Friday, December 1, 2006

Antara Ambulans Dan Doktor..

Assalamualaikum..
Semalam arjuna dapat maklumat yang ayah SUHAIMI SULAIMAN..telah meninggal dunia..Al-Fatihah untuk arwah..takziah kepada SUHAIMI..moga tabah meneruskan kehidupan..setiap daripada kita akan ke sana..hanya waktu dan ketika sahaja menentukannya..namun,perjuangan mesti diteruskan!..
Semalam juga arjuna ada berbual-bual dengan seorang teman berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan perjuangan Islam.Kami berbual tentang jemaah-jemaah Islam yang terdapat di Malaysia.Tetapi,perbualan kami lebih tertumpu kepada jemaah tabligh.Bagi sahabat teman, jemaah tabligh di Malaysia ramai yang tidak berilmu dan mereka menolak politik dan hanya mementingkan tarbiah semata-mata.Mereka hanya membincang dan membahaskan apa yang ada dalam kitab fadhoilul 'amal sahaja.Arjuna nak tanya anda semua..betul ke apa yang dinyatakan teman arjuna tu?..Betul ke jemaah tabligh tidak ada gunanya kepada perjuangan Islam?Ini kerana apa yang arjuna tahu..di Kelantan,ramai tabligh yang menyokong parti ISLAM malah ada yang menjadi pendokong..tidak tahu pula di negeri-negeri lain..
Bagi arjuna secara peribadi,jemaah tabligh merupakan aset penting kepada perjuangan Islam.Mereka umpama ambulans..membawa pesakit ke hospital dan di hospital itulah pesakit itu akan dirawat!..Ambulans di sini adalah dakwah mereka yang tidak mengenal erti jemu mengajak manusia ke arah kebaikan terutamanya ke masjid..masjid ini lah hospital dan siapa doktornya?..KITA..(khusus utk teman arjuna dan mereka yang digelar tholib ilm)!Kitalah yang akan merawat pesakit-pesakit ini..!Kita kan juga sebagai doktor..doktor ruhani..
Jadi,mengapa pula kita nak mengeji dan berbalah sesama sendiri sedangkan masing-masing ada peranan yang besar kepada perjuangan Islam?..Semasa arjuna menjadi BENTARA ketika MUKTAMAR PAS pada tahun 2002,arjuna pernah bertanya kepada YB NASARUDIN DAUD,yang kini merupakan TIM.SPEAKER DUN KELANTAN..Arjuna tanya beliau kenapa beliau tidak pernah buang serban (masa tu arjuna tak tau apa nak tanya sebenarnya..budak lagi)..beliau kata,kita ni mengaji agama..kita ada uniform kita..doktor juga ada uniformnya..mekanik pun sama..jadi serban,jubah..ini adalah uniform kepada mereka yang mengaji agama..mengapa malu untuk berbangga dengan uniform kita sendiri..sedangkan doktor,mekanik berbangga dengan uniform mereka..dan uniform ni ada peranan masing-masing..doktor akan dikenali bila mereka pakai uniform seperti juga lain-lain..dan mereka ni pakai gapo pun takpo..asalkan undi PAS..(arjuna gelak) jadi,bakpo kito nok malu?..itu lah jawab beliau..
Apa yang arjuna nak bagitahu di sini,semua benda ada peranannya..seperti mereka yang mengaji agama,anda tidak boleh benci kepada doktor..tidak boleh kata mekanik itu jahil..mereka ada peranan mereka dalam perjuangan ISLAM..seperti di zaman Rasulullah dulu,tidak semua dihantar untuk berjihad,ada sebilangan mereka yang Rasulullah suruh belajar..contohnya Abu Hurairah dan lain-lain..kerana mereka yang belajar ni juga ada peranan kepada perjuangan Islam..Tinggal lagi,bagaimana kita mahu sedarkan mereka yang mereka ni ada gunanya perjuangan Islam..itu yang kita perlu fikirkan sebenarnya!..Bukan mencela,mengutuk tanpa ada tindakan untuk menyedarkan mereka..ini yang kita sering terlepas pandang..
Macam kes Tabligh tadi,memang tidak dinafikan ada dikalangan mereka yang benci kepada politik..memang ada..tapi,mereka boleh diubah..kita yang kena bekerja untuk mengubah persepsi mereka tu..bukan hentam mereka..!Ingat..mereka juga aset kepada perjuangan Islam..kita wajib jaga aset tersebut!..So,sekarang intai orang di sekeliling anda..ada tak orang tabligh yang menganggap politik ni kotor..dekati mereka..jadikan mereka sedar yang kita hargai mereka..ambulans pun penting..kan satu-satunya kereta yang polis tak tahan kalau bawa laju adalah ambulans..ingat sikit..!Kemudian buat kerja..jangan cakap sahaja..!Cakap sahaja di kalangan pendakwah ni penyakit..dan memang sampai sekarang tak jumpa-jumpa syifa'nya..nauzubillah!..salam syifa'..

2 comments:

hakim dirani said...

Berjamaah adalah satu yang penting kan?

bayu senja said...

Dakwah merupakan suatu usaha yang luas dan mempunyai wasilah yang sangat banyak. Jadi Tidak guna pertikai wasilah mana yang digunakan,yang penting sampai ke tujuan. Selagi mana tidak terkeluar dari batasan syarak maka usaha dakwah adalah harus melalui apa saja wasilah, lantaran menjadi mahmudah jika menjadi sirah perubah.
Gunakan segala peluang dan hargailah setiap usaha dakwah.
Jangan nanti musuh tersenyum kita bertelagah sesama jemaah islam.