Tuesday, December 12, 2006

Islam Hadhari Dan Tok Guru..

Assalamualaikum..
Artikel kat bawah ini bertajuk "Hormati Budaya Kami- Rakyat Kelantan'. Heboh sekejap bila kerajaan KELANTAN membuat peraturan berpakaian kepada wanita-wanita KELANTAN atas dasar nak elakkan maksiat..Macam-macam reaksi diberikan, biasalah, banyak yang negatif dari positif..tiba-tiba, dalam masa yang sama..dalam kerajaan KELANTAN nak cari jalan untuk mengurangkan maksiat yang makin menggila di Malaysia sekarang ni..datang pula puak-puak HINDUSTAN buat konsert di negara yang kita sayangi ini. Hairannya, takde pula yang bising..Akhir zaman, orang yang mahu buat kebaikan, akan dikutuk..dicerca..sama cam permulaan zaman Rasulullah S.AW. dulu..tapi orang yang buat kejahatan, dibela dan dicipta pelbagai alasan untuk membelanya..betullah ada Hadis yang mengatakan Islam bermula dengan ghorib dan akan berakhir dengan keadaan ghorib seperti permulaanya..dalam Mukhtasar Sohih Muslim-Sheikh Mustafa Diib Bugha, mengatakan ghorib disini..kecil atau sikitnya mereka yang membela Islam. Di sini, arjuna bagi gambar untuk anda semua nilai..sebesar manakah ISLAM..agama kita diletakkan dalam hati pimpinan negara kita!..Salam Api Juang Untuk Islam!..~arjunasakura~

.................................................................




Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat meminta wanita bukan Islam menghormati budaya dan adat resam orang Kelantan dengan berpakaian sopan sesuai dengan masyarakat setempat. Menteri Besar berkata, peraturan menutup aurat hanya melibatkan wanita Islam sahaja dan tidak melibatkan wanita bukan Islam.


Ini kerana katanya, majoriti rakyat Kelantan adalah orang-orang beragama Islam dan tidak suka memakai pakaian yang menjolok mata, yang jelas bertentangan dengan nilai agama dan budaya. Mengulas mengenai bantahan daripada segelintir wanita, beliau berkata peraturan menutup aurat bagi wanita Islam merupakan suruhan agama maka amat tidak wajar jika wanita Melayu Islam sendiri membantah.


“Menjadi tanggungjawab bagi sebuah kerajaan Islam untuk memastikan setiap peraturan dan undamg-undang Islam terlaksana termasuk dalam soal peraturan menutup aurat bagi wanita Islam,” ujar beliau.

“Dalam kawasan rumah mereka bebas untuk berpakaian, tapi bila keluar rumah dan terbabit dengan orang ramai, perlu ada peraturan tertentu termasuk soal cara berpakaian,” jelasnya kepada wartawan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini kelmarin.


“Lebih-lebih masalah rogol dan keruntuhan akhlak semakin banyak dan berkembang, bukannya semakin berkurang. Kerana itu Islam awal-awal lagi menetapkan peraturan berpakaian yang kita panggil menutup aurat sebagai langkah mencegah perkara tidak bermoral dalam masyarakat”.


“Peraturan ini peraturan Islam dan perintah Allah, bukannya peraturan yang dibuat PAS sepatutnya mendapat sokongan bukan bantahan,” ujarnya kesal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan berkata, berkaitan peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita Islam ia bukan perkara baru kerana telah dikuatkuasakan sejak tahun 1989 lagi.


Menurut Takiyuddin, kenyataan atau dakwaan yang mengatakan berpakaian seksi akan didenda RM500 itu tidak benar. Kerana RM500 itu kadar maksimum, bukan denda mandatori.

“Kompaun atau denda itu bergantung kepada keadaan seseorang ia bukan mandatori, malah tidak ada lagi setakat ini yang didenda sehingga RM500,” katanya.


“Bagi kaum bukan Islam kerajaan negeri tidak berhasrat menguatkuasakan peraturan kerana kita lebih kepada pendekatan mendidik dan meminta kerjasama mereka untuk menghormati sensitiviti masyarakat.” Katanya setakat ini tidak ada wanita bukan Islam yang dikenakan tindakan kompaun.

5 comments:

winterbride said...

win pun wondering what's happening with malaysian lately.. I am not pas supporter, but sometimes I do think that our government, and some pertubuhan Islam (sister in Islam) telah melebihi batasan agama.. kesannya, lihatlah apa yang terjadi dengan rakyat malaysia.. mufti diperlekehkan.. fatwa dipermainkan.. jabatan agama dikatakan tidak berfungsi.. ulama dikatakan tidak rasional/ terbuka.. dan mereka yang memperjuangkan agama dikatakan kuno, berfikirang konservatif, tidak boleh dibawa berbincang dan pengganas.. MasyaAllah..

hakim dirani said...

Satu perbincangan yang menarik.
saya juga agak hairan kenapa perkara ini boleh terjadi? tapi bilaberfikir sejenak saya rasa ia adalah perkara yang "normal". masakan tidak, setiap hari disogok dengan gaya hidup sebegitu, tentulah ia menjadi seperti kata pepatah "setiap hari bau najis lama-lama dia kata wangi juga"

Gambar PM kita berpakaian begitu di samping orang perempuan tu nampak ok juga, berdakwah dalam berpakaian.

Murid anda minta tunjuk ajar, Hakim

Ismi : Arjuna said...
This comment has been removed by the author.
Ismi : Arjuna said...

winterbride :
terima kasih banyak-banyak..sebenarnya winterbride, PAS ni hanya satu jalan atau wadah untuk martabatkan Islam di Malaysia sekarang ni..namun,setakat ini orang cerdik pandai agama ataupun kita gelarkan 'ulama' banyak dalam PAS..kerana bagi mereka PAS merupakan jalan atau wadah yang terbaik untuk menentang mereka yang benci dan hina Islam nie..bukan PAS atau lain2 parti atau NGOs lain yang menjadi persoalan sekarang nie..tapi, agama kita ..ISLAM..yang membuatkan kita wajib bangkit menentang segala hinaan, celaan dan usaha-usaha mereka yang nak mengelirukan kefahaman Islam itu sendiri..macam SIS yang winterbride bgth tu la..PAS sendiri pun kalau Islam dilaksanakan di negara kita..PAS akan dibubarkan..kerana salah satu faktor PAS ditubuhkan untuk menegur kerajaan andai ada sesuatu yang kerajaan buat menyalahi syariat ALLAH..saya cetuskan benda ni bukan kerana PAS tapi,kerana ISLAM dan kita semua tahu sekarang..,ISLAM..agama tercinta kita dihina, orang yang menegur pula dikatakan jumud..kita mesti ubah ni..ok winterbride..terima kasih coz ziarah blog saya..salam ukhwah.

Ismi : Arjuna said...

hakim :
memang..masyarakat kita sekarang kekenyangan kerana dijamu dengan kelalaian yang berterusan..cuba kira anugerah utk hiburan di malaysia sekrang nie..terlalu banyak..
Tu sebab kita dah jadi biasa..kalau org perempuan buka aurat, orang berpakaian seksi dalam drama tv diwatakkan sebagai 'orang baik'..tp kalau berpakaian Islamik akan diwatakkan sebagai jumud dan kadang2 ajaran sesat..bila ulama tegur..ulama pun dikatakan tidak terbuka..
tentang komen hakim mengenai pakaian PM kita tue..arjuna no komen la..tapi kalau minyak wangi dicampakkan dalam lubang najis..bau sedap tak?..dakwah benyak cara..tp tetap tak boleh kompromi dengan maksiat..kalau tak, betullah cara robin hood..merompak utk menolong orang miskin..ingat..matlamat tak menghalalkan cara!..
arjuna yang harus berguru dengan hakim..