daripada PDRM itu menjadi macam satu rusuhan akibat lagak pihak PDRM dan FRU yang menjadi pengacau dan penghalang.

Persoalannya, mengapa himpunan itu tidak diberikan permit?.. Apa salahnya pihak PDRM memberikan permit dan menetapkan masa yang tertentu untuk mereka yang menyertai himpunan itu menyelesaikan apa yang mereka inginkan. Selepas itu, andai ada lagi mereka yang berhimpun selepas waktu dan tempoh yang ditetapkan, tangkaplah.. garilah... Bukankah rakyat juga ada hak untuk menyatakan pandangannya?..

Tetapi, bila permit tidak diberikan.. mulalah PDRM bertindak ganas.. hebat.. gagah.. sehingga mencederakan ramai orang.. menyebabkan ramai yang sesak nafas.. Ahh.. tindakan yang biul..!

Namun, betulkah PDRM hebat..? Menjalankan tugas dengan baik..? Adakah anda masih ingat dengan Ayah Pin dan Haji Kahar..? Mereka berdua telah memberikan ancaman kepada negara Islam 1Malaysia dari segi akidah yang boleh membuatkan Islam tertindas. Tetapi, di mana mereka sekarang?.. Di penjara?.. ISA..?

Tidak..! Mereka sekarang mungkin sedang enak menikmati MacD dan KFC sambil goyang-goyang kaki dengan bini-bini muda masing-masing. Apa yang PDRM yang hebat, ganas, tangkas telah buat untuk menangkap penyangak dua orang ini?.. Ummph.. Hampeh..!

Sampai saat ini tiada tangkapan yang dibuat. Bagaimana pula dengan kes ragut, rempit, rompak mesin ATM, bunuh dengan campak melalui tingkap, rogol, buang anak, dan lain-lain kes..? Sekali lagi.. Hampeh..!

Wahai PDRM.. Cukuplah menjadi hamba UMNO. Jalankan amanah dengan betul dan tepat supaya institusi anda lebih dihormati. Tugas anda adalah menjadi pendamai kepada masalah-masalah negara bukan pecetus kepada kekacauan. Percayalah.. andai PDRM dan FRU tidak wujud pada hari Himpunan Mansuh ISA itu, nescaya tidak akan ada sebarang kekecohan yang timbul. Erm.. akhirnya, jangan lupa.. cari ayah Pin dan Hj Kahar dulu..!

Sunday, July 26, 2009

MB Kelantan, Jangan Undur..!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tamat sudah bulan Rejab, bulan Isra' wal Mikraj. Di sana sini sepanjang bulan lepas banyak masjid di Malaysia menganjurkan pelbagai program sempena Isra' wal Mikraj. Bulan Rejab juga menjadi bulan yang hebat di Kelantan. Bulan Solat. Idea bernas ini dicetuskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan yang diminta melepaskan jawatan dalam kerajaan oleh Ibrahim Ali. Tuan Guru juga dikatakan sudah terlalu letih oleh Mustafa Mohamad ketika beliau berkempen di Manik Urai dahulu.

Tuan Guru letih. Tua. Sakit. Itu yang kita nampak.

Tetapi, ,mungkin dia sihat, minda dia juga masih cerdas dan hatinya amat dekat dengan Allah. Ini tidak semua kita nampak.

Mungkin tidak ramai yang bersetuju kalau arjuna mengatakan sebagai seorang pemimpin kekuatan dan kesihatan dalaman amat penting serta lebih penting daripada kesihatan luaran. Namun, kita memerlukan kedua-duanya. Namun, sekali lagi.. kesihatan dan kekuatan dalaman amat dan lebih penting. Ini pendapat arjuna.

Kita lihat bagaimana As Syahid Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh kedua-dua kakinya namun masih menjadi pemimpin kepada jemaah Islam yang berjaya menggerunkan musuh terutamanya Yahudi Laknatullah. Kadang-kadang sebagai seorang pemimpin, kita tidak semestinya turun ke medan peperangan tetapi menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada mereka yang ingin turun syahid dalam medan peperangan. Kerana itu, setiap pemimpin mempunyai posisi masing-masing dan Tuan Guru telah mempunyai posisinya yang tepat dan masih relevan tika dan saat ini untuk memimpin Kerajaan Kelantan dan menghancurkan UMNO Kelantan yang kita semua tahu terdapat banyak masalah dalaman mereka sendiri.

Apa pun, jika alasan Tuan Guru sudah tua untuk memimpin adalah tidak masuk akal sama sekali. Kita dapat lihat perubahan-perubahan yang Tuan Guru sudah lakukan di Kelantan sehingga kebanyakannya dicetak rompak oleh Kerajaan Pusat. Mungkin beliau sudah tua namun idea beliau tetap muda dan kekuatan ruhani beliau pada zahirnya kita dapat lihat tetap kuat. Malah arjuna yakin jauh lebih kuat dari arjuna sendiri yang jauh lebih muda.


Belum lagi kita bicarakan tentang ilmu beliau yang diakui oleh semua orang. Bukankah itu juga satu aset yang penting untuk memimpin? Dekat dengan Allah yang memberikan ilham untuk memimpin. Bukan memimpin negeri atau negara sahaja malah memimpin jiwa rakyat menuju Allah.

Kita dapat lihat bagaimana Tuan Guru masih memberikan kuliah agamanya setiap hari Jumaat kepada rakyat Kelantan di Pejabat PAS Kelantan. Herm.. malah banyak lagi antara sebab Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh turun dari jawatan MB Kelantan buat masa ini. Kami masih perlukan beliau untuk memimpin. Ini baru arjuna bicarakankan dari sudut Kerajaan Negeri Kelantan bukan Parti Islam Semalaysia yang juga memerlukan Tuan Guru Nik Aziz. Tidak kira dalam PAS Kelantan mahu pun Malaysia.

Arjuna bicarakan hal ini bukan kerana ketaksuban kepada Tuan Guru Nik Aziz, tidak sama sekali. Bukan juga arjuna ingin katakan bahawa tidak ada pemimpin yang layak selain Tuan Guru Nik Aziz untuk memimpin Kelantan. Bukan. Tulisan ini adalah untuk anda mendapat gambaran bahawa keletihan, tua, sakit kepada seorang pemimpin itu bukan penyebab seseorang pemimpin tidak boleh memimpin dan kena turun dari jawatan. Tidak. Sesekali tidak.

Seseorang itu bukan lagi digelar menjadi seorang pemimpin hanya apabila dia sudah tiada untuk memimpin di dunia ini dan kembali kepada Allah. Wallahu 'alam.

Sunday, July 19, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini..

Assalamualaikum..

Di bawah ini rantaian emel yang di forward kan oleh sahabat dari YG Amal ( Alumni Maahad Muhammadi ). Moga berguna kepada kita untuk bermuhabasah akan mentaliti ummah dewasa ini yang sedang hanyut dibuai dengan dunia.. Bagaimana dengan diri kita..? Adik beradik kita?.. Sahabat-sahabat kita..? Jiran-jiran? Allah..

" Quu Annfusakum Wa Ahlikumm Naara "

-Jagalah diri kamu dan kaum kerabat kamu dari bakaran neraka Allah-



Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

UMNO Sudah Kecut..

Assalamualaikum..

Selepas Pakatan Rakyat bergembira dengan kemenangan di Manik Urai, terkini.. UMNO dan BN telah dikejutkan lagi dengan penyertaan Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng menyertai PKR. Herm.. 'Kebangkitan Rakyat'...

Ini lah yang dicanangkan oleh puak-puak UMNO dan BN setelah mendapat peningkatan undi semasa PRK Manik Urai..

Namun, kebangkitan itu telah dikendurkan oleh tindakan Bekas Naib Presiden MCA ini. Tindakan ini juga telah memberi tamparan yang hebat kepada pemimpin UMNO dan BN terutamanya Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin yang masing-masing banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan panas berkenaan isu 'Kebangkitan Rakyat' ini.

Moga penyertaan Chua Jui Meng ini akan memberikan kebaikan kepada Pakatan Rakyat. Moga Allah memberikan Hidayah kepada beliau. Hidayah menuju Mardhatillah. Berdoalah.. mana kita tahu?..

Friday, July 17, 2009

Hadiah yang ada 'MAKNA'..

Bismillah.. Walillah..

Assalamualaikum wth.

Fuuhh.. Lama sungguh arjuna menyepi. Habis berselerak taman dakwah ini. Berselerak, dek kerana ada syaitan-syaitan gila yang memuntahkan sampah ke dalam taman yang indah ini. Syaitan-syaitan inilah juga yang me'nyepi'kan arjuna selama ini. Arjuna tidak berniat untuk menceritakan kepada anda kisah duka itu. Risau panjang pula ceritanya. Apa pun..

Kini arjuna kembali. Lupa duka yang lalu, nikmati suka yang berombak di kalbu.

Herm.. pemerintahan Dato' Seri Najib sebagai PM nampaknya semakin diterima ramai. Kalau anda menonton siaran TV1,TV2 dan TV3/4 lah. Hehe..

Ramai yang memberi komen positif kepada pemerintahan beliau yang telah menjangkau usia 100 hari. Lebih -lebih lagi, beliau telah mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat yang dikatakan akan memberikan keselesaan kepada rakyat. Tapi, betul ke..?

Pertanyaan itu perlu dilontarkan ialah kerana tidak sampai 2 minggu pengumuman hadiah itu dibuat, kerajaan telah mengumumkan yang tambang bas,teksi akan naik..! Begitu juga laporan yang disiarkan dalam Buletin Awani 16 Julai 09 yang tarif elektrik juga akan naik berikutan harga minyak dunia yang meningkat.

Ish.. apa ni? Rupa-rupanya, rakyat telah dijadikan seperti ayam.. pemimpin UMNO dan BN ini memberikan rakyat makanan dengan tujuan untuk memerangkap rakyat untuk disembelih..!

Di mana slogan 'rakyat didahulukan'..? Kita kena ingat, tidak semua rakyat di Malaysia ini dapat peluang untuk membeli rumah dengan harga yang murah (wilayah persekutuan sahaja), potongan untuk memperbaharui lesen pun untuk penjaja di Wilayah Persekutuan juga tetapi Elektrik, semua rakyat guna.. kenderaan awam seperti bas, teksi semua rakyat guna.. Lihatlah, betapa liciknya UMNO dan BN.

Hadiah yang 'ada makna' (skrip dalam Filem Madu 3) yang diberikan itu sememangnya telah berjaya menguasai jiwa rakyat yang tidak sedar akan disembelih. Adakah anda izinkan diri anda untuk disembelih oleh UMNO dan BN?.. Tepuk dada, tanya iman...

Thursday, April 2, 2009

Kerajaan Perpaduan..

Assalamualaikum..

Nak tahu apa itu " Kerajaan Perpaduan "? Herm.. arjuna pun tak tahu secara detail lagi.. marilah sama-sama kita ke program kat bawah ini untuk mengetahui secara detail apa itu " Kerajaan Perpaduan ".. Jom..!







salam syifa'..

Wednesday, March 18, 2009

Perkahwinan..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dapat juga menjenguk di kala kalut dua, tiga hari ini. Anda apa khabar? Moga dalam rahmat Allah sokmo. Ramai sahabat-sahabat call arjuna, terutamanya dari Mesir. Mereka bertanya bagaimana rasa menjadi orang yang sudah berkahwin..? Erm.. Sesungguhnya, perkahwinan itu memberikan ketenangan. Ketenangan yang sukar dilafazkan dengan kata-kata. Eh, bukankah mengerjakan ibadat itu akan beroleh ketenangan..? Jadi, tak usah la ditanya ketenangan yang macam mana.. Rasailah sendiri nanti buat sahabat yang belum berkahwin.

Yang penting, anda tidak akan menyesal. Bila berkahwin, kita akan mempunyai keluarga yang semakin besar.. keluarga yang besar akan memberikan cabaran yang besar.. Cabaran yang bagaimana?.. Ya.. cabaran pengembangan sayap dakwah yang semakin banyak cabangnya. Semakin banyak rantingnya. Itu semua memerlukan akar yang kuat untuk menghadapinya. Ini juga kemanisan perjuangan.. Bukankah perjuangan itu amat banyak jalannya..?

Esok, arjuna dan zaujah akan bertolak ke Kuala Lumpur. Perjuangan di sana juga mesti diteruskan. Doa-doakan kami buat mereka yang menyinggah di taman dakwah ini. Doakan keselamatan sepanjang permusafiran terutamanya.

Di kesempatan ini juga, arjuna ingin memesan kepada Khairy dan Ali Rus.. LETAKLAH JAWATAN..! kalau anda berdua bermaruah..! Eh, apa kaitan ini dengan perkahwinan..? Erm.. anda fikirlah sendiri..! Selamat Malam..

Monday, February 23, 2009

WALIMATUL 'URUS

Assalamualaikum..


Waktunya kian tiba..
Realiti cinta..
Demi redha Nya..
Demi maghfirah Nya..

Cukuplah..!
Cukuplah berenang di lautan fantasi cinta..
Ia tidak akan ke mana-mana..
Hanya enak dalam kamar minda..
Hanya tenang dalam kelambu nafsu jiwa..

Realitikan fantasi itu..!
Biar syaitan meraung pilu..
Biar nafsu bertukar layu..
Iman menang, Taqwa hebat, Jiwa berilmu..

Usah gentar..
Usah takut..
Usah bimbang..
Yakin lah..!
DIA bersama mu..

Jika kamu syak pada rezeki mu..
Nescaya kamu syak kepada Pemberi Rezeki..!


Andai DIA hadaf tersemat..
Pastikan DIA cinta terhebat..!


- seruan taujihat-





Di jemput kepada semua yang mengenali diri ini.. terutamanya sahabat-sahabat di@ex TABIKA KEMAS TEGAYONG, SEK KEB PAUH LIMA, SMU A MAAHAD MUHAMMADI LELAKI,KUSZA, SYRIA, KUIS, KIAS, MESIR, MOROCCO, JORDAN, RUSIA dan semua lah yang menegenali diri ini.. tidak lupa para bloggers seperjuangan.. antusufi (hang wajib mai pasai kt tranung), kak tinta, cermindiri,attakiri, bayu senja, warga e-ppms org, geng2 Alusy.. ermm.. semualah..!

Atau jika tidak dapat datang, lampirkan doa buat kami moga segala-galanya berjalan lancar dan mendapat rahmat serta pertolongan Allah sepanjang majlis perkahwinan dan sehingga kami bergelar suami isteri.. kekal hingga hujung nyawa..!

Ameen. Syukran.

Wednesday, February 11, 2009

Derhaka : Antara Perak Dan Terengganu..

Assalamualaikum wth.

Situasi di Perak yang begitu bising berkenaan dengan isu penderhakaan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak membuat negara kita kalut dan haru biru. Dalam Buletin Utama TV3/4 hampir setiap malam disiarkan akan demontrasi dan himpunan rakyat yang marahkan Nizar di seluruh negara. Heboh, Nizar derhaka pada sultan..!


Teringat Arjuna kepada kes perlantikan MB Terengganu selepas pilihanraya ke 12 dulu. Ketika itu heboh sekejap bila Sultan Terengganu pada masa itu melantik Ahmad Said sebagai MB bukannya Idris Jusoh yang menjadi jangkaan banyak pihak. Bila pengisytiharan telah dibuat, maka berduyun-duyunlah penyokong Idris Jusoh membuat perarakan, himpunan dan demontrasi marahkan sultan sehingga ada yang mengibarkan kain rentang "Kami nak Idris natang(binatang).."!


Justeru, dengan tindakan melampau tersebut.. Adakah penyokong-penyokong Idris Jusoh itu tidak menderhaka kepada Sultan Terengganu? Sedangkan kata-kata tersebut boleh ditafsirkan sebagai menghina sultan dan boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 kerana sultan yang melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu ketika itu.


Mengapa pula TV3/4 tidak memainkan isu penderhakaan kepada sultan ketika itu? Di mana NGO-NGO yang hobinya membuat laporan polis atas kebiadapan mereka yang menghina sultan dan orang Melayu waktu itu? GPMS pula dok kat mana?.. Huh.. Semuanya hipokrit..!

Jelas di sini bahawa isu derhaka Nizar kepada sultan Perak telah sengaja diperbesar-besarkan untuk menjatuhkan kewibawaan Nizar yang terbukti tidak bersalah. Sedangkan semua tahu Nizar bertindak mengikut lunas undang-undang dan telah meminta nasihat daripada pakar pengamal undang-undang dalam tindakannya itu. Justeru, siapa yang bersalah?.. 'Botak tengah' dan kroni-kroninya..!

Nizar, kami berdiri di belakang anda..! Jangan putus asa, inilah gula dalam perjuangan. Manis. Teramat manis bila hadirnya dugaan dalam perjuangan. Tabahkan diri anda. Walaupun anda kalah di dunia.. tidak semestinya anda kalah di akhirat. Jalan perjuangan ini masih jauh.. teramat jauh..! Allah bersama mu.. NIZAR..!

Thursday, February 5, 2009

Tarbiah Untuk Tadhiah

Assalamualaikum..


Terkejut juga arjuna dengan perkembangan politik terbaru di Perak. Haru biru. Semua ini berlaku salah satunya kerana mereka yang ingin berjuang tidak mempunyai tarbiah yang mencukupi dari jemaah masing-masing. Tarbiah yang menekankan tadhiah(pengorbanan) sebagai salah satu cara untuk lebih kuat dalam perjuangan. Bila kita diajar berkorban bermakna kita diajar supaya memberi tanpa mengharapkan balasan. Balasan, dari Allah.

Memberi tenaga. Memberi wang. Memberi fikiran. Dan sebagainya.

Namun, bila kita kekurangan tarbiah untuk tadhiah(berkorban), kita akan cepat kalah dalam perjuangan. Akan muncullah selepas itu, aktiviti lompat-melompat parti akibat tawaran-tawaran istimewa daripada parti lain. Mereka yang berkorban kerana ingin mendapatkan 'sesuatu', akan mendapatkan 'sesuatu' itu walaupun terpaksa melompat parti. Akhirnya, jemaah yang menjadi mangsa. Moga Allah bagi hidayah kepada kita dan kepada semua ahli politik khususnya. Sengaja arjuna gunakan perkataan 'parti' dam 'jemaah', supaya kita semua berfikir. Salam syifa'..

Wednesday, January 21, 2009

Palestin : Kemanusiaan atau Persaudaraan..?

(Sempadan Rafah)

Assalamualaikum..

Bantuan perubatan dari seluruh dunia untuk merawat rakyat Palestin masih lagi tersekat di sempadan Rafah. Terkini, bantuan daripada Yayasan Amal Malaysia juga masih tersadai di sana. Hampir 72 jam tanpa mandi. Kasihan. Derita lagi rakyat Palestin.

Inilah yang berlaku andai Islam tanpa Iman. Ramai muslim di dunia ini. Hampir separuh dunia. Bagaimana pula yang beriman..? Muhasabah lah diri kita. Bila mana kita berbangga yang kita beragama Islam tetapi dalam masa yang sama kita juga turut menyumbang untuk menghancurkan Islam, tidak malukah kita?

Dan ini lah yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara Islam sekarang ini. Mereka takut untuk bersatu kerana pentingkan kuasa. Lebih tepat lagi, pentingkan diri sendiri. Biar orang muslim di negara lain hancur, dibom, dibunuh.. biarkan.. asalkan negara masing-masing aman.


Ya.. kita tidak dinafikan mungkin diadakan kutipan derma atau tabungan di negara masing-masing untuk menolong, tetapi apa gunanya..? Sampai bila kita akan terus kutip derma, lancarkan tabung besar-besaran kemudian hantar ke negara-negara Islam yang ditindas sedangkan kita mampu untuk menguasai dunia andai kita bersatu..? Lihatlah sekarang, kutipan derma berlambak-lambak.. bantuan kemanusiaan berjuta-juta.. tetapi, berapa yang dah sampai kepada rakyat Palestin..? Berapa..?

Ya.. Ianya sudah sampai disempadan Rafah, Mesir, negara Islam yang mengeluarkan para ulama' tersohor namun negara ini juga dengan terang-terangan sudah menolong untuk menghancurkan negara Islam sendiri..!

Ya Allah.. satukan jiwa-jiwa orang muslim untuk menolong agama MU..!

Sedih di Palestin. Enjoy di Malaysia.

Enjoy.. Penyanyi Gila yang bernama Rihanna telah mendapat tajaan untuk mengadakan konsert Gila di Malaysia bulan depan. Ramai orang gila yang bersorak keriangan.. Arjuna tidak kenal akan Rihanna. Namun, arjuna tahu akan perjalanan konsert di Malaysia. Cuba kita intai Anugerah Juara Lagu ke 23 dua tiga hari lepas. Penuh Stadium Bukit Jalil. Penuh dengan muslimin dan muslimat la.. Nak menonton konsert nyanyian artis-artis kesayangan masing-masing. Sebelum konsert dimulakan, telah disedekahkan Al Fatihah untuk rakyat Palestin. Maka.. ramai lah mereka menyedekahkan Al Fatihah. Herm.. boleh ke bercampur ibadat dengan maksiat..? Arjuna tanya ni..

Kemudian kita intai lagi seminggu sebelum tu di Stadium di Shah Alam yang telah diadakan Rapat Umum untuk selamatkan rakyat Palestin. Berapa kerat yang hadir?.. Penuhkah stadium seperti mereka yang menonton konsert-konsert di Malaysia ini?.. Huh!


Ini lah faktor Islam sering ditindas. Lemah. Di saat terdapat negara Islam kesedihan kerana hancur di bom Yahudi, kita masih lagi boleh berseronok dengan berkonsert. Jemput artis kafir pula tu..! Memang gila..! Dan sesiapa yang pergi menonton konsert tersebut juga gila. Moga Allah bagi hidayah pada kita..!

Sepatutnya kita anggap misi membantu Palestin bukan setakat KEMANUSIAAN.. tetapi PERSAUDARAAN..! Teruskan berdoa untuk mereka.. kerana biarpun semua bantuan disekat, namun.. bantuan senjata yang bernama DOA ini tidak ada siapa pun yang berani sekat.. malah tidak boleh sekat..!

SALAM SYIFA'..

Monday, January 19, 2009

Alhamdulillah.. Islam Menang..!



Assalamulaikum..
PUAS..! Itu 'rasa' yang arjuna rasakan dalam jiwa ini bila PAS diisytiharkan MENANG di PO36 Kuala Terengganu. Nampaknya pengorbanan turun berkempen bersama rakan-rakan tidak sia-sia. Kehangatan kempen dengan teriakan Allahu Akbar! bergegar di sana sini. Arjuna berkesempatan me'round' semua tempat pembuangan undi dan amat terasa akan KEHANGATAN
kempen pilihanraya kecil ini terutamanya di DUN LADANG. Apa yang MENGEJUTKAN, apabila arjuna me'round' DUN BANDAR kawasan Kg Cina, terdapat juga masyarakat Cina yang mengibarkan bendera PAS..! Begitu juga dengan kaum India.

Jadi, apa lagi alasan serta helah yang UMNO dan BN nak reka di atas kekalahan ini? Huh..! Masyarakat dah tolak anda wahai UMNO dan BN..! Enough is Enough..! Di sini arjuna upload kan beberapa gambar untuk tatapan semua.


- Kuda pun dah masuk PAS -He3


- Semangat Kaum Cina -


- Kehangatan Kempen -


- Lawan tetap Lawan..!-


- Calon Kita.. Hensem woo.. -


- Bakal pemimpin Malaysia..-


- Abang ni paling kuat bertakbir..tanpa rasa jemu..Allahu Akbar!-


- Semangat anak muda..-


- Kaum India pun sokong Islam.. UMNO?..Hampeh..-

- Dei..Nalla PAS karangge poonai laa.. (maknanya?..arjuna pon tak taw..!)huhuhu


- Takbiiirr..!-

Salam syifa'..

Wednesday, January 14, 2009

SYAHID Di Palestin. JIHAD Di Terengganu.


Assalamualaikum..
Syahid. Kalimah itu yang ada dalam kepala arjuna bila mengenangkan nasib pejuang-pejuang dan rakyat Palestin yang kembali bertemu ALLAH akibat daripada kezaliman rejim zionis Israel. Pemergian yang tidak bisa ditangisi lagi. Dah kering air mata. Dah habis teriakan suara. Jumlah syahid terus meningkat dari semasa ke semasa. Zionis Israel gila itu terus menerus melancarkan serangan dan terkini hampir 600 jiwa telah berjaya mendampingi bidadari-bidadari syurga..! Tidak hairanlah jika senyuman dilihat menghiasi wajah-wajah jiwa rakyat Palestin yang syahid. Senyuman kebahagiaan.


Apa yang jiran-jiran Palestin lakukan? Apa yang hartawan Arab lakukan? Membeli kelab bola sepak seperti yang dilakukan oleh pemilik Manchester City sekarang ini?.. Membeli hartanah bernilai berbilion ringgit di luar negara?.. GILA..! Nampaknya 'emas hitam' yang dianugerahkan Allah kepada warga Arab telah dilacurkan untuk kepentingan peribadi hartawan-hartawan gila itu.

Ya, Allah kuatkan kami.. lemparkanlah hidayah kepada umat Islam untuk bangkit membantu saudara-saudara muslim yang dizalimi.

Itu di Palestin. Sekarang di Kuala Terengganu.


Nampaknya Ezam berteriak lagi. Gaya berteriak persis Anwar pulak tu. Semua orang tahu, dulu Anwar adalah idola Ezam. Ezam sendiri yang mengaku.. Anwar yang ajar Ezam berceramah. Anwar yang ajar Ezam berpolitik. Sehingga Ezam berceramah pun ikut gaya Anwar. Sebijik. Namun sekarang, Ezam korek cerita penglipurlara zaman 90an dulu yang kononnya 'keburukan' Anwar semata-mata nak aibkan Anwar dan berkempen menolong calon Bee End di P036 K.Terengganu. Keburukan Anwar yang nak 'berdamai' dengan Tun Mahathir. Ya.. BERDAMAI. BERDAMAI itu keburukan ke? Arjuna rasa Ezam dah tak betul. Layan orang tak betul ni bahaya.. nanti orang anggap kita pula yang tak betul. Ezam, cukuplah tu.. orang dah muak dengan anda.. nah ambik seposen.. dok diam-diam.. k.


InsyAllah, kerana tuntutan kerja yang amat banyak, 16 Januari ini barulah arjuna boleh turun ke Terengganu. Risau juga nak musafir ke sana. Bila arjuna dengar hampir 10,000 polis berkampung di sana. Patutlah kat sini( Kuala Lumpur ) sekarang ini hampir boleh dikatakan bebas untuk mengadakan demontrasi.. polis pun tak kawal sangat. Mungkin polis-polis yang selalu menjadi 'pengawal keselamatan' kepada demontrasi-demontrasi kat sini dah dieksport ke Terengganu. Arjuna dengar, hampir setiap 'trafic light' ditempatkan anggota polis. Fuuhh.. hebat. Tetapi yang sedihnya, ada juga polis yang kena langgar oleh Mat Rempit kat sana. apa guna ramai kalau camni? Kuantiti bukan penentu tetapi kualiti itu penting..!

Moga dengan adanya ramai polis di K.Terengganu tidak akan melemahkan dan melenturkan semangat pejuang-pejuang PAS untuk berkempen. Kadang-kadang gangguan itu satu kelebihan bagi pihak kita. Tukarkanlah ia menjadi kelebihan. Betul la tu. Ini juga sudah jadi satu isu bagi pihak kita untuk berkempen. Sebenarnya mereka nak gambarkan pejuang-pejuang PAS ni 'ganas'. Mungkin lepas ini mereka akan cipta satu pergaduhan seperti yang mereka lakukan di Permatang Pauh dan lain-lain. Moga ALLAH jaga kita. Berhati-hati. Teruskan JIHAD anda wahai pejuang..!

InsyAllah, PAS akan menang di sana..! Kuala Terengganu.. kita jumpa malam 16 Januari nanti..!
Salam Syifa'..

Monday, January 12, 2009

KERANA UMNO !SAYA MASUK HOSPITAL..SAYA NAK SAMAN UMNO DI AKHIRAT..!

Seminggu ini saya terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Terengganu . Siang saya di Kuantan sementara malam saya di Kuala Terengganu .

Sepatutnya saya bertugas sepenuh masa di Kuala Terengganu , tetapi oleh kerana jadual persekolahan anak - anak saya belum tetap dan stabil sehingga Isnin depan maka saya terpaksa menguruskan mereka setiap pagi sementara umminya terpaksa keluar mengajar seawal jam 6.40 am.


Perjalanan selama 3 jam dari Kuala Terengganu sedikit sebanyak membuatkan saya berasa bosan , sepi dan sunyi memandu keseorangan . Tapi apa boleh buat , saya terpaksa menunaikan kedua - dua tanggungjawab tersebut . Antara perjuangan dan keluarga . Semoga Allah swt memberi saya kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi cabaran yang berat dan memenatkan ini .

Letih dan Penat

Mengantuk , letih , sakit pinggang , sakit tengkuk dan 1001 macam rasa dalam keadaan sebegini . Sesekali terfikir kenapa aku memilih jalan hidup yang seperti ini sedang orang lain enak tidur di rumah . Sesekali pertanyaan nakal seperti itu menerjah tanpa izin membuatkan sedikit sebanyak diri ini terganggu memikirkannya.

Mana tidaknya , badan letih , makan tidak menentu dan tidur tidak cukup . Masa nak bekerja cari duit untuk bekal masa depan memang tidak ada langsung . Kira makan apa yang ada tapi alhamdulillah sehingga hari ini , makan senantiasa ada . Belumlah kebuluran kerana berjuang walau tidaklah kaya atau mewah seperti orang lain .

Ikut rasa memanglah nak berehat , sungguh letih badan yang kerdil ini . Semalam pun saya hubungi Ustaz Wan Shukairi , dia kata , syeikh ana kena balik tidur segera sebab badan ana dah rasa lain macam . Sejuk panas tidak menentu , bimbang pula esok tidak boleh turun ke majlis penamaan calon . Nampaknya bukanlah saya seorang yang keletihan .

Sebelum saya melanjutkan perjalanan yang jauh ini , saya sempat singgah di sebuah kedai makan dekat kampung Rusila untuk pekena Radix secawan . Kebetulan bertemu dengan Ustaz Azman Syafawi [ Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil p.036 Pemuda Pusat ] , Ustaz Arifin [ Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat ] dan Dr. Shamsuri [ Setiausaha Politik Presiden PAS ] yang juga singgah meredakan ketegangan rasa dan kepenatan tubuh sambil pekena nasi goreng kampung .

Mereka juga gagal menyembunyikan rasa letih dan penat yang amat setelah bertungkus lumus melunaskan tanggungjawab dan amanah perjuangan ini . Saya lihat semua tarik muka 40 .

Beberapa jam sebelum tu , berlangsung mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz tarbiyah PAS Kuala Ibai . Yb. Ketua Pemuda terlewat sampai kerana mempunyai komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadhiran beliau maka saya diminta untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut .

Penghujung mesyuarat , Yb. Salahudin sampai dan saya kembali menyerahkan majlis kepada beliau untuk dipengerusikan olehnya . Sewaktu dia membuka bicara , saya nampak sangat dia keletihan . Maklumlah , kata beliau sedari pagi beliau mempunyai komitmen aktiviti yang tidak boleh di elak termasuk menangani isu Gaza dan bertemu beberapa tokoh tertentu untuk mengatur langkah berkesan menangani isu tersebut . Tambah pula mengambil perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kenderaan darat .

Sungguh memenatkan ! begitulah kenyataan tanpa suara yang boleh saya fahami dari Yb. Ketua Pemuda yang sangat saya sayangi . Idola saya dalam perjuangan ini . Melihat kelibatnya ditengah medan , cukup menjadikan saya bermotivasi tinggi untuk terus thabat dalam perjuangan ini .

Rakan EXCO pemuda PAS Pusat pun sama . Dalam senyum mesra merapat ukhuwwah nyata tetap terserlah wajah kepenatan dan keletihan mengurus amanah dan tanggungjawab perjuangan besar lagi suci ini . Ustaz Riduan yang baru balik dari United Kingdom , Sdr Sabki mengendali pengurusan seketeriat Pemuda , sdr Adram pening kepala mencari dana untuk kelangsungan perjuangan , Sdr Kamaruzaman tak kalah seperti Menteri Wilayah Persekutuan menangani warga kota yang begitu rencam wajah kehidupan mereka yang terpisah dari wahyu Allah swt .

Boleh dikatakan nampak benar rasa penat dan letih dari setiap wajah seluruh EXCO Pemuda PAS Pusat . Namun mereka bijak mengatasi rasa agar tidak jelas kelihatan dihadapan umum . Tapi saya percaya mereka penat dan letih .

Memikirkan realiti ini maka yakinlah saya bahawa saya tidak keseorangan walau saat itu saya memandu keseorangan . Sedang saya belum lagi masuk kira seluruh pemimpin PAS terutama Mursyid Am , Presiden , Timbalan Presiden , Naib - naib Presiden dan seluruh AJK PAS Pusat bahkan seluruh pemimpin dan aktivis parti disemua peringkat dan pastinya rasa saya yang paling penat dan letih ialah anggota Briged Unit AMAL yang siap bertugas bila dikerah tanpa peduli bila masanya .

Biasanya saat seperti itu membuatkan saya bertindak menghubungi sahabat - sahabat seperjuangan . Walau sekadar bertanya khabar sudah cukup membuatkan diri ini bermotivasi untuk meneruskan perjuangan yang serba mencabar . Tapi ... waktu dinihari seperti ini siapalah yang nak angkat telefon , nanti saya mengganggu mereka pula , sudahlah mereka kepenatan ...

Tok Guru Nak Saman UMNO


Akhirnya saya mencari vcd - vcd lama untuk dipasang bagi membelah suasana sunyi dan sepi sepanjang jalan yang telah melepasi jam 3 pagi .

Saya memilih vcd ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz al Mursyidul Am PAS . Sungguh menarik kupasan ceramah Tok Guru yang sememangnya dikenali dan diketahui umum kepakaran beliau menyampai ceramah dan mengupas isu yang berlaku .
Pertengahan ucapan Tok Guru , saya bagai terpaku apabila mendengar dengusan Tok Guru yang menegaskan bahawa beliau nak saman UMNO depan Allah di akhirat kelak . Saya tersentak lalu mengulang semula ucapan Tok Guru .
Tok Guru kata : " saya masuk hospital kerana UMNO , saya nak saman UMNO di akhirat kelak . Kerana UMNO melakukan perbuatan mungkar dan sebesar - besar mungkar yang dilakukan oleh UMNO ialah mengasingkan politik dengan agama . Saya terpaksa turun berjuang , keluar rumah berceramah , kuliah dan sebagainya . Nak duduk di rumah berehat tak boleh sebab Allah bagi lidah dan tenaga ni bukan untuk diam melihat sahaja mungkar yang UMNO buat .......

" Terpaksa keluar hingga larut - larut malam , akhirnya jatuh sakit masuk hospital . Ini semua kerana UMNO . Aku nak saman kamu wahai UMNO d depan Allah di akhirat nanti ...."

Begitulah lebih kurang ayat Tok Guru yang saya masih ingat . Tegas juga Tok Guru malam sewaktu menyampaikan ceramah tersebut yang dihadhiri puluhan ribu manusia di dataran Stadium Sultan Muhammad Kelantan .

Maknanya benarlah , Tok Guru juga penat dan letih memimpin perjuangan ini sejak sekian lama cuma beliau sangat gagah dan kuat menelan segala kepahitan dan kepenatan demi Islam .

Cuma apa yang membuatkan saya baru faham hari ini ialah , keletihan dan kepenatan yang dirasai selama ini bahkan kesakitan yang dialami rupa - rupanya berpunca dari UMNO dan BN . Manakan tidak , kalau lah tidak kerana UMNO dan BN menyuburkan bumi ini dengan segala macam maksiat , mungkar , penyelewengan , penindasan dan pengkhianatan kepada rakyat maka tidaklah penat begini kita di medan .

Kalau begitu Tok Guru , saya pun nak failkan saman . Saya percaya semua pemimpin PAS yang dulu dan kini akan turut di belakang Tok Guru menfailkan saman terhadap UMNO dan BN di depan Allah , kerana mereka lah sebahagian besar masa , tenaga dan harta kita habis terkorban . Siap kamu UMNO !

Pun begitu , saya sungguh yakin , belum sempat kita saman Allah swt pasti akan membayar segala ganti rugi kita sebagaimana firman Allah swt :

يا أيها الذين امنوا هل ادلكم على تجارة تنجيكم من عذاب اليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . يغفرلكم ذنوبكم و يدخلكم جنات تجرى من تحتها الانهار و مساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم

Wahai orang - orang yang beriman , adakah mahu Aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu sedang sedemikian itu adalah suatu yang terlebih baik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . Malah ia Mengampunkan dosa - dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai serta disediakan tempat tinggal yang indah di dalam syurga A'dnin . Sedemikian itu adalah satu kemenangan yang agong .

::> Dipetik dari : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/