Saturday, December 9, 2006

Cerpen Terbaru..

Assalamualaikum.

Arjuna ada buat cerpen, tapi cerpen ni banyak sangat kelemahan dan arjuna belum dapat idea untuk buat endingnya. Tajuk pun tiada lagi nie. Sejak akhir-akhir ni makin banyak pula kat pejabat persatuan..tambah la tak sempat. Justeru, arjuna harap mana-mana sahabat yang ada idea, bolehlah tolong ye. Beri komen dan idea anda dalam blog ini atau emel arjuna, penasakura@yahoo.com. Ok..Terima kasih.
.....................................................................
Terik mentari menjenguk lagi. Namun cahaya yang menjenguk ruang kamar tidur itu tetap kalah dengan kesejukan bayu syita’ yang semakin terasa. Sejuknya sampai ke tulang!..Lebih-lebih lagi waktu subuh. Riz menggeliatkan badannya. Entah kali ke berapa. Termasuk hari ini, sudah beberapa kali dirinya tertinggal solat subuh. Di ambilnya selimut, dilipat dan disandarkan pada penjuru katil. Sekali lagi dia menggeliat. Sejak akhir-akhir ini, Riz banyak berubah. Tambahan pula dengan kehidupannya yang serba cukup membuatkan dirinya sering lupa tugasnya sebagai seorang pelajar. Terutama statusnya bergelar pelajar agama! Sudah jemu teman-teman serumah menasihatinya supaya mengubah sikap, tetapi segala teguran dan nasihat sikit pun tidak diendahkannya.

“ Riz, kita datang ke sini bukan untuk rileks dan melancong, tapi kita datang membawa amanah keluarga dan masyarakat yang dahagakan ilmu..kita kena ubah diri kita ke arah yang lebih baik kalau kita mahu jadi orang yang berilmu, kita kena lupakan kenangan-kenangan pahit yang membantutkan diri kita dari menuntut ilmu. Kita mesti bina hidup baru,” sekali lagi Ustaz Hasan yang sering menasihatkan Riz menjalankan tanggungjawab beliau. Beliau dilantik sebagai ketua di dalam rumah sewaan mereka.

“ Ustaz, dah berapa kali saya beritahu supaya jangan campur urusan saya. Kalau saya lewat solat pun, itu urusan saya dengan Allah. Saya bayar sewa rumah ni sama seperti ustaz, jadi tolong hormati hak saya,” jawab Riz dengan muka selamba. Riz berlalu dengan wajah mencuka tanpa memandang sedikit pun kepada ustaz Hasan. Hanya ustaz Hasan sahaja yang mampu bersabar dengan kerenah Riz, teman-teman serumah yang lain sudah tidak bertegur sapa dengannya. Bayangkan, segala nasihat dibalas dengan kutukan, siapa yang tahan?
………………………………………………………………………..
Kebisingan hon kenderaan di jalan Baramkeh itu amat membingitkan telinga. Sejak jalan berdekatan Mathaf ‘Askari menuju ke Mujamma’ Abu Nour di tutup, servis Qadm ‘Asali terpaksa melalui jalan yang lebih jauh. Jadi, kesesakan jalan raya berlaku ditambah lagi dengan sikap driver servis yang membuatkan keadaan cukup tertekan kepada mereka yang kurang kesabaran. Sedangkan ini adalah ujian yang paling kecil kepada tholib ‘ilm di sini kalau nak di bandingkan ujian-ujian yang menimpa ulama-ulama dahulu. Terpaksa berjalan beribu baru hanya untuk tahqiqkan kesahihan satu hadis! Ini lah yang membuatkan Riz malas untuk ke tempat pengajiannya, Mujamma’ Abu Nour. Pelbagai kutukan bergentayangan dalam hatinya. Dalam kesesakan itu, dia memandang ke langit melalui tingkap servis. Berterbangan sekumpulan burung membuat formasi menarik di angkasa.

“ Betul ke Riz ingin belajar di sana?,” soal ibunya sambil membuang tudung dari kepala. Perjalanan pulang dari mengikuti kuliah tuan guru Nik Abdul Aziz tadi begitu memenatkan. Walaupun hari cuti, jalan raya sungguh sesak. Ramai sungguh rakyat yang mengikuti kuliah Tuan Guru setiap minggu. Kadang-kadang beberapa anggota polis terpaksa berada di sana untuk mengawal lalu lintas dari berlaku kesesakan. Ye la, mana ada Menteri Besar memberi kuliah agama kepada rakyatnya di Malaysia sekarang ni? Walaupun dah terlalu uzur, beliau tetap datang. Setiap minggu pula tu!
“Mengapa? Ibu tidak percaya ye?,” ujar Riz sambil mengajuk gaya pelakon Ako Mustafa dalam iklan susu Dumex. Iklan itu lah yang membuatkan dirinya popular sebagai pelakon.
Ibunya menggeleng-gelengkan kepala, tersenyum simpul sambil matanya memandang pada suaminya yang turut tersenyum.
“ Riz, abah tidak menghalang, cuma Riz mesti memikirkan semasak-masaknya bila membuat keputusan. Kadang-kadang belajar agama di tempat kita lebih kualitinya kalau usaha kita lebih dari mereka yang belajar agama di negara-negara Arab tu. Cuba Riz tengok graduan-graduan dari Mesir dan lain –lain, sebilangan dari mereka ramai yang kurang kualitinya. Baca kitab Arab pun tak betul barisnya, macamana nak didik masyarakat. Kalau nak buat perbandingan dengan belajar sistem pondok di negara kita, walaupun kurang prasana, tapi kualitinya tetap terjamin,” syarah abah Riz panjang lebar.
“ Betul apa yang abah bagitahu tu, tapi itu cuma sebilangan sahaja kan?..Mengapa kita hanya melihat kepada sebilangan yang kurang kualiti tu, sedangkan sikit pun kita tidak lihat kepada mereka yang berjaya?..Abah, fikir yang positif la..” jawab Riz dengan tenang.
“ Betul kata Riz tu abahnya, bagi la dia peluang buktikan kepada kita yang dia akan tergolong dalam golongan mereka yang berkualiti itu, betul tak Riz?,” seperti biasa, ibunya menjadi peguam bela kalau ada perbincangan seperti itu. Riz hanya tersenyum.
…………………………………………………………..

“ Syu Haa..?!!,” sergahan driver servis itu mengejutkan Riz dari lamunan. Biasalah, bila berlaku kesesakan jalan raya, mesti mereka akan bergaduh sesama sendiri. Manusia akan tewas kepada mainan syaitan jika membiarkan hatinya kosong dari mengingati Allah. Kekosongan itulah akan diganti oleh syaitan. Riz mengeluh sendirian bila mengingati lamunannya tadi, lamunan yang dia sifatkan sebagai kenangan. Memang, semasa awal ketibaannya ke bumi Syam ini dulu, dirinya begitu bersemangat untuk menuntut ilmu. Niatnya hanya ingin menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat bila pulang ke tanah air nanti. Lebih-lebih lagi, dia kena buktikan pada ibu dan abahnya yang dia tergolong dalam graduan agama yang berkualiti!.Namun, setelah ibunya meninggal dunia 7 bulan yang lalu disebabkan kemalangan, dia seolah-olah hilang semangat untuk belajar. Kebetulan pada masa itu, dia sedang menghadapi imtihan. Selepas kejadian tersebut, dia terus berubah. Prestasi pelajarannya merosot. Akhlaknya semakin teruk. Pengajian talakkinya tidak dipeduli. Mereka yang menasihatinya di anggap sebagai musuh. Seolah-olah kematian abahnya menyebabkan semangatnya menuntut ilmu juga turut mati!.

“ Nazzila, mu’allim!,” laung Riz kuat. Tanpa disedari, dia sudah sampai di Mujamma’ Abu Nour. “Perjalanan yang sungguh membosankan ,!” monolog Riz dalam hati. Riz berlari-lari anak semasa mendaki tangga di Mujamma’ Abu Nour itu. Di kiri- kanan, terdapat banyak cyber cafe yang dibuka. Malah ada lagi yang bakal dibuka. Kadang-kadang Riz juga menjadi penyumbang dana kepada mereka kalau dia malas ke kelas. Malah dia pernah lepak di situ sehari suntuk bila dirinya tertekan dengan masalah. Semasa fikirannya berkecamuk risau kerana sudah lewat ke kuliah, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil seseorang. « Alah..Aduka rupanya !. Mesti nak bagi iklan program persatuan ni, » ujar Riz perlahan sambil mulutnya menguntumkan senyuman. Senyum paksa !

"Assalamualaikum," Aduka memberi salam sambil tangannya mencari-cari sesuatu dalam beg galasnya.
"Waalaikumussalam, ada apa pula ni ustaz Aduka ,? " Riz berpura-pura bertanya.
"Begini, hari Jumaat ni Lajnah Tarbiah dan Dakwah ada buat program muhadharah, anta kena hadir tau. Lama sangat dah tak nampak anta kat rumah persatuan tu, ni iklannya,”. ujar Aduka.
“ Ana bukan tak mahu pergi ustaz Aduka, tapi ana datang ke sini bukan nak berpersatuan tapi nak belajar,” ujar Riz menyindir.
“Oo..ana juga datang sini nak belajar, macam anta juga tapi ilmu ni kan luas, malah berpersatuan juga merupakan satu ilmu. Ilmu yang kita tak dapat dalam bilik kuliah dan ia amat berguna kepada kita sebagai pendaie. Anta pun tahu kan kepentingannya,” jawab Aduka.
“Takpe la ustaz Aduka, kalau ada masa nanti ana pergi la. Benda bukan wajib pun kan. Ana dah lewat ni,” kata Riz sambil matanya melirik kepada jam di tangannya.
“Ok, InsyaAllah. Jangan lupa tau. Kita jumpa di rumah persatuan hari Jumaat nanti, "Assalamualaikum,”. Aduka menamatkan perbualan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Waalaikumussalam,” Riz menyambut salam dan terus berlalu ke kelas.
…………………………………………………………..

Riz membentangkan tikar mengkuang ke atas pepasir pantai yang halus itu. Dia membetulkan kedudukannya supaya betul-betul menghadap ke pantai. Sungguh aman dan tenang. Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan desiran ombak yang memukul pantai. Hebat sungguh ciptaan Allah. “ Subhanallah,” tanpa disedari kalimah suci itu keluar dari mulutnya. Suatu ketika dulu keindahan ini Allah tukarkan kepada bala kepada mereka yang melanggar perintahNYA. Masih terakam dalam mindanya kejadian tsunami yang mengorbankan banyak nyawa. Pada masa itu, semua stesen televisyen membuat liputan meluas dan dia hampir pengsan melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat-tempat kejadian. Ada yang tanpa pakaian, tersangkut pada tiang elektrik dan beberapa keadaan yang sungguh menyedihkan serta boleh membuat penonton mendapat keinsafan. Hairannya, dalam kejadian yang dashyat itu, walaupun semua rumah dan bangunan hancur tetapi tidak ada sebuah masjid pun yang roboh akibat dipukul ombak besar itu. Itulah hebatnya rumah Allah yang semakin dilupakan sekarang!

“ Hai, Riz.. Dah sampai ke pulau mana ni?, atau dah sampai di Syria, ? « ibunya menegur dari belakang sambil tersenyum.
" Oh ibu, takde apa-apa la. Riz cuma rasa tenang dengan keindahan ini. Tak sia-sia Riz cadangkan perkelahan kita hari ini. Abah kat mana bu, ?" ujar Riz sambil berpaling ke kiri dan kanan mencari abahnya.
"Abah pergi beli air tadi, katanya nak minum air kelapa. Riz, ibu nak tanya sikit, boleh ye ?," ibunya bangun dan duduk berhadapan dengan Riz.
"Apa dia bu, ?” soal Riz ingin tahu.
“Minggu depan Riz dah nak bertolak ke Syria, Riz rasa keputusan ini tepat ke?,” soal ibunya perlahan sambil tangannya memegang tangan Riz. Ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya.
“ Bu..mestilah. Riz rasa ini keputusan yang terbaik untuk Riz. Bukan Riz pergi buat benda tak baik pun, Riz pergi menuntut ilmu. Riz hanya perlukan doa dari ibu dan abah untuk Riz teruskan langkahan ini dengan penuh ketenangan,” ujar Riz penuh keyakinan sambil tangannya menyapu air mata yang jatuh dari pipi ibunya.
“Ibu doakan Riz berjaya dan jangan lupakan ibu dan abah di sini. Riz adalah satu-satunya permata hati kami. Mungkin kita tidak dapat berjumpa lagi selepas ini,” Riz, memegang erat tangan ibunya yang tidak berupaya menahan kesedihan.
“Bu, Riz sayangkan ibu dan tak boleh hidup tanpa ibu. Jangan cakap macam ni lagi, ok.” Riz menenangkan ibunya.

"Maza tufakkir ya ustaz ?, syuff ilayya !, " suara sheikh yang tinggi itu membuatkan kelas senyap seketika. Lamunannya berpindah ke alam realiti. Semua mata tertumpu pada Riz. Ada dua, tiga orang pelajar Arab yang ketawa.
"Maa fi syaie’ ya sheikh," jawab Riz dengan senyuman yang dibuat-buat. Entah mengapa dalam beberapa hari ini mindanya kerap memutarkan kenangan-kenangan indah ketika dia bersama ibunya.
…………………………………………………………………
Riz membelek-belek iklan yang diberikan oleh Aduka tadi. Entah mengapa, hatinya terasa berminat untuk menghadiri muhadharah tersebut. Seuntai kelas tadi, Riz membeli sandwich falafil dan terus pulang ke rumah. Sesampainya rumah, dia terus ke bilik tanpa menyapa beberapa orang teman serumahnya yang sedang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu. Ustaz Hasan pada masa tu sedang mendengar cd muhadharah sheikh yang mungkin baru dibelinya. Dia memerhatikan iklan itu sekali lagi. Seingatnya dulu, pantang ada muhadharah sheikh yang persatuan anjurkan, dia lah yang bersungguh-sungguh menyebarkannya pada rakan-rakan.
.................................................................................
Syita’ - musim sejuk
Baramkeh - pekan kecil di Damsyik
Mathaf ‘Askari – muzium askar
Mujamma’ Abu Nour – sebuah universiti di Damyik
Servis - van yang berfungsi sebagai bas(lebih kurang) di syria..
“ Syu Haa..?!!,” - “Apa Ni?!!”
“ Nazzila, mu’allim!,” – “ Turunkan kami,mu’allim!”
Di Syria, penggunaan kami adalah satu penghormatan kepada seseorang. “Mu’allim”, adalah satu panggilan sinonim kepada mereka yang tidak dikenali di sini, atas dasar untuk menghormatinya. Ringkasnya, perkataan ini adalah sinonim kepada mereka yang nak turun dari servis.

Maza tufakkir ya ustaz ? – Apa yang awak fikirkan?.
syuff ilayya ! - Lihat padaku.
Maa fi syaie’ ya sheikh – Tiada apa-apa wahai sheikh.

2 comments:

org syria said...

salam...
syabasla wat cerpen tuh..sedap baca sbb dh kenal tempat2 yg disebut...tapi ada satu nak komen..
cam ada kesalahan skit kat bahasa arab tu..
nazzila =turunkan dia(pompuan)
nazzilu =turunkan dia(lelaki)
nazzilna =turunkan kami
nazzilni =turunkan saya
okes..selamat maju jaya syifaarjuna,penasakura,sakuraarjuna,arjunasakura..ntahaapa2ntah...

Ismi : Arjuna said...

org syria :
salam..ishh..org syria blh tulis melayu yer..pelik nih..syukran coz komen tentang cerpen tue..arjuna masih belaja..tentang salah dari segi tatabahasa tue..maaflah..memang nak tulis 'nazzilna'..tp biasalah, menaip ni nak cepat..tersilap taip..tp syukran sekali lagi coz tegur..
syifaarjuna jer..yang lain-lain tu takde kena mengenak dengan yang hidup atau yang mati..salam ukhwah!..