Wednesday, December 31, 2008

Sakit di Palestin..


Assalamualaikum..

Apa khabar? Anda dah makan?.. Erm.. Alhamdulillah.. Tapi, adakah anda ingat pada saudara kita di Palestin yang bermandikan darah sekarang?.. Kalau ingat, Alhamdulillah.. Andai terlupa.. ingat-ingatkan la.. Kesian mereka. Dah la makanan tidak mencukupi.. hidup mereka pula sentiasa dihujani peluru. Sakit. Anda rasa sakit..? Andai tidak.. Cuba untuk rasa-rasa kan la..

" Sesungguhnya Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)

Orang mukmin itu bersaudara. Orang-orang Palestin adalah saudara kita. Anda faham ke tak.. orang-orang Palestin yang dibedil, dibom, dibunuh, diseksa dan dianiaya itu saudara kita..! Saudara sebagai mukmin bermakna mempunyai jasad yang satu. Bukan kah anda tahu pepatah Melayu, cubit peha kanan.. peha kiri pun terasa juga.. Terasa sakit. Terasa tenang. Terasa bahagia. Nah..! Rakyat Palestin sekarang ini terasa sakit yang amat sangat.. adakah kita terasa sakit yang sama?!.. Tanyalah diri kita..
Andai tidak.. betulkah kita menganggap rakyat Palestin itu bersaudara?.. Dan sejauh mana benarnya kita mengaku yang kita ni mukmin..? Allahumaghfirlana zunubana.. waja'alana minal mukminin..!

............................................................

Israel Terus mengganas, Lancar Serangan Kedua

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.

Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

Wednesday, December 24, 2008

PAS, PKR, DAP..DAN BUDU..

Assalamualaikum..
Fuuhh.. dapat juga arjuna mencoretkan sesuatu yang baru dalam taman dakwah ni. Selama ini, bukan tidak mahu..tetapi sentiasa tidak sempat dek kerana kekangan masa yang amat hebat. Dahulu, semasa zaman Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah di Makkah, kita semua tahu akan cabaran dan dugaan yang dihadapi. Begitu juga dengan pengorbanan yang Baginda curahkan. Tidak terbayar oleh wang ringgit. Tidak. Sesekali tidak. Kerana ia tidak ternilai harganya. Orang yang sentiasa membaling batu kepada Baginda, bila orang itu sakit.. Baginda menziarahinya. Erm.. orang yang berilmu akan membalas kejahatan dengan kebaikan. Dan kebaikan itu mesti menggunakan kebijaksanan. Begitu juga dengan kisah seorang pemuda jahil dari kaum Badwi yang 'kencing' dalam masjid Nabawi. Baginda tidak memarahinya.. tetapi meminta seorang sahabat untuk membersihkannya. Baginda melayan seseorang mengikut akal yang boleh diterima oleh seseorang itu. Itulah Rasulullah SAW. I Love U.. Rasulullah.

Inilah di antara method dakwah yang mesti diikuti PAS sebagai sebuah Parti yang ingin mendaulatkan Islam. Seharusnya PAS melayan 'akal' masyarakat dengan kemampuan 'akal' mereka untuk menerima. Bukan AHLI PAS sahaja tetapi MASYARAKAT. Cuba kita intai isu HUDUD sekejap. Kita semua tahu, HUDUD adalah hukum Allah yang tidak boleh berubah walaupun ingin di ubah. Datanglah apa sahaja untuk mengubahnya..tetap tidak boleh kerana HUDUD adalah hukum Allah. Siapa yang berani mengubah hukum Allah..? Kerana itulah, dari dulu lagi PAS telah meneruskan kesinambungan menerapkan kefahaman kepada masyarakat tentang 'Apa Itu Hudud'?. Cuma kesilapan PAS bagi arjuna, mengapa tidak men'faham'kan adik beradik PAS iatu PKR dan DAP dahulu apa itu HUDUD? Herm.. Mungkin itu adalah strategi politik untuk bersatu dalam Pakatan Rakyat, namun apa guna bersatu nama tetapi bercerai badan?.. Dalam hal ini, bagi arjuna PAS perlu mempunyai pendirian yang tegas. HUDUD adalah hukum Allah. Dan itulah yang PAS perjuangkan. Adakah PAS akan terus bersama menjadi adik beradik kepada PKR dan DAP walaupun mereka tetap sesekali tidak menerima HUDUD.. malah ada ahli mereka yang menghina HUDUD!?.. Adik beradik kita mencabar hukum Allah, apa tindakan kita?.. Siapa yang berani mengubah hukum Allah..? Secara peribadi arjuna lebih rela PAS bersendirian andai begini skripnya. Dalam isu 'cabang' kita boleh senada dan seirama namun sesekali tidak pada isu 'akar'..! Lebih-lebih lagi ia akan membuatkan rakyat keliru kepada perjuangan PAS yang sebenarnya bila isu ini ditimbulkan. KELIRU.. mungkin 'TIDAK' kepada ahli tetapi 'YA' kepada masyarakat. Siapa sasaran dakwah kita sebenarnya...?

Apa pun, sebagai penyokong dan insyaAllah salah seorang pendokong siber kepada PAS, arjuna yakin pimpinan sudah mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara ini. InsyAllah, sesuatu mesti dilakukan lebih-lebih lagi Pilihanraya Kecil di P036 sedang panas sekarang ini. Inilah salah satu medan untuk PAS membuktikan kepada masyarakat tentang pendirian dan method dakwah PAS dalam perjuangan. Sasaran kita bukan hanya ahli.. tetapi masyarakat untuk membawa mereka menjadi ahli. Bagaimana seseorang itu akan menikmati BUDU andai dirinya tidak mengenali apa itu BUDU..!?..Herm.. salam syifa'. Jom menangkan P036, Kuala Terengganu..!

Monday, December 8, 2008

Raya, Korban, Sumpit, Lembu.. Ikat.

Assalamualaikum..
Salam AidilAdha 1429 H..!Kullu 'Amm Wa Antum Bi Khair.. Alhamdulillah.. Hari Raya Korban datang lagi.. Hari yang menuntut kita supaya sentiasa ingat untuk berkorban.. berkorban kerana Allah.. demi Allah.. dan untuk Allah..!

Alhamdulillah, sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan untuk Allah di masjid yang arjuna bertugas. Sebetulnya ada 25 ekor, namun kami agih-agihkan lembu-lembu tersebut ke surau-surau yang bernaung di bawah masjid yang arjuna bertugas ni.
--gambar hiasan..

'13 ekor'. Bunyinya macam banyak tapi.. memang banyak pun.. hehe.. arjuna ditugaskan untuk menolong 'pejuang-pejuang' menjatuhkan lembu sebelum dikorbankan. Sebetulnya tugas arjuna adalah sebagai 'm.c'@juru acara majlis memandangkan mulut arjuna ni sentiasa heboh..erm..sure heboh..namun, saat-saat akhir.. arjuna minta untuk ditukarkan bahagian tugas kerana apabila arjuna meneliti senarai tugasan para patugas yang lain, hanya golongan yang berumur atau 'tua' sahaja yang mendominasi bahagian 'menjatuhkan lembu'.. kasihan mereka.. kerja tu nampak senang.. tapi mencabar..! Memerlukan tenaga yang kuat.. Antara 'anak muda' dan 'orang tua'.. siapa yang mempunyai lebihan tenaga?.. Haa.. Di samping itu, boleh juga arjuna kutip pengalaman mereka untuk bekalan di hari 'dewasa' nanti.. hehe.. dewasa?..Tua la tue..

Bercakap tentang pengalaman.. rata-rata diperhatikan di kalangan anak muda sekarang ini semuanya tidak berminat untuk mengutip pengalaman orang tua-tua. Sedangkan itu amat penting untuk 'orang-orang muda' mengetahui jalan menuju tua nanti. Arjuna pernah berbual dengan seorang 'orang asli'. Perbualan yang sekejap itu memberikan impak maksima kepada arjuna.. hehe.. Arjuna bertanyakan pada beliau tentang kemahiran 'menyumpit' yang menjadi kelebihan kepada orang asli. Beliau mengatakan bahawa kemahiran itu akan berkubur tidak lama lagi memandangkan anak-anak muda 'orang asli' sekarang ini sudah terdedah kepada kemodenan dan tidak berminat untuk mengorek pengalaman orang-orang tua di kalangan orang asli. Hah..! ini orang asli.. orang campuran macam kita pun sama. Cuba tanya diri kita, mampukah kita sekarang ini menganyam daun ketupat palas? atau ketupat beras.. as example la.. amboih.. cakap omputeh pulak.. hehe.. yang pasti Arjuna tak mampu. Dan tak pandai. Tapi,nak belajar la nie..

Apa pun, arjuna akan guna sebaik mungkin pengalaman menjatuhkan lembu itu. Sungguh. Cara memasukkan tali ke celah-celah perut lembu kemudian simpul dan turunkan kepada kedua-dua kaki lembu sebelum mengheret sekuat hari supaya lembu itu jatuh, kemudian lilit dan ikat kepala serta mulut lembu..Ahh.. semua itu adalah pengalaman berharga. Arjuna juga dapat belajar cara mengikat yang betul.. bukan senang taw..!

Di samping itu, kita juga dapat lihat kerjasama yang erat antara 'pejuang-pejuang' menjatuhkan lembu itu. Kena ikut arahan ketua untuk tarik dan lain-lain. Memang complete la.. dan lebih membanggakan arjuna bila dapat berkorban tenaga.. hanya kerana Allah, demi Allah.. dan untuk Allah..!

Hah.. apa lagi.. carilah orang-orang tua di sekeliling anda dan korek pengalaman mereka..! salam syifa'..

Thursday, December 4, 2008

Tuesday, December 2, 2008

Wednesday, November 26, 2008

Aku Mahu Bunuh Diri..!

Assalamualaikum..
Herm.. dalam masa seminggu sahaja ada dua hamba Allah yang beragama Islam di Malaysia tercinta ini ingin membunuh diri. Itu yang keluar dalam akhbar.. mungkin di sana ada lagi beberapa kes yang tidak dapat dihidu oleh pihak media. Apa nak jadi ni..?! Pada zaman dahulu.. zaman remaja bagi ayah dan ibu kita dahulu, perbuatan bunuh diri adalah amat jarang-jarang berlaku. Ia menjadi satu kepelikan dan kehairanan jika berlaku perbuatan terkutuk ini. Namun, sekarang ini.. bunuh diri seolah-olah menjadi satu trend untuk menjadi penyelesaian andai seseorang itu dibelenggu masalah.

Hai.. Masalah.. masalah.. dan masalah..! Sedangkan perbuatan terkutuk ini amat dilarang dalam agama Islam.. Sepatah ayat dalam bab keempat Al-Quran, An-Nisaa berbunyi:
"Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29)

Opps.. bukan agama Islam sahaja.. tetapi semua agama melarang perbuatan terkutuk ini..!Sudah jelas.. Allah sayang pada kita.. tapi kita tidak pernah nak sayang kepada diri sendiri.. Patutkan dengan hanya kerana masalah, kita korbankan kasih sayang Allah pada kita..?


Namun, timbul persoalan mengapa perbuatan jelik ini tetap menjadi pilihan utama masyarakat yang hidup di zaman cerdik pandai dan penuh kemodenan ini untuk menyelesaikan masalah ? Pelik. Andai ia berlaku pada zaman remaja ibu dan ayah kita dahulu, mungkin boleh diterima dengan alasan kurang pendedahan agama berikutan kesusahan dan hidup tanpa kemodenan. Tapi, ia sebaliknya. Mengapa kemodenan, kemewahan dan kecerdikan masyarakat sekarang ini membuatkan mereka lagi 'tidak cerdik' dalam menguruskan kehidupan? Bukankah ini bukti menunjukkan bahawa itu semua tidak menjamin kepada kesejahteraan masyarakat. Iya.. betul. Tapi, itu yang pimpinan negara kita kejarkan..!Itu yang menjadi matlamat dan impian mereka..! Dan itu yang mereka realitikan sekarang ini..!

Ini baru kita bincang pasal 'bunuh diri', gejala sosial.. buang anak.. dadah.. rompak.. rogol.. bunuh.. ummmpphh.. bukankah ia sudah menjadi perkara biasa sekarang ini? Lu jawab la sendiri..

Benih yang tidak baik akan merencatkan pertumbuhan sesuatu tumbuhan itu. Tumbuhan itu akan layu dan mati. Begitu juga dengan asas pemerintahan yang di 'matlamat' kan dalam sesuatu pemerintahan. Andai baik asasnya.. baiklah natijahnya.. begitu juga sebaliknya. 1+2 tetap 3, ia tidak akan menjadi 5.. tidak.. sesekali tidak.

Namun, masih lagi belum terlambat untuk kita kembalikan zaman remaja ibu-bapa kita dahulu. Belum terlambat. Bukan direalitikan pada zaman kita sekarang ini tetapi zaman anak-anak kita nanti. Ubah lah mentaliti mereka. Tanamkan kemewahan, kemajuan,kesenangan dan keseronokan bukan segala-galanya. Tapi, hendaklah mencari keberkatan. Ibu bapa kita dahulu, tidak mewah.. tetapi tetap bersyukur. Tidak maju tetapi tetap redha. Hiburan mereka adalah mandi sungai, bermain lumpur di sawah, tangkap ikan.. namun, tetapi ada sikap bertanggungjawab. Mana ada pencemaran sungai pada zaman dahulu. Sekarang..?! Ummph..

Moga kita dan zuriat-zuriat kita terpelihara daripada perbuatan mungkar kepada Allah. Moga kita dan zuriat-zuriat kita tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat kepada Allah dalam semua hal. Istighfar lah tika sedar melakukan dosa. Salam syifa'..

Monday, November 24, 2008

Mikaeel Jackson..


Assalamualaikum..
TERKEJUT..!Itu rasa yang menggegarkan dada arjuna bila terbaca Michael Jackson memeluk Islam. Wahh.. Alhamdulillah.. Ini kali kedua 'orang kulit hitam' membuat kejutan besar dalam tahun ini. Pertamanya, ketika kemenangan Obama dalam Pilihanraya Presiden A.S dan bakal menerajui negara yang paling berkuasa di dunia. Sekarang pula adalah berita yang minda arjuna santap sebentar tadi. Michael Jackson yang dikenali dengan tarian hebatnya dan suaranya yang diminati ramai serta mempunyai jutaan peminat diseluruh dunia telah mendapat hidayah Allah dengan memeluk Islam..!
Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberi hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).-Surah Yunus (25)

Nama Islam Michael Jackson ialah Mikaeel yang merupakan juga nama malaikat pemberi rezeki.Semoga hidayah itu akan berkekalan hingga beliau menjadi muslim yang mukmin, insyAllah. Bolehlah Mikaeel berduet dengan Yusuf Islam selepas ini....!(><)- salam syifa'..

Thursday, November 13, 2008

KiTa PaStI MATI...

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini. - http://www.malaysiakini.com/news/92879


Assalamualaikum..

Isu sajak kematian yang meletup di akhbar sejak akhir-akhir ini memanggil arjuna untuk memberi sedikit pandangan. Sajak kematian yang memaparkan gambaran bagaimana seksaan di alam kubur ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Seperti biasa, nada kerajaan adalah seirama dengan pihak yang menentang jika sesuatu itu ada kaitan dengan agama. Adakah anda masih ingat dengan isu ‘Jom Heboh’ anjuran tv3 dahulu? Walaupun mufti yang di akui telah mengeluarkan fatwa bahawa ia HARAM, namun ‘Jom Heboh’ itu telah diHALALkan oleh kerajaan. Begitu juga dengan isu murtad, walaupun seorang mufti telah mendedahkan angka orang Islam yang telah murtad berjumlah beribu-ribu, namun pihak kerajaan menafikan dengan meminta bukti-bukti yang kukuh.

Sepatutnya kerajaan yang kononnya meletakkan Islam sebagai akar pemerintahan ini menunjukkan kerisauan dalam isu ini bukannya menimbulkan keraguan. Bukankah kepincangan akhlak muda mudi sekarang ini adalah hasil daripada banyaknya keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh kerajaan? Erm.. Keraguan dalam pendidikan misalnya.. Cuba intai isu rotan pelajar, kerajaan tidak bersetuju dengan peraturan ini kerana ia akan memberi tekanan kepada para pelajar. Lucu. Bila timbul isu pelajar menendang guru, isu ini kembali timbul… namun, seperti biasa.. kerajaan tetap keras kepala..!

Nabi SAW sendiri mengajar kita dalam hadis baginda supaya memukul (tanpa menyakiti) anak-anak jika tidak solat ketika umur anak-anak kita sudah mampu untuk solat. Mampu untuk solat pun dah boleh dipukul.. Bila baligh.., lu fikir la sendiri..!
Berbalik kepada isu sajak kematian tadi, kita semua tahu bahawa kematian itu sesuatu yang pasti. Wajib mati kepada mereka yang dihidupkan oleh Allah. Tidak dapat tidak. Justeru, salahkah jika pihak sekolah atau sesiapa sahaja mengambil insiatif untuk memberi peringatan kepada mereka yang hidup untuk sama-sama memperingati mati..? Bukankah kita akan mati?..

Iya.. mungkin ada di kalangan kita senada dengan arjuna tentang isu memberi peringatan tentang kematian tetapi tidak bersetuju method peringatan itu. Tidak boleh guna cara yang keras, nanti akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada pelajar dan ia boleh membawa kesan yang buruk kepada pengukuhan akidah. Mungkin itu hujahnya.

Erm.. kalau begitu, bagaimana pula dengan penyiaran drama seram atau cerita hantu seperti ‘Kekasihku Seru’, ‘Puaka Niyang Rapik’, ‘Jangan Pandang Belakang’ dan banyak lagi drama-drama dan filem-filem yang boleh membawa kepada keruntuhan akidah dan 100 kali ganda lebih seram daripada penayangan klip sajak kematian yang tentang oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan?..

Berhentilah mengHALALkan benda yang HARAM dan mengHARAMkan benda yang HALAL lagi.. Kasihanilah remaja-remaja kita yang sedang enak dibuai kelaghaan. Cukuplah remaja-remaja kita yang sedang parah dan memerlukan agama sebagai penawar. Remaja hari ini adalah gambaran remaja pada masa depan. Boleh anda gambarkan bagaimana remaja pada masa depan jika anda perhatikan akhlak, kelakuan remaja pada hari ini?.. Fikir-fikirkan.. salam syifa’..

Tuesday, November 11, 2008

Allahyarham Aduka... tetap di hati..


Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. sempat juga mencelah dalam kesibukan.. anda apa khabar? moga dalam rahmat Allah sokmo deh.. 2,3 hari lepas arjuna telah dapat berita tentang kematian seorang teman yang dahulunya sama-sama belajar di Syria. Allahyarham dari Terengganu. Allahyarham meninggal akibat kemalangan dengan sebuah kereta. Bila mendapat berita tentang kejadian tersebut, sedih yang amat menerjah ke dalam jiwa arjuna. Bergentayangan memori yang amat sedikit bersama-sama Allahyarham di dalam minda. Sedikit.. namun begitu terkesan di hati. Terkesan kerana kebaikan beliau yang amat gemarkan pengajian.
Di Syria dahulu, Allahyarham boleh dikatakan salah seorang pelajar kesayangan seorang guru@baba dari Pattani yang bernama 'Cik Die' (kalau tak silap arjuna). Boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah ketinggalan program pengajian tersebut. Selesai satu kitab, bertukar kepada kitab lain.. sehingga arjuna rasa lebih dari 20 kitab mereka khatamkan. Ada kitab JAWI.. ada juga kitab ARAB.. Pada masa tersebut, arjuna lebih suka kan pengajian dengan masheikh Arab untuk kuatkan bahasa. Cuma jarang-jarang sahaja pergi mengaji dengan masheikh 'Melayu', namun kedua-dua pengajian tersebut ada kelebihan masing-masing. Asalkan mengaji.. jangan dok lepak kat c.c sahaja..!
Satu perkara yang menarik tentang diri Allahyarham ialah sikap 'ihtimam' (ambil berat) Allahyarham kepada persatuan (Persatuan Pelajar Malaysia Syria). Allahyarham yang digelar oleh arjuna sebagai 'posmen' kepada PPMS amat komited dan tidak pernah bersungut akan kerjanya itu. Pernah arjuna tanya Allahyarham, " Tak boring ke kerja posmen ni.." nak tahu jawapan Allahyarham?.. " Tak pe lah, ini juga sumbangan ana pada persatuan, ana tidak lah sehebat orang lain yang hebat-hebat tu nak sumbang lebih-lebih..".. . Tawadhuk juga di antara pakaian Allahyarham. Sikap Allahyarham ini patut dicontohi kerana ramai mereka yang mengaji tapi langsung tidak ambil tahu tentang masalah dan program berkaitan masyarakat. Mungkin ini yang dididik oleh Darul Quran, Rusila kepada Allahyarham.. Tahniah, kepada DQ..
Kerana sikap Allahyarham ini juga, arjuna telah memasukkan satu watak khas untuk Allahyarham dalam cerpen terakhir arjuna semasa berada dalam waktu kecemasan ketika belajar di Syria dulu. Anda boleh lihat DI SINI

Apa pun, ADUKA BIN ALIAS tetap hidup di hati arjuna. Moga ruhnya bersama-sama dalam golongan beriman dan bertaqwa. Janganlah kita menjadi seorang yang bakhil untuk menyedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham ..Al Fatihah!.

Friday, October 24, 2008

Lu fikir la sendiri..!


Assalamualaikum..
Bila diperhatikan suasana di sekitar pemilihan UMNO yang menguasai media-media elektronik kerajaan sekarang ini, hati ini ter ‘geletek’ setiap kali membaca laporan dan berita yang di siarkan. Contohnya, isu pertikaman lidah antara Rais Yatim dan Shahidan Kasim tentang ‘tender’…hahaha..(utusan online,22 Okt), pelbagai isu penyelewengan yang didedahkan oleh puteri UMNO, begitu juga beberapa negeri yang terpaksa mengadakan semua mesyuarat bahagian berikutan majoriti ahli yang tidak puas hati kerana baaaaaanyak berlakunya kesongsangan dalam pengundian dan sebagainya. Inilah puncanya apabila ingin kuasa untuk merebut pangkat dan harta. Bukannya inginkan kuasa untuk merebut pahala dan redha. Ini juga jelas membuktikan bahawa UMNO sekarang ini tidak bersatu. Jadi mampukah UMNO menyatupadukan rakyat andai begini keadaan mereka?.. Anda fikirlah sendiri..!

Tuesday, October 21, 2008

Pendidikan Negara : Memalukan..!

Carta pendidikan negara.. (Klik untuk besarkan gambar)

Assalamualaikum..
Memalukan..! Itulah kalam yang sesuai dilontarkan kepada sistem pendidikan negara kita yang semakin hari semakin teruk. Pelajar sudah tidak menghormati guru dan guru sudah tidak ada perasaan sayang kepada pelajar. Ini lah hasil sistem yang di gunakan untuk mendidik para pelajar dalam negara kita.. Acuan sistem yang menjadikan guru 'mengarah' pelajar.. bukan 'mendidik' pelajar dan hasilnya pelajar menjadi 'takut' kepada guru bukannya 'hormat' kepada mereka. Lihat kes terkini yang melibatkan Sek. Men. Keb. Perlis, tidak sampai 2 minggu kes gengsterisme berlaku di sekolah tersebut dan sekaligus ini membuktikan acuan sistem pendidikan barat @ sekular sudah tidak lagi relevan pada masa kini.
Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan? Guru?..Ibu bapa?..Persekitaran?..Kawan-kawan?..Kerajaan?.. Erm.. kalau diikutkan, dalam hal ini.. semua di atas memainkan peranan dan boleh dipersalahkan tapi bagi arjuna, pihak yang mempunyai keutamaan untuk bertanggungjawab dalam hal ini adalah pihak kerajaan yang memimpin negara. Andai jelas-jelas dan terang-terang mereka menolak Islam yang mempunyai acuan lengkap dalam mendidik para pelajar dan remaja, bagaimana mereka akan mempunyai akhlak Islam yang boleh dibanggakan? Akhlak mulia yang akan menjauhkan mereka dengan dadah,gengsterisme,budaya kurang ajar dan lain-lain? Ingat, kes Sek. Men. Keb. Perlis ini bukan kes pertama.. malah mungkin yang ke berpuluh ribu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di Malaysia. Contoh terdekat kes rompakan terancang yang melibatkan kereta-kereta mewah, motosikal yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah yang heboh dua, tiga hari lepas.. Hah! Ini sudah jelas!..
Acuan atau formula yang mementingkan 'akademik' tanpa dilapikkan kepada kepentingan 'agama' membuatkan mereka lebih jauh daripada agama.. Contohnya dalam pembelajaran di sekolah, kebanyakan mereka menganggap subjek agama tidak penting.. kerana pihak kementerian pendidikan pun hanya memperuntukkan pembelajaran agama hanya 2,3 jam dalam seminggu. Dalilnya, untuk memasuki universiti atau kolej di Malaysia tidak sedikit pun mewajibkan seseorang pelajar itu mendapat 'kepujian' dalam subjek agama atau moral.. tetapi, mereka hendaklah dan mesti 'terpuji' dalam subjek B.Melayu,Inggeris dan Matematik.. ini diperingkat SPM la.. justeru, ini menjadikan pelajar-pelajar kita menganggap subjek 'agama' bukan lah menjadi keutamaan untuk ditekankan.. apalagi nak dihayati..kerana ia tidak penting.. ini hanya pendapat secara umum.. Adakah kita akan diberkati tanpa penghayatan kepada agama Islam?.
Ini yang perlu difikirkan oleh pihak kementerian pendidikan.. arjuna bukan anti bahasa Inggeris,Matematik dan lain-lain tetapi sudah banyak dalil yang jelas dalam membuktikan kesongsangan sistem pendidikan kita dan ia kita perlu diubah dan biar seimbang antara dunia dan akhirat.. akedemik dan agama.. ini aspek yang penting kerana agama yang membentuk akhlak mulia serta agama juga yang menjadikan negara sejahtera. Sistem pendidikan perlu diubah! Pendidikan Islam mesti menjadi asasnya..! Banyak lagi yang nak diulas, tapi masa tidak mengizinkan..salam syifa'..

Monday, October 13, 2008

DATUK,BARUA..DAN HUHUHU..


Assalamualaikum..
Heboh dalam akhbar bahawa Shah Rukh Khan dah dapat anugerah Datuk dari kerajaan negeri Melaka.. Hairan pun ada.. nak gelak pun ada.. pening-pening..
Ya lah.. kalau nak dikira, atas dasar apa yang melayakkan pelakon Hindustan ini mendapat anugerah yang selalunya dianugerahkan kepada mereka yang berjasa kepada negara itu. Apa jasa dia kepada negara? Adakah dia calon angkasawan negara?.. ahli sukan negara? ataupun setidak-tidaknya adakah dia anak jati Melaka..?Herm..
Apa pun.. alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa anugerah Datuk itu diberikan adalah berdasarkan sumbangan Shah Rukh Khan mempromosi negeri Melaka melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia.. amat tidak logik! Alasan kosmetik..! Kalau camtu, kenapa tidak dianugerahkan sekali kepada pelakon-pelakon lain, pengarah filem dan pengarah fotografi yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan filem-filem tersebut..? Maaf, arjuna timbulkan persoalan ini andai dikira dari alasan 'tidak cerdik' oleh Ketua Menteri Melaka itu..
Kalau ya pun minat kat SRK tu, buatlah keputusan yang munasabah sikit.. sekurang-kurangnya boleh diterima oleh masyarakat.. ini tidak, majoriti masyarakat tidak bersetuju lebih-lebih lagi berdasarkan dalam undian yang dibuat oleh Buletin Utama malam tadi. Huh! Memalukan..! Hari ini pula bergegar dalam akhbar tentang ketidakpuasan hati persatuan-persatuan artis Malaysia tentang penganugerahan tersebut.. Haa.. artis kita pun tidak puas hati!hehehe..
Sebenarnya kalau nak diikutkan ramai lagi yang layak untuk mendapat anugerah tersebut, contohnya Chef Wan.. beliau bukan sahaja seorang yang terkenal dalam bidang masakan tetapi juga dalam bidang lakonan. Beliau juga dah me'round' berpuluh-puluh negara untuk mempromosikan Malaysia dalam bidang masakan.. ini sudah terang lagi tersuluh.. tak gitu? Kalau bagi kat Chef Wan, arjuna yakin tidak akan suara-suara sumbang kat belakang tidak seperti yang berlaku sekarang ini..
Cukuplah negara kita me'raja'kan pendatang asing.. dah lah dalam bidang pekerjaan pun mereka dah kuasai, nyanyian serta siaran drama tv pun begitu juga.. takkanlah anugerah 'datuk' ni pun kita nak bagi mereka jadi 'raja' gak kot.. fikir-fikirkanlah..
Arjuna harap kerajaan Melaka mempertimbangkan semua keputusan tersebut.. kita mahukan sebarang penganugerahan diberikan kepada mereka yang betul-betul layak dan logik.. yang betul-betul berjasa kepada negara.. jangan nanti orang gelarkan mereka yang dapat Datuk segera ini sebagai 'Datuk BARUA' pula.. ok..
salam syifa'..

Friday, October 10, 2008

Service Hati..



Assalamualaikum..
Ya Allah... tetapkan hati kami untuk terus bersama dengan Mu dalam segala perkara..!

Thursday, October 9, 2008

Keluar mulut HARIMAULAH, masuk mulut NABUAYA..


Assalamualaikum..
Setelah lama Malaysia terperangkap di dalam mulut sang harimau.. digigit..dikunyah lumat,dicarik-carik keamanan dan kekayaan serta dipulas-pulas tengkuk oleh sang harimau yang tamak haloba...akhirnya... insyAllah, Mac tahun depan akan berakhirlah ketamakan harimau tersebut kerana pada tarikh tersebut KHABARNYA sang harimau tersebut akan melepaskan Malaysia dan menyerahkan Malaysia ke mulut sang buaya yang jelas kebuayaannya.. Nampaknya, Malaysia akan masuk mulut buaya pulak!


Apa yang jelas.. buaya yang bakal menelan Malaysia ini bukan buaya biasa.. tapi buaya luar biasa yang suka menelan dan mencari mangsa di luar negara!.. Ini lah nasib Malaysia.. akan ditelan,dikunyah oleh binatang-binatang yang buas..!

Malaysia mesti diselamatkan.. DSAI.. tunaikan janji anda! Selamatkan Malaysia..!
Allahu Ma'ana.. salam syifa'..
www.syifaarjuna.blogspot.com

Wednesday, October 8, 2008

Salam Idulfitri 1429 H


Assalamualaikum..
Salam Idulfitri kepada semua sahabat-sahabat yang mengunjugi syifaarjuna.blogspot.com.. moga dalam hidayah Allah sokmo.. salam Syifa'..

Tuesday, September 23, 2008

BN yang huru hara..


Assalamualaikum..
Bumi Malaysia mengalami gempa politik yang amat kuat. Huru hara dalam BN semakin terserlah walau PR masih belum dapat menduduki Putrajaya. Janji psiko politik Anwar di gelak tawa oleh pimpinan BN walaupun arjuna percaya dalam hati mereka sedang berserabut, lelah, pening dan pelbagai rasa yang boleh membawa mereka menamatkan riwayat politik lebih awal biarpun masih belum puas merompak harta rakyat. Rakyat makin benci dengan gelagat ‘buat bodoh’ pimpinan BN apabila dulu pernah berjanji akan menurunkan harga minyak jika harga minyak dunia semakin turun.. dan sekarang terbukti ia berlaku tetapi bilakah harga minyak akan turun?.. Ya.. mungkin akan turun tetapi masanya semestinya tidak ‘selaju’ atau ‘sederas’ semasa menaikkannya dulu..!

Kalau diperhatikan, GERAKAN dan MCA sudah mula menunjukkan taring mereka.. GERAKAN secara terang-terangan telah berani memberikan ugutan kepada UMNO untuk keluar daripada BN berkenaan isu perkauman, MCA juga sudah berani menyuarakan rasa tidak selesa dengan penggunaan ISA dan mula menggesa pimpinan BN mengkajinya balik.. Tidak ketinggalan MIC yang secara jelas telah menyatakan bahawa rakyat India amat benci kepada kerajaan kerana penggunaan ISA yang menahan pimpinan HINDRAF dan pelbagai isu lain. BN makin tertekan dengan parti sekutunya iaitu SAPP yang membuat pengumuman keluar dari BN. Begitu juga dengan perbalahan dalam merebut jawatan dalam UMNO sendiri dan terbaru perletakan jawatan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim. Teringat kalam Tok Guru “ Menteri Undang-Undang yang dilantik kerajaan sendiri tidak bersetuju dengan penggunaan ISA, jadi BN nak percayakan siapa lagi?”.. Rakyat telah muak dan boring dengan permainan politik kotor UMNO. Ini semua menunjukkan secara tersiratnya PR telah menang! PR telah berjaya buat BN hura-hara dengan menghantar taufan psiko politik yang hebat.. Tahniah DSAI!.

Namun, bagi rakyat terbanyak yang mahukan perubahan, mereka terus dan masih menanti janji yang dibuat oleh DSAI.. Pimpinan PR kena memikirkan perkara ini. Orang Melayu pantang jika memungkiri janji. Perubahan kerajaan yang dicanangkan oleh DSAI mesti dilakukan dalam masa terdekat. Pimpinan PR juga mesti menyelesaikan pertembungan fikrah dan aqidah yang bakal berlaku antara PAS dan DAP andai PR dapat memerintah Malaysia. Ini juga amat mengelirukan rakyat. Pimpinan PR mesti mempunyai formula yang lengkap dan dapat membuatkan hati rakyat merasa tenang jika berlaku perubahan kerajaan kelak. Tidak mengapa andai bergaduh sekarang asalkan jangan pula bergaduh semasa PR memerintah kelak..! Masa itu rakyat akan menjadi mangsa.. PAS mesti mempunyai pendirian yang jelas dan tetap..bertolak ansur ada hadnya.. jangan sampai menggadaikan aqidah dan meruntuhkan impian dan matlamat kita yang ingin mendaulatkan pemerintahan Negara Islam secara syumul.!..

Moga Allah akan tolong perjuangan Islam yang nyata dalam kebenaran dan meruntuhkan perjuangan thoghut yang nyata dalam kesesatan.. salam syifa’..

Monday, September 22, 2008

Luahan rasa peserta Imtiyaz Team..

Assalamualaikum..
Di bawah ini arjuna siarkan sebahagian komentar yang diberikan oleh para peserta yang menyertai program-program Darul Imtiyaz.. bagaimana dengan anda?.. Jangan tunggu lama-lama.. hehe.. sila layari website : www.dimtiyaz.blogspot.com dan http://akademibahasaarab.wordpress.com untuk keterangan lanjut.. syukran.

1) Komen Dari: Ayu Shahira Abd Razak, SMKA Simpang Lima, K Selangor.Best…Tak seperti yang dijangka”Indah Rupa Dari Khabar”. Datang Simpang Lima lagi

Pengurusan program bagus, one of the best program yang saya pernah pergi..dtg kat Simpang 5 lagi.

2) Komen Dari: Kamarul Ariffin Abd Rahman, SMK Segambut Jaya, K Lumpur.
Bagus. Darul Imtiyaz memang bagus. Tapi cuba tambah lebih matapelajaran selain Bahasa Arab. Teruskan amar ma’ruf, nahi mungkar !!!.

3) Komen Dari: Muhammad Ashraf Bin Zulkifli, SMK Segambut Jaya, K Lumpur.Semoga program ini akan diteruskan pada tahun akan datang !! Syabas Darul Imtiyaz Resources.

4) Komen Dari: Muhammad Shafiq Fahmi Bin Muhammad, SMKA Simpang Lima, K Selangor.Secara Ringkasnya, Darul Imtiyaz memang telah mempertingkatkan prestasi saya dalam Bahasa Arab.

5) Komen Dari: Muhammad Hakim B Zainal Abidin, SMK Segambut Jaya, K Lumpur
Kem ini wajar diadakan pada setiap pelajar form 3 yang mengambil aliran agama di mana terdapat Bahasa Arab. Kem ini bagus dan tenaga pengajarya juga berbakat dan berpengalaman.

6) Komen Dari: Shukhairi Akmal, SMK Clifford, K Lipis, Pahang.
Seminar ini amat membantu saya untuk saya menyelesaikan perkara yang saya tidak tahu selama ini.

7) Komen Dari: Siti Nor Hamimi Suhaimi, SMKA Simpang Lima, K Selangor.Darul Imtiyaz perlu perkembangkan lagi promosi… Darul Imtiyaz sangat menyeronokkan, tak ada program Bahasa Arab yang best macam ni…

Syabas Dan Tahniah..!



Akademi Bahasa Arab Darul Imtiyaz Resources tahun ini menyaksikan seramai 11 orang pelajar telah menamatkan pengajian. Mereka ialah: Dr Mohd Ramdzan Md Jamil, En Othman Bin Dasil, En. Che Othman@Malek Bin Che Mansoor, En Nasir Bin Daud, Puan Sarah Bt Sulaiman, Puan Sharifah Junidah Bt Syed Omar, En. Idris Abdul Rauf, Puan Zahidah Binte Haji Ismail, Cik Noor Idayu Binti Mhd Tahir, Dr Rusnah Binti Hasan, dan Pak Atan(Dato’ Haji Atan Abu Bakar). Pihak kami mengucapkan SYABAS kepada mereka di atas perjuangan mereka mempelajari Bahasa Arab Bahasa Al-Qur’an bermula dari tahap 1 sehingga tahap 6.

Bukan mudah sebenarnya untuk istiqamah seperti mereka. Kesibukan dengan tugas-tugas harian tidak menghalang mereka untuk mendalami Bahasa Al-Qur’an. Dr Mohd Ramdzan Md Jamil sebagai contohnya walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang doktor pakar bius di Hospital Serdang tidak menjadikannya alasan untuk tidak mengikuti dan mempelajari Bahasa Arab. Begitu juga Dr Rusnah Binti Hasan, seorang doktor pakar mata dari hospital yang sama begitu sabar dan bersemangat sehingga dapat menamatkan kelas pengajian Bahasa Al-Quran tersebut.

Usia juga bukan penghalang untuk seseorang mempelajari Bahasa Arab. Lihatlah Puan Sarah Sulaiman yang umurnya sekarang sudah mencecah 60-an tetapi tetap teguh sehingga beliau dapat menguasai Bahasa Arab dan antara pelajar terbaik dalam kelas. Beliau yang juga ibu kepada bekas Personaliti TV3 Wan Zaleha Wan Radzi amat rajin. tekun, istiqamah dan berminat menguasai Bahasa Al-Quran bermula dari tahap 1 sehingga tahap 6. Mengikut pendapatnya: Kelas Bahasa Arab Komunikasi anjuran Akademi Bahasa Arab Darul Imtiyaz R’ces adalah kelas terbaik yang pernah beliau ikuti.

Pelajar-pelajar lain juga tidak kurangnya hebatnya. Tahniah sekali lagi kepada mereka. Semoga Allah mencatat nama mereka antara hambaNya yang telah berusaha mengusai Bahasa Al-Quran. Pihak kami berdoa agar mereka dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan diredhai Allah ta’ala. Kepada anda semua yang belum mempelajari Bahasa Arab, jadilah dan contohilah mereka.

http://akademibahasaarab.wordpress.com/apa-kata-mereka/
http://www.dimtiyaz.blogspot.com

Thursday, August 28, 2008

Anwar Bersumpah Akhirnya..!

Assalamualaikum..
Anwar bersumpah akhirnya..! Tetapi bukan di Masjid Wilayah Persekutuan namun di Parlimen..!hehe.. Tahniah Dato' Seri.. atas kemenangan bergaya dalam pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.. Sekarang rakyat hanya menanti perubahan yang bakal dilakukan oleh Dato' Seri.. Moga dapat gegarkan dewan dengan membongkar penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pak Lah dan mengembalikan hak-hak yang sepatutnya rakyat miliki..! Teruskan perjuangan..

*dah mula kerja..penat2..

Monday, August 18, 2008

Di sisiNYA penentu segala-galanya..

Assalamualaikum..

UMNO dah...


PAS makin utuh..


PAKATAN RAKYAT tetap kukuh..


Moga Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menang di Permatang Pauh..! Sama-sama kita doakan!..

Friday, August 15, 2008

Selamat Bermuktamar Dan Bermuhasabah..

Assalamualaikum..

14 Ogos 2008 ( Baru sampai dari Kelantan )
15 Ogos 2008 : Terdengar ringtone handphone berbunyi..
> Syakir : assalamualaikum.. wei.. pi beli tiket malam ni.. mai ke perak ni.. penempatan pun dah ada.. boleh balik dengan zulhimi nanti..
> Arjuna : Waalaikumussalam.. ok.. hang kat sana dah ke?.. nanti aku cuba..!Klik.

Tapi sayang.. tiket sudah habis!.. Sebab musim cuti sekolah..! Allah.. maaf banyak2 syakir dan sahabat-sahabat ALUSY yang ke sana.. 2,3 hari banyak benda yang arjuna kena tempuhi sehingga tidak mampu mengatur jadual dengan baik.. sepupu (adik) terpaksa dibedah kali kedua kerana sakit buah pinggang dan masih terlantar di hospital.. dan banyak benda lagi yang amat membuatkan arjuna busy..

Apa pun.. kepada semua ahli PAS yang berada di Perak sekarang ini arjuna ucapkan..:


SELAMAT BERMUKTAMAR DAN BERMUHASABAH..! PAS untuk semua.. kerana ISLAM pun untuk semua.. moga PAS akan terus gemilang dan terbilang..! Pinjam ayat Dr M tu..hehe.. salam syifa'..

Wednesday, August 13, 2008

Positif Dalam Wonder Pets..

Assalamualaikum..
Lama bercuti kat kampung, arjuna sering terpandang anak-anak saudara arjuna menonton cerita ini.. mula-mula marah juga kat mereka.. bila lama-lama.. ermm.. ok juga cerita ini..hehe.. kartun yang membina.. apa yang penting... "KERJASAMA".. Ada masa, tontonlah.. mana tahu dapat kebaikan daripadanya..



" Telefon, telefon berbunyi..
Telefon kami datang..
Telefon, telepon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya 3x
Di sana
Mimin,Tuck dan Ninnin juga
Wonder Pets datang membantu
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Yayyyy! Wonder Pets
Apa yang penting?? Kerjasama! Apa yang penting?Kerjasama!
Wonder Pets! Wonder Pets!
Ini serius "
..... > lirik lagu wonder pets.. < .....

Thursday, July 24, 2008

MUQABALAH DAN MERCEDES..

Assalamualaikum..
TAHNIAH kepada pimpinan PAS kerana telah membuat keputusan yang amat bijak. TUTUP FAIL MUZAKARAH, YANG ADA CUMA MUQABALAH..-TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ.
So, sekarang apa yang mahu dibisingkan lagi..? Hampir berminggu-minggu isu ini dimainkan oleh media yang menonjolkan seolah-olah TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ dan TUAN GURU HAJI HADI tidak sependapat dan berbalah sesama sendiri. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya..! Kepada semua ahli PAS, kita kena ingat.. bila syura bersuara dan membuat keputusan, seharusnya kita sami'na wa ato'na..kita dengar dan kita taat keputusan mereka.. mereka bukan calang-calang orang baik dari segi ilmu,akhlak dan sebagainya sehingga mereka diangkat menjadi ahli syura.. mungkin ada perancangan siasah berhikmah yang kita tidak ketahui.. moga ini menjadi pengajaran... dan.. kepada sahabat-sahabat yang nak keluar PAS andai PAS & UMNO bermuzakarah hanya kerana menganggap pimpinan PAS tidak mengikut pandangan TUAN GURU NIK AZIZ, fikir-fikirkan perjuangan anda kerana apa?.. kerana individu atau jemaah?.. kita berjuang bukan kerana semangat tetapi kerana kefardhuan..! Moga khabar ini mengubah niat dan hati anda..!

Tinggalkan muqabalah sekejap.. bibir arjuna menguntum senyum bila terbaca berita tadi kat Berita Hairan yang memaparkan gambar Ahmad Said, MB Terengganu.. Tengok gambar pun dah nak tergelak.. hahahaha... lucu betul.. hahaha.. ckit lagi.. hahahaha.. bukan kutuk ni.. arjuna tak tulis apa-apa pun tentang dia erk.. cuma kesian pulak dengan pimpinan kerajaan Terengganu ini.. kesian kerana perancangan mereka nak menggantikan kereta rasmi kerajaan yang sebanyak 14 buah iaitu Perdana V6 Executive itu dengan Mercedes E 200 Kompressor di bantah oleh kabinet.. Herm.. kalau camni sikap mereka.. kesian la.. kerana pilihanraya ke 13 nanti..mereka confirm kalah!.. Ada ke patut, pada masa rakyat sedang merana akibat kenaikan harga minyak.. barang-barang yang naik harga.. kemelesetan ekonomi yang dirasai terutamanya oleh golongan miskin dan fakir.. mereka senang-senang nak tukar-tukar kereta.. 'ada akai ka..'? orang nak berjimat, dia nak bermewah.. pakai Proton Saga pun korang tetap boleh memerintah negeri aper..! jadi.. wahai orang-orang terengganu..korang fikir lah sendiri.. jangan korang 'takda akai' pula dengan mengundi mereka nanti.. KIAMATKAN UMNO YANG ZALIM DAN TAMAK..!

* maaf arjuna dah cuba upload gambar, tp internet prob.. lain kali erk..

Monday, July 21, 2008

Muzakarah

Assalamualaikum..

UMNO dan PAS nak bermuzakarah..? Tuan Guru Nik Abdul Aziz melarang muzakarah atas nama parti tetapi mestilah atas nama peribadi pimpinan PAS. Dalam pada yang sama Tuan Guru Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan yang sememangnya sebelum ini sudah 3 kali pimpinan PAS sudah bertemu dengan pimpinan UMNO.. Erm.. rumit juga musykilah ini. Apa pun, arjuna teringat kalam As Syahid Hasan Al Banna.. " Na'mal fi mattafaqna wa na tasamah fi makhtalafna.." .. Kita bekerja bersama-sama pada sesuatu yang kita sepakati dan kita bertolak ansur pada sesuatu yang kita bersalahan dari segi pendapat dan lain-lain. Adakah sesuai kalam As Syahid ini kita gunakan pada saat ini..? Arjuna lemparkan persoalan ini ke dalam hati pembaca sekalian untuk memberikan jawapan.. - moga syifa' yang dicari mendapat redha Ilahi -
*psst..- arjuna dapat kerja kat JAKIM.. nak pergi ke tak yer..?

Thursday, July 17, 2008

'Busy'..

Assalamualaikum..

Arjuna amat sibuk sejak kebelakangan ini.. teringat kata seorang 'lecturer'..kadang-kadang 'buat-buat busy' lebih 'busy' daripada 'betul-betul busy'.. Tapi, kali ini Arjuna yang berumah 'sewa' di Bangi ini memang 'betul-betul busy'!..

Mungkin pihak polis yang menangkap Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan cara perilaku kebinatangan itu yang 'buat-buat busy'.. Rakyat bukan buta.. Rakyat sudah celik.. Terutamanya malam diadakan debat antara Menteri Penerangan dan beliau.. InsyaAllah.. haq akan berada di atas.. walaupun lambat lagi masanya.. kerana perjuangan itu memakan masa lama.. bukankah dakwah Rasulullah jua bukan sekelip mata?.. dan sememangnya perjuangan itu untuk orang yang 'betul-betul busy'..!~ kerja bagi para pejuang lebih banyak daripada waktu~!.. salam syifa'..

Thursday, June 26, 2008

Pakat Maghi Belako Wehh..

Assalamualaikum..



Aii.. Amy Search pun ada..?.. Dia pun pakai kereta laa.. Hanya orang pakai basikal je tidak merasai peritnya kenaikan harga minyak.. Anda macamana?..Lu pikir la sendiri..!~Nabil.

Wednesday, June 25, 2008

Nikmati nikmatNYA..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. hidup lagi kita yer.. Walaupun kemungkinan ada antara kita sekarang ini sedang 'tension' dengan tekanan-tekanan hidup yang telah kita lalui dan yang bakal kita lalui..namun, seharusnya kita bersyukur kerana Allah masih lagi menganugerahkan kita nikmat nyawa untuk kita terus menikmati nikmat hidup yang penuh dengan nikmat ini.. segala tekanan itu kadang-kadang boleh bertukar kepada nikmat.. andai kita memikirkannya dengan mendalam.. berfikir berlapikkan iman dan ilmu.. bukan hanya dengan nafsu..


Tekanan hidup.. minyak naik.. barang mahal.. tandas yang dulunya 20 sen sekarang dah naik 30 sen.. makanan jangan cerita.. air 'coconut shake' kegemaran arjuna yang mesti dibeli setiap kali ke pasar malam dah naik 50 sen.. dan banyak lagi tekanan-tekanan yang membuatkan kita sering terlepas pandang untuk bersyukur dengan nikmat.. Ya.. bersyukur dengan nikmat.. mengapa dan bagaimana? Guna nikmat akal kita untuk memikirkannya.. kerana ia juga nikmat yang mungkin sukar untuk kita memuji pemberi nikmat tersebut setiap hari walau hanya dengan berkata atau mengucap 'ALHAMDULILLAH'..setiap hari?..bukankah sepatutnya setiap saat?..Ahh..lu pikir la sendiri..! :)

Kerajaan yang zalim merupakan salah satu saluran pemberi nikmat kepada kita.. Ya.. bukankah doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan.. bukankah itu juga nikmat?

Harga barang yang naik juga merupakan salah satu saluran pemberi nikmat kepada kita.. Ya.. bagi diri arjuna harga barang yang naik membuatkan arjuna sentiasa berwasapada dalam menggunakan duit.. beli apa yang perlu bukan mahu.. kalau dulu sering makan kat restoran dan warung.. sekarang arjuna dan kawan-kawan dah 'belajar masak' kat rumah.. boleh rapatkan ukhwah sambil masak-memasak.. bukankah itu juga nikmat?..Hermm.. hanya kita yang tahu diri kita..sama-sama kita bermuhasabah..

Entry ini arjuna contengkan di kertas A4 selepas menyaksikan drama semasa sedang mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak.. drama yang penuh adegan kutuk mengutuk kepada kerajaan terutamanya Pak Lah.. eh, anda pun pernah buat ker?..hehe..lu ingat la sendiri..!hehe.. ya.. kita berhak marah.. tetapi biar seadanya.. marahlah dalam keadaaan bersyukur.. syukur akan nikmat.. yang telah kita nikmati dan akan kita nikmati.. dariNYA.. ~ salam syifa'~.

Thursday, June 5, 2008

Naik Lagi..?..TurunLAH..!

Assalamualaikum...
"Minyak naik lagi..!" Terdengar rungutan abah dari telefon. Arjuna hanya tersenyum. Tidak berani bersuara. Ya.. abah berhak 'marah' kerana dia yang merasainya. Malah semua pemilik kenderaan berhak 'marah' seperti abah kerana mereka merasainya. Abah menyambung lagi kata-katanya.." Bila minyak dah naik.. semua akan naik la.. yuran belajar,makanan dan banyak lagi..".. Arjuna tersentak..! Kali ini arjuna berhak 'marah'. Dan kita sebagai rakyat Malaysia berhak 'marah'.. kerana kita bakal merasainya..! Betul apa yang abah katakan.. nampaknya.. abah bukan hanya fikirkan dirinya.. tapi keluarga tercinta..!

- keadaan pada hari terakhir harga minyak 'murah' (gambar)..

Itu abah arjuna.. abah anda bagaimana? arjuna yakin, para pekerja tidak kira kakitangan kerajaan dan swasta sedang berkerut kening sekarang ini memikirkan masalah kenaikan harga barang.. terutamanya yang berkeluarga.. ini baru di kira golongan 'yang bekerja'.. pernah tak kita fikirkan golongan yang tidak bekerja..atau istilah mudahnya mereka yang ber 'kerja kampung'.. yang hidup mereka 'kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..'? di mana 'otak' pimpinan kerajaan? di mana 'otak' golongan cerdik pandai dan penasihat-penasihat menteri?.. Nampak sangat kerajaan kita tidak pandai memerintah dan tidak pandai mengambil hati rakyat..! Mereka tak pe la.. cakap je lebih sedangkan.. kereta..-duit kerajaan..minyak kereta..-duit kerajaan..rumah..-duit kerajaan.. semuanya subsidi..!

Bersabar.. dan bersabar..Arjuna menunggu janji Penasihat PKR.. Dato' Seri Anwar Ibrahim.. untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Malaysia.. insyAllah.. doa mereka yang dizalimi dimakbulkan Allah.. moga kita terus bersabar..! salam syifa'..

Thursday, May 29, 2008

Ezam..ooo..Ezam.

Assalamualaikum wth..


Buletin Utama yang ditonton oleh arjuna semalam membuatkan hati arjuna bergelegak.. mana tidaknya.. dalam beberapa hari ini sememangnya arjuna sudah mendengar ura-ura dan khabar angin yang mengatakan Ezam Mohd Noor akan masuk UMNO.. pada waktu itu arjuna suka mengambil langkah berdiam diri kerana hati arjuna waktu itu berdetik..
" tidak mungkin Ezam masuk UMNO memandangkan semangat perjuangannya yang amat hebat.." ditambah lagi berita itu masih lagi belum sahih.. namun,Buletin Utama malam tadi membuktikan detikan hati arjuna itu silap!.. Ezam telah menjilat ludahnya sendiri.. dan sanggup menjadi pencacai dalam UMNO yang sedang nazak!..Nauzubillah..

Tidak dinafikan dahulu arjuna amat meminati ceramah Ezam.. cara dia persis DSAI.. sebiji..pidato yang mantop.. ditambah lagi semangat perjuangannya yang tabah terutamanya setelah keluar dari sel zalim ISA.. dia semakin bersemangat.. namun, semua itu tidak berguna lagi sekarang ini.. pada zahirnya dia sudah tewas dalam perjuangannya..! Ezam.. oo.. Ezam.. moga Allah memberikan hidayah kepadamu..

Ini antara janji-janji Ezam dulu yang menjadi bukti Ezam menjilat ludahnya sendiri..
Para pejuang kebenaran.. hayati..kaji..teliti.. kisah Ezam ini.. mungkin boleh memberikan iktibar yang besar kepada kita..insyaAllah..
-salam syifa'..

PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR
http://youtube.com/watch?v=5Mro8oye5CA

Ezam bercerita tentang perpaduan Melayu, Anwar (2001)
http://youtube.com/watch?v=iW4woWz3R7A&feature=related

LAWAN DAN LAWAN (Lunas 2000) Bersumpah dgn ayat-ayat Al-Quran.
http://youtube.com/watch?v=uPNbtqS7jlc&feature=related

Ezam Mohd Noor on Democracy
http://youtube.com/watch?v=9AXR5bUNElg&feature=related

PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR 3
http://youtube.com/watch?v=gIQPkuu5nWU

Ezam Mohd Noor - Tak Mungkin Masuk UMNO
http://youtube.com/watch?v=hRNhswgptgY

Wednesday, May 28, 2008

" AKU TERIMA NIKAHNYA.."

Assalamualaikum..


Arjuna baru selesai membaca,menginsafi dan mengkaji buku ini.. Buku ini merupakan salah satu daripada hidayah yang amat bermakna dalam hidup arjuna.. ya.. hidayah..
" Cinta itu satu naluri.. Kedewasaan mengendalikan cinta.. itu jati diri..." Kesimpulannya, kepada sahabat semua... belilah buku ini.. nyata dan pasti.. anda sesekali tidak akan menyesal..! Sungguh..!

Tuesday, May 20, 2008

UMNO bagai diserang GARUDA..

Assalamualaikum wth..

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr. Mahathir berkata, keputusan keluar parti itu dibuat kerana beliau berpendapat UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO sebenar.

Beliau mendakwa, UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”

“Saya boleh beri senarai perkara yang dibuat olehnya (Abdullah) yang merugikan negara".- utusan malaysia online (20 Mei 08).
_______________________________________/strong>


Haa.. dalam kesibukan yang amat sangat, arjuna luangkan sedikit masa ke cyber cafe setelah melihat warta berita yang memaparkan berita Tun Dr Mahathir keluar UMNO.. kata-katanya " UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO sebenar " amat menarik untuk diteliti dan direnungi oleh pejuang-pejuang UMNO seluruh negara.. Betulkah demikian..? tanya diri sendiri wahai ahli UMNO..!



Andai diikutkan, Tun Dr Mahathir memupunyai hak yang dominan untuk menegur kesilapan UMNO yang dilakukan oleh pimpinan UMNO sekarang ini.. ye lah.. beliau yang membina kekuatan UMNO daripada penubuhan UMNO baru sehingga perletakan jawatan beliau sebagai PM.. pada masa itu,masyarakat masih lagi memandang UMNO mempunyai kekuatan walaupun kekuatan itu dipamerkan dalam keadaan retorik dan strategi yang amat busuk.. sekarang,..tidak sampai pun 5 tahun UMNO diserahkan kepada pimpinan baru.. UMNO telah menjadi huru hara..bagai bumi yang diserang garuda.. pelbagai masalah timbul hasil balasan kejahatan dan kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan baru.. yang pada hakikatnya.. balasan ini adalah hasil kesilapan dan kejahatan UMNO di zaman Tun Dr Mahathir lagi..! ya.. teringat arjuna kalam mantan presiden PAS(Ust Fadzil Noor).. " Mahathir akan dapat melihat sendiri kerosakan dan kemusnahan pada bangsa, negara dan agama hasil daripada agenda-agenda mengetepikan Al-Quran yang beliau sendiri lakukan.., ALLAH tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa..!".. sekarang ini, sedikit demi sedikit kebenaran kian terserlah.. kita tunggu dan lihat noo..

Dan seharusnya,Pakatan Rakyat tidak terlalu gembira dengan berita ini.. kita kena sentiasa berhati-hati.. kebenaran juga ada ujian.. jangan terlalu gembira.. jadikan kelemahan pihak musuh adalah satu peringatan bagi kita.. tetapkan hati.. istiqamah dalam perjuangan.. pikat hati rakyat.. 'didik' mereka.. bukan meng'arah' mereka.. jadikan rakyat sebagai 'kekasih hati' bukan 'makwe' untuk digunakan semasa pilihanraya saja.. bila dah menang..cari 'makwe' lain pulak.. perjuangan kita PASTI DIUJI..moga kita tabah dan sabar menghadapinya.. salam syifa'..!

Wednesday, April 23, 2008

Bekal Akhirat..

Assalamualaikum wth...
Wahai kaum muslimin dan muslimat, anak-anak muda, para remaja dan retua, para janda dan duda, mahasiswa dan mahasiswi, teruna dan dara, mereka yang 'syok' bercinta, membelai rasa dan rindu, memahat kasih cinta setinggi gunung...dan mereka yang sewaktu dengannya.. ingatlah...!


ingat tau..

Bekas Menteri DiDakwa Mencabul..



Assalamualaikum..

Menteri U--O mencabul : perkara biasa
Menteri U--O minum arak : perkara biasa
Menteri U--O mencarut : perkara biasa
Menteri U--0 bergelek : perkara biasa
Tutup kes : perkara biasa..

kerana inilah praktikal kepada teori-teori asas Islam Had hari mereka..
siasat betul-betul wahai PDRM sebelum kamu disiat-siat oleh Allah..!..

Saturday, April 12, 2008

Peringatan..!

Assalamualaikum..
uihh.. lamanya arjuna menyepi.. kesibukan diri menjadikan minda ini terpaksa dipecahkan kepada beberapa folder.. dan semestinya apa yang perlu didahulukan, wajib diberi keutamaan.. apapun, api juang tidak pernah padam..!

Arjuna tidak mahu menggunakan bahasa kiasan.. mahupun lenggok bahasa bungaan persis 'mat jiwang'.. tetapi nak kongsi satu peringatan dengan anda sekalian.. erm.. peringatan.. buat diri arjuna sendiri terutamanya..

Kematian itu pasti.. dua hari lepas, dua orang kampung arjuna telah meninggal dunia.. akibat sakit tua.. kematian mereka pada hari yang sama namun waktu berlainan.. moga Allah memberkati kedua-dua mereka..



Mereka mempunyai anak-anak yang ramai.. harta yang banyak.. saudara mara yang ramai.. tetapi semasa arjuna hadir menziarahi jenazah salah seorang daripada mereka, terbit kekecewaan yang amat sangat dalam diri arjuna.. kenapa?.. tidak ada seorang pun daripada anak-anak yang ramai itu berada di tepi jenazah untuk membaca al quran atau surah yaasin.. Di mana anak-anak lelaki Allahyarham berada? Di bawah pokok, ditepi rumah sambil berbual-bual dan menghembuskan asap rokok..!



Semasa jenazah ingin disolatkan, datang beberapa orang anak perempuan Allahyarham membentangkan sejadah.. erm.. mereka ingat solat jenazah ada ruku' dan sujud seperti solat biasa..! Bila memikirkan benda ini, sakit hati dan kemudian hadir rasa kasihan kepada mereka.. namun, itulah realitinya.. serasa berat tanggungjawab yang terpikul dibahu ini..

Sekarang, tanya diri kita.. bagaimana hidup kita.. ibadat kita.. adakah kita berlaku adil kepada diri kita.. ibu bapa kita.. andai kita seorang ayah, fikirkan bagaimana method untuk mendidik anak-anak kita.. dan andai kita seorang anak.. erm..fikirkan sendiri..! Mampukah kita menjadi imam semasa solat jenazah ibu bapa kita nanti..? Didiklah anak-anak kita supaya mampu menjadi imam kepada jenazah kita nanti..! salam syifa'..

Wednesday, March 19, 2008

Perginya seorang ulama'..takziah...

Assalamualaikum...
Teringat arjuna akan pesanan salah seorang anak murid kesayangan Tuan Guru Haji Lah, Pondok Lubuk Tapah..kami memanggilnya 'baba Zam' yang sekarang ini beliau berada di Mekah, menuntut ilmu talaqi di sana.. erm.. beliau selalu pesan dengan arjuna semasa sebumbung di Syria dulu.. "Zar, tok guru haji Lah pesan sokmo ko kita (saya) supaya jangan tinggal baca surah Al Waqiah tiap-tiap malam kalau ngaji(belajar) di luar negara untuk menuntut ilmu..Zar kena amal tuh kalau tak dok duit gak.."..Pesanan ini selalu arjuna dengari semasa arjuna mengaji kitab kuning -kitab fiqh- dengan beliau.. bukan.. bukan setakat arjuna dengari, tapi arjuna amalkan.. Alhamdulillah.. syukur padaNya, rezeki arjuna sentiasa ada..tidak putus-putus sehingga sekarang.. Allah itu Maha Pemurah..!

Namun, 10 minit sebelum tadi..sebelum menaip post terbaru di ruangan 'create posts' dalam laman blogger.com ini, arjuna didatangi khabar dari seorang sahabat yang mengatakan Tuan Guru Haji Lah, MENINGGAL DUNIA.. khabarnya semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah mengetuai bacaan Yaasin untuk arwah yang ketika itu masih gering.. dan pagi tadi, bumi Pasir Mas dihujani air mata kesedihan dengan pemergiannya Allahyarham yang amat berjasa dalam menabur mutiara ilmu kepada masyarakat..Al Fatihah..!

(Allahyarham Tuan Guru Haji Lah,Pondok Lubuk Tapah semasa hayatnya, seorang yang wara' dan dihormati oleh masyarakat..)

Siapa yang tidak mengenali Tuan Guru Haji Lah..? Seluruh pelosok rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya mengenali Allahyarham.. boleh dikatakan setiap hari ada sahaja orang mengunjungi Allahyarham untuk meminta 'air tawar',solat hajat dan sebagainya..keramat doa Allahyarham di akui oleh sesiapa sahaja yang pernah meminta khidmat Allahyarham.. khidmat yang tidak pernah diwarwakan oleh media..tidak pernah dikenakan sebarang bayaran..tetapi, khidmat hanya kerana Allah, untuk Allah dan kepada Allah.. semoga segala khidmat itu akan menjadi saham kepada Allahyarham kelak di dunia abadi.. erm..selepas ini tidak akan kedengaran lagi doa Allahyarham di majlis@program solat hajat di stadium Sultan Mohamed Ke 4 lagi.. Al Fatihah..!

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Lah

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3 00 petang, hari jumaat, 11 febuari 1933 di pondok Lubuk Tapah Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

( Pondok Lubuk Tapah )

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu.

Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan, Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat. Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.