Saturday, May 26, 2007

Catatan Haramain (3) : Makkah Mukarramah

Alhamdulillah, semasa di Makkah juga, arjuna berpeluang menziarahi Jeddah melalui seorang kenalan yang tinggal di sana. Beliau merupakan rakyat Syam yang bermukim di Jeddah. Namanya Ahmad Al Misri. Pertama kali berjumpa, arjuna ingatkan beliau merupakan seorang pekerja biasa memandangkan cara pemakaian beliau yang amat simple tetapi rupa-rupanya beliau mempunyai kilang cenderamata berbentuk makanan serta kopi dan lebih mengejutkan kilang beliau mempunyai cawangan di seluruh Arab Saudi!. Arjuna dan seorang teman dibawa menziarahi rumah beliau di sana. Rumah yang amat mewah dan tidak keterlaluan arjuna katakan sepanjang kami bersama beliau, kami dilayan persis seorang VIP. Bayangkan, kami diberi telefon bimbit untuk menelefon sesiapa sahaja yang kami mahu. Arjuna mengambil kesempatan menelefon famili di Malaysia. Kami ‘dipaksa’ untuk bermalam di rumahnya kerana beliau sudah mengatur beberapa jadual untuk kami. Kami akur bila melihat kesungguhan beliau kerana memang adat orang Syam -amat memuliakan tetamu..!

Pada malamnya, kami dibawa ke satu majlis zikir berbentuk nasyid bersama seorang sheikh yang bernama Ratib Al Hakimi. Beliau dari Syam, berumur lebih 80 tahun dan diperintahkan keluar daripada Syam kerana kelantangannya beliau menyatakan kebenaran. Aduhh..! Yang tak tahannya, arjuna juga ‘dipaksa’ menyumbangkan sebuah nasyid. Nasib baik ingat juga beberapa bait nasyid Arab daripada kumpulan Nadamurni dan Rabbani.. apa yang pasti.. sumbangan tersebut benar-benar sumbang…! :) Astaghfirullah.. Pada pagi esoknya, Ahmad Al Misri membawa kami mengikuti pengajian khusus beliau bersama seorang sheikh yang juga dari Syam dan diperintahkan keluar daripada Syam. Namanya Sheikh Aiman. Saat ini, hormat dan kagum ana kepada insan tawadhu' bernama Ahmad Misri makin bertambah kerana dalam keadaan serba mewah dan kesibukan yang amat, beliau masih lagi memperuntukkan masa untuk belajar.
"Ini jarang berlaku kepada kebanyakan ‘orang-orang kaya’ di Malaysia yang cepat lupa bila Allah kurniakan kekayaan, mereka merasakan kekayaan itu segala-galanya.. sedangkan itu semua hiasan dunia yang fana.. sementara!.."
Marilah sama-sama kita beristighfar!.. Secara ringkasnya, semasa di Jeddah kami juga berpeluang ‘bermain-main air’ di Laut Merah dan meronda sekitar bandar Jeddah yang sebelum ini tidak pernah singgah di kotak minda arjuna. Alhamdulillah. Kami dihantar ke Makkah semula pada keesokkan hari bersama hadiah oleh Ahmad Al Misri yang berupa makanan dan wang tunai… yang jumlahnya membolehkan arjuna membeli sedikit hadiah untuk famili serta menjadi bekalan balik arjuna ke Syam dan dapat belanja beberapa sahabat makan. Alhamdulillah.

Selain itu, arjuna juga berpeluang secara kebetulan berjumpa dengan seorang sheikh yang menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Sastera Arab Dunia. Namanya beliau, sheikh Dhiauddin As Sobuuni. Pertemuan secara tidak sengaja ini berlaku ketika arjuna dan seorang teman ingin menunaikan solat Maghrib. Arjuna memandang beliau sebelum mengangkat takbiratul ihram.

"Sungguh..! Ketenangan yang singgah dalam jiwa ketika pandangan pertama itu membuatkan arjuna mengambil keputusan untuk menegur beliau usai solat, walaupun arjuna tidak mengenali siapa beliau. Usai solat, beliau berpaling kepada arjuna dan teman serta berkata ;

“ Antuma dari Damsyiq?”.. Kami hairan!.. Bagaimana beliau tahu..?"

.. Ringkasnya, beliau memperkenalkan dirinya dan menawarkan diri untuk mengajar kami pada malam itu, asas Ilmu Nahu dan Balaghah. Bagai tidak percaya..! Arjuna dapat mengaji di Masjidil Haram.. Betapa luasnya ilmuMU ya Allah.. Tidak lupa kami mengambil kesempatan untuk meminta beliau mendoakan kami.. dan yang pasti, pertemuan unik ini akan terpatri di sanubari.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Setelah hampir 9 hari ini kami di Mekah, musafir ibadat ini sampai ke penghujung. Alhamdulillah. Kalau diikutkan, memang banyak lagi yang arjuna ingin kongsi kan bersama anda semua, tetapi memadailah setakat ini.
"Kesimpulannya, apa yang arjuna perhatikan, kedua – dua bumi keramat ini menjadi saksi sebagai tempat penyatuan umat Islam. Sunni, Syiah, mereka yang berfahaman wahabi dan lain-lain solat dibelakang imam yang sama dan tawaf mengelilingi Kaabah yang sama..!"
* [ Ayah Pin tidak termasuk dalam senarai.. :) ]. Ini yang kita boleh banggakan setakat ini dan kita mendoakan keadaan ini akan berkekalan selama-lamanya kerana kalau kita perhatikan sekarang ini perpecahan di kalangan umat Islam sendiri semakin menjadi-menjadi.
"Ikatan silaturrahim antara umat Islam semakin goyah akibat daripada berbalah mengenai perkara-perkara cabang dan me ‘raja’kan ego yang dibelai dalam hati. Sedangkan Yahudi dan sekutu-sekutunya bergelak tawa dan bertepuk tangan dengan ke ‘tidak cerdik’ kan kita. Ini menuntut kesedaran daripada kita selaku umat Muhammad."
Rasailah, renungilah dan fikirkanlah bagaimana susahnya Rasulullah S.A.W ingin menyatukan umat manusia dahulu, terpaksa berkorban segala-galanya. Bagaimana dengan kita yang menerima Islam dalam keadaan yang serba selesa? Apa pengorbanan kita?.. Ingat, siapa pun kita.. Dato’, Tun’, Menteri dan lain-lain tidak akan terlepas dari soalan-soalan Allah di akhirat kelak. Dunia ini adalah kebun untuk kita bercucuk tanam supaya boleh ambil hasilnya di akhirat. Semai dan bajailah tanaman kita betul-betul kerana kita akan kutip hasilnya nanti!..Ya.. kita.. anda dan arjuna. – salam syifa’..

10 comments:

Ilham Purnama said...

syifa' arjuna, boleh bagi kat ana tak no. tel insan-insan yang disebutkan, insya-Allah habis imtihan ana juga bakal bergelar tetamu Allah.

banggugar said...

salam,

selamat kembali ketanah Syria..

bila nak pergi lagi boleh ana nak kirim apa2

(",)

Anonymous said...

Kisah kembara yang
menarik sekali..

Bila Arjuna nak
balik kelate?:)

Achik_Sufi said...

sesumbang mana sumbangan itu, moga ia dibalas dengan pahala.amin...

Mardihah said...

salam,

mohon blog ukthti di linkkan di blog ana,

Harus saya mendapat keizinan dahulu

salam perpaduan!

fatimah_mastura said...

masya`ALLAH subhanALLAH
wal HamduliLlah...


salam `alaik ya akhi al-kareem,
jazakALLAHu khairan kathira, amma ba`d,
diatas segala nya, kerna nya dan untuk nya...

bisa terbayang2 Kaabah serta maqam
Junjungan Mulia ShalALLAHu`alaihiwasalam
di hadapan mata nahnu...

p/s:
اللهم صلي وسلم على سيدنا ونبينامحمدالكريم
وعلى آله وصحبه اجمعين

ALLAHu RABBi...


demi Munajat Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam,
yang merupakan munajat terluhur
dari seluruh munajat hamba MU
di kerajaan alam semesta,

bebaskan nahnu dari segala kesempitan,
bebaskan nahnu dari dasar samudera kesulitan
yang membuat nahnu tenggelam
dan buta dari kegembiraan,

yang membuat nahnu ditelan oleh dosa
dan merangkak diperut dosa
yang penuh dengan busuknya bangkai kehinaan
dalam keadaan lumpuh dari harapan...

Tiada Tuhan Selain Engkau ya ALLAH...
nahnu tidak akan menyembah Selain MU...
tidak pula akan sujud pada Selain MU...

ALLAHumma amiin...

tintaHati said...

Tahniah! Satu catatan perjalanan yang baik. Nampaknya tinta ketinggalan 2artikel. Tapi, alhamdulillah semuanya telah selamat dibaca.

Tetiba rindu untuk ke sana membuak-buak. Beruntung kamu yek bertemu dengan cendikiawan2...

Kalaulah tinta juga boleh menuntut ilmu dan berbahasa arab seperti arjuna..alangkah beruntungnya..

GuwaSufi said...

dah acap kali aku cuba send kat shoutbox tu..tapi seacap kali tu jugak la tak menjadi...begitu keciwa...nasibku selalu payah utk tulis kat shoutbox syifaarjuna...mengapa ekk? adakah tuan² dapat merungkaikannya? :)

syifa...berwajah baru nampak blog nih...ilham dr Haramain ke? atau bersempena apa² peristiwa? hehehe...sedey, aku lom sempat bace entri Haramain 2 & 3...bz bangat...

teruskan garapan minda anda...salam sufi..

- anTusufi

Ismi : Arjuna said...

assalamualaikum..

ilham purnama : InsyaAllah, nanti kita jumpa dan bincang..moga berjaya!

bang_gugar : bang punya pasal.. what ever..he2

indahsakura : terima kasih sakura, balik kelate..? bulan depan kot..

tintahati :Alhamdulillah, nak belajar bahasa Arab ke?.. pi tuisyen la.. he2.. bahasa syurga tu kak.. he2

alwatary : sufi, cuba hang try sekali lagi.. boleh kot..terima kasih noo coz selalu bg semangat.. barakallahufiek..

achiksufi : InsyAllah, itu yang arjuna harapkan.. sumbangan itu bernilai disisi Allah..

qudwah_mardiah : salam ukhwah.. sila lah link kan.. saya juga dah linkan blog saudari.. teruskan pena dakwah.

ukhti27 : Syukran.. Amin.. Moga kita diredhaNYA..

GuwaSufi said...

Alhamdulillah..petang nie dah berkesempatan dan udah seusai pun membaca tiap patah catatan Haramain arjuna...

wah! hebat sekali..pengalaman menarik ditambah pula dgn adaptasi persembahan bahasa serta cetusan minda yg segar..serasa tak boring menghabiskannya, malah terasa mahu 'paksa' pula arjuna menyambungnya,heheh...*PUJIAN INI BKN NAK BUAT BERCAMBAHNYA EGOIS ATAU RIAK DI DADA SI PENULIS..TAPI INGIN MENTERJEMAHKAN KATA HATIKU..MOGA IA JUGA MENJADI 'PEMBINA' SEMANGAT ARJUNA UTK TERUS BERKARYA :)

Aku begitu tertarik dgn point akhir catatan ini...iaitu berkisar pd nilai kesatuan..

mmg kesatuan ini satu tuntutan...dan kelahiran pelbagai firkah (kumpulan) juga bukan suatu yg menyalahi agama selagi ianya berteraskan Al-Quran wa Sunnah SAW..so, bekerjasamalah kita demi memenuhi tuntutan Tauhid yg lebih besar; agar Kalimah Allah dijunjung setingginya di muka bumi...jauhi persengketaan antara kita..jgn kita jadi "alu & lesung terusan berlaga, yg kenyangnya si ayam"...ayuh, cetuskan agenda kesatuan!!

maaf ya tuan rumah..terpanjang skit komen kali nih :)...salam sufi..

- anTusufi