Saturday, December 23, 2006

Cuba check matlamat kita jap..

Assalamualaikum

“ Ashraf, apa cita-cita awak bila besar nanti?” soal cikgu Hamidah kepada muridnya, Ashraf.
“ Bila saya besar nanti saya nak jadi doktor, cikgu,” jawab Ashraf .

Itulah jawapan yang sering kita dengar kalau ditanya oleh cikgu semasa di sekolah rendah atau menengah dulu. Malah kawan-kawan arjuna sendiri ramai yang menyatakan nak jadi polis, arkitek, jurutera dan banyak lagi pekerjaan profesional yang lain. Arjuna juga yakin anda semua juga mengalami keadaan ini. Seolah-olah itulah yang menjadi matlamat dan hala tuju kita. Persoalannya, adakah setakat itu yang kita inginkan sebagai seorang muslim?..Adakah itu sahaja cita-cita yang kita mahu capai sebagai seorang yang beriman?..


Arjuna tersentuh dengan satu kejadian ketika arjuna mengikuti satu program untuk kanak-kanak PASTI. Program sukaneka yang dibuat di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan itu menggabungkan semua PASTI negeri Kelantan. Arjuna sebagai penonton sahaja. Jangan anda fikir arjuna menyertai sama!


Dalam arjuna seronok menonton itu, datang seorang kanak-kanak lelaki mendekati arjuna. Dia muram. Arjuna pun bertanya padanya semata-mata ingin berbual-bual, kot-kot boleh membuatkan dia ceria.

“ Adik tak ikut program ke,?”
“ Ikut..tapi semasa berlumba lari tadi, saya kalah,”
Oo..patutlah muram. Arjuna senyum.
“ Adik sedih kerana tak boleh hadiah kan?..Jom, ikut abang. Kita pergi makan,”. Arjuna memujuk.
“ Saya bukan nak hadiah, tapi saya nak menang!..Ustazah cakap, sebagai seorang lelaki Islam, saya kena menang dalam semua perkara,” Arjuna tersentak dengan jawapannya. Dia pula seolah-olah marah pada arjuna.
“ Apa cita-cita adik,?” Arjuna sekadar ingin mengalihkan topik perbualan. Kanak-kanak, kalau marah dia akan menangis, bila dia menagis..panjang ceritanya.
“ Saya nak mati syahid!,”ujar kanak-kanak yang berumur 6 tahun ini pada arjuna.


Arjuna hampir mengalirkan air mata ketika itu. Hebat didikan ibu bapa dan asatizah (guru-guru) kanak-kanak ini. Persoalannya, berapa ramai lagikah kanak-kanak yang seperti dia?

Sekarang arjuna mohon kita sama-sama berfikir. Bukan sahaja fikir tentang kehebatan kanak-kanak tersebut, tapi fikir di mana sekarang ini kehebatan kita. Perasan atau tidak, sedari kecil kita dididik dengan teori wang adalah segala-galanya. Mungkin kita tidak perasan, tetapi itulah hakikatnya!. Kita semua dididik andai seseorang itu ada kereta besar, dia lah yang hebat. Andai seseorang itu ada rumah besar, dia lah yang mesti dihormati. Andai seseorang itu berjawatan besar, dia lah mesti kagumi. Tetapi, persoalan taqwa tidak pernah bermain di minda kita kerana kita tidak dididik kerananya. (Tidak semua laa).


Justeru, secara tidak langsung, kita belajar atau bekerja adalah kerana untuk mendapatkan semua itu. Mungkin anda yang membaca artikel arjuna ini tidak sedemikian, tapi cuba anda lihat disekeliling anda!..

Masyarakat Malaysia sekarang ini majoritinya mengejar wang. Duit adalah segala-galanya. Mereka sudah lupa yang kebahagiaan adalah apabila kita mengingati Allah. Sekarang, mereka rela melupakan solat berjemaah demi mencari wang. Mereka lupa sirah Nabi Muhammad S.A.W yang ketika bermulanya kerajaan Islam yang pertama di Madinah, para peniaga akan menutup semua urusan jual beli apabila Saidina Bilal melaungkan azan. Mereka lupa!. Ini hanya dari segi perniagaan sahaja.

Kalau kita lihat dari segi pendidikan, bayangkan di sebuah sekolah menengah, mata pelajaran PENDIDIKAN AGAMA ISLAM hanya ada 2 atau 3 kali seminggu. Itupun akan dikurangkan kepada mereka yang berada dalam aliran SAINS. Cuba anda fikir, mampukah pelajar-pelajar mendapat didikan agama yang menyeluruh dengan hanya belajar subjek agama 2 atau 3 kali seminggu?.. Hatta mereka yang boleh digelar sebagai ulama’ sudah sanggup menjual agama demi periuk nasi mereka. Inikan pula mereka yang mengenali Islam hanya pada kulit..! Fikirkan...

Bolehkah ini semua melahirkan seorang Muslim yang sanggup mengorbankan jiwanya untuk Islam?..

Dalam keadaaan Islam yang ditindas, dikecam, dipijak lumat oleh kuffar samada secara terang-terangan dan secara halus, memadaikah kita dengan hanya berdiam diri?..Ingat menjaga agama Islam adalah tanggungjawab kita!..Kewajipan kita!..

Jangan kata arjuna tidak sependapat dengan mereka yang bekerja sebagai doktor dan profesional yang lain. Malah sekarang ini, ramai para profesional yang sudah bekerja dalam jemaah Islam. Jadilah doktor, arkitek dan lain-lain tetapi biar ada kesedaran dalam diri kita bahawa “ Aku bekerja demi Islam, untuk Islam”..bukan kerana wang semata-mata. Biar anda semua sebagai profesional turut berasa sedih bila ada jiwa orang Islam dibunuh, diseksa..
Senario sekarang ini perlu di ubah!..Kita lah yang mesti mengubahnya!
- salam syifa’..
Nak imtihan nie, pakat-pakat doa lah ye.

4 comments:

hakim dirani said...

Arjuna,
saya juga rasa seperti nak mengalir air mata kerana membaca kisah kanak-kanak ini.kita doakan agar dia menjadi seorang pembela islam kelak.

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

satu entri yaang sangat bagus...

pujian kepada asatizah PASTI!

p(^_^)q

Anonymous said...

pembentukkan moral dan minda anak2 sememangnya bermula dari ibubapa/rumah. Kalau asuhan yang diterapkan lebih kepada nilai2 islam..maka anak2 akan membesar dalam situasi tersebut..dan insyaAllah bila besar nanti akan menjadi seorang anak yang soleh dan turut berjihad memperjuangkan islam

syahid_zul said...

erm...kalau kita tgk dibeberapa tmpat,sudah ada kesedaran utk org islam hantar anak blajar kt skolah agama.mungkin ada kesan dr gejala murtad dan sbg yg sdg berlaku..
inilah sistem pendidikan yg kita inginkn.maybe saya antara insan yg lahir dr didikan pendidikan sekular,tp terbukti islam xdpt dibunuh dr dada2 ummat islam dgn mudah...dlm dada mereka pasti ada satu tempat khas utk islam berada..sbg pndakwah,kitalah yg b/t/jwb menerokai dada insan yg masih "blur" ngn dunia skrg ni..
apapun tahniah kat pasti!!