Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431 H


ASSALAMUALAIKUM WTH.

SALAM AIDILFITRI 1431 H DARIPADA ARJUNA DAN KELUARGA KEPADA SEMUA PENJENGUK BLOG INI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan : Ibadat Di Dahulukan.. Keikhlasan Di Utama Kan..





Ahlan Ya Ramadhan 1431.



Rasa sekejap sahaja. Malah baju raya yang dibeli tahun lepas hanya 2,3 kali dipakai. Masih elok dan kemas dalam almari. Alih-alih kurang seminggu lagi dah nak berpuasa pula. Allah.. sungguh cepat masa berlalu.

Masa yang berlalu itu tidak akan kembali. Umur orang muda akan bergerak menuju tua. Umur warga tua pula akan terus menuju tua..tua.. dan tua.. itulah lumrah kehidupan. Akhirnya umur yang tua.. tua.. dan tua itu akan terus ditarik Allah menuju kematian. Bartukar alam. Ya.. Alam barzakh. Orang muda juga apa kurangnya, bila kematian sudah ditakdirkan.. usah lari ke sana sini.. usah sembunyi.. anda tetap akan mati..! Persoalannya apakah yang diisi menuju kematian tersebut..??

Itu yang bermain dalam kepala. Kalau dulu, sempat khatam Al Quran sekali dalam bulan Ramadhan, kali ini bagaimana pula..? Kalau dulu, berjaya qiam walaupun hanya 2 rakaat menyembah Allah, kali ini bagaimana pula...?

Oh..itu tak apa, kalaulah dulu tidak boleh khatam Al Quran langsung dalam bulan Ramadhan, kali ini apa pula tindakan kita..? Kalau dulu tak mampu qiam walau sehari di  bulan Ramadhan, kali ini apa pula tindakan kita..?

Herm.. tanyalah diri kita.. Allah dah sediakan berlonggok-longgok bonus pahala untuk kita rebutkan di bulan barakah ini.. jangan pula kita memberi berlonggok-longgok alasan pula untuk beribadat kepada Nya.. Malu sikit pada Allah..! 

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431,
arjuna & sakura.
www.syifaarjuna.blogspot.com

Friday, July 9, 2010

SAYA IKHLAS BERBOGEL.

Gara-gara kerana kenyataan Arja Lee yang mengakui dirinya memang berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat perkara tersebut. Bergantung kepada hasil siasatan Jakim, tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Keputusan Jamil dibuat kerana berbogel bukan sahaja salah dari segi moral, walaupun ia hanya untuk lakonan, tetapi juga agama dan undang-undang.

Jelasnya, meskipun adegan tersebut bertujuan untuk mendidik penonton, namun baginya tiada perlunya untuk berbogel bagi mendidik, apatah lagi bila melihat pada para pengkarya negara termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menghasilkan banyak filem tanpa perlu berbuat demikian.

Pada Ahad lalu, di dalam artikel 'Ya, memang saya berbogel - Arja Lee', Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.

Dedah Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi menjayakan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.

Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat. Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu "hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat".

"Ia berbalik kepada niat dalam hati," jawab Arja sebagai menjelaskan keputusannya untuk berbogel. Katanya, apa yang ingin disampaikan adalah mesej positif iaitu untuk penonton tidak mengikut jejak langkah Ruby yang telah mengorbankan segala-galanya.

Filem terbitan dan karya Raja Azmi Raja Sulaiman ini tidak asing kepada kontroversi. Belum lagi melihat kepada pengisiannya, tajuknya, sebelum ia ditukar kepada '...Dalam Botol' sudah berjaya mencetuskan kontroversi apabila awalnya filem itu diberi judul 'Anu Dalam Botol'.

Dari segi jalan cerita pula, secara ringkasnya, filem yang dikatakan berdasarkan kisah benar itu mengisahkan tentang kehidupan golongan homoseksual, yang digambarkan oleh sepasang lelaki 'gay', Rubidin dan Ghaus, yang sedang bercinta.

Kerana cinta, Rubidin sanggup menjalani pembedahan jantina menjadi Ruby. Tetapi pengorbanan Ruby tidak dihargai Ghaus yang membuat keputusan untuk meninggalkannya.

Ruby kembali kepada identiti asalnya, Rubidin dan telah ditemukan dengan seorang gadis, Dina. Mereka bahagia. Tetapi untuk berapa lama apabila Dina dapat tahu Rubidin tidak lagi memiliki kelakiannya?

............................................... ni cerita lain tapi topik sama .........................

Selepas kita saksikan pelakon wanitaseparuh bogel iaitu Ana Dahlia untuk filem Mantra separuh bogel. Tiba giliran pelakon utama filem Mantra iaitu Zul Handy Black pula. Katanya Zul Handy Black betul-betul bogel, namun gambar yang penulis dapat hanyalah separuh bogel.

_________________________________________________________________

Assalamualaikum wth.

Anda dah baca cerita di atas?.. Bagaimana reaksi jiwa anda bila membacanya? Bagaimana pula reaksi iman anda?. Anda jawab lah sendiri..!

Inilah yang berlaku bila 1Malaysia menjadi aqidah dalam pemerintahan negara. Semuanya sudah boleh dilakukan dalam negara kita sekarang ini. Yang jelas HARAM telah diHALALKAN. Kesian. Pemimpin yang sepatutnya memimpin ummah kepada syurga telah condong jiwanya menuju lorong yang menghala ke neraka!

Kalimah 'neraka' yang dulunya kita amat gerun ketika mendengarnya, telah menjadi muzik harmoni yang mendamaikan jiwa ummah kini. Tahu bahawa 'neraka' itu sakit, azab, pedih, merana dan lain-lain namun jiwa telah mati dek kerana aqidah yang ditanam oleh pemerintah di pepohon jiwa ummah adalah 1Malaysia bukan aqidah yang hakiki daripada Rabbi.

Cuba lihat kepada keadaan remaja kini?.. Punah ranah dengan akhlak yang menyimpang..! Nas alullah as salamah wal a'fiah..! Akhirnya.. ASTAGHFIRULLAHAL 'ADZIM.

Thursday, July 1, 2010

HUH..! SAYA PEMAIN BOLA JUGA..!!


Assalamualaikum WTH



Semasa zaman budak-budak dulu suka main bola. Main bola pakai songkok pula tu.. kadang-kadang kopiah. Tak tahu mengapa memang sejak kecil lagi suka pakai songkok atau kopiah. Rasa hensem macam tu.. hehe.. sampai sekarang pun bidang kerja juga ada kaitan dengan songkok atau kopiah. Dulu, masa main bola macam-macam kawan-kawan kat kampung gelarkan nama antaranya ustaz, rabbani, sheikh dan yang paling teruk mereka panggil kita Harakah. Nama-nama ni lah mereka akan laungkan semasa nak 'passing' bola.

Jadi, hebohlah padang bola waktu tu dengan gelak dan sebagainya. Main bukan 'terer' sangat pun. Kadang-kadang boleh 'score' gol kadang-kadang tidak. Kadang-kadang walaupun kita 'score' gol, ada juga kita kena marah oleh 'geng' sepasukan. Ya lah, mana tak marah.. 'score' gol sendiri. Hehe.. Alaah.. 'score' juga sekurang-kurangnya.

Posisi yang kita 'terer' adalah pertahanan atau 'bek'. Memang kita 'terer'. Ini di akui sendiri oleh kawan-kawan sepasukan sebab kita selalunya bukan rampas bola dari penyerang pasukan lawan tapi kita rempuh terus penyerang pasukan lawan. Jatuh terjelepuk la jawabnya. Nasib baik main bola kat kampung ni tak ada kad kuning.. kalau tak kita yakin, kita pemegang kad kuning  merah yang paling banyak.

Apa pun, dengan bola sepak juga lah kita dapat bawa ramai kawan-kawan ke masjid. Dengan bola sepak jugalah kita dapat 'masuk' dengan geng-geng kedai kopi dan remaja-remaja yang 'huHa-Huha'. Dengan bola sepak jugalah kita dapat buat orang yang tak kenal apa itu 'harakah' sehingga orang kenal apa itu 'harakah' dan terus membacanya. Dengan bola sepak juga ramai yang terpaut untuk meniru fesyen kita memakai seluar panjang semasa bermain. Walaupun berkaki ayam. HuhU.. Rupa-rupanya banyak jasa bola sepak pada diri kita.

Dan sekarang zaman dewasa, bola sepak juga yang menyambungkan kembali ukhwah yang hampir terputus setelah kita berada di luar kampung. Bezanya, dulu kami bermain bola sepak di padang, tetapi sekarang kami menonton perlawanan bola sepak dalam televisyen sambil menghirup kopi panas di kedai kopi.

Bola sepak itu 'kegilaan' dunia. Gunakan 'kegilaan' itu dalam dakwah kita. Zaman sekarang, kadang-kadang perlu ada 'gila' dalam berdakwah. 'Gila' yang diikat dalam syariat. Bukan hanya 'gila bola' tetapi 'gila dakwah dengan bola'. Salam syifa'. 

Friday, May 28, 2010

DI MASJID ITU ADA POLITIKUS

Assalamualaikum wth

Anda apa khabar? Moga jiwa anda sentiasa dengan Allah. Jasad dan Minda juga moga sentiasa dengan Allah. Apa lagi yang kita ingin dambakan selain Allah di sisi. Bukan begitu..?

Lama juga blog ini tidak di update. Kalau nak diberikan alasan, banyak alasan yang boleh diberikan atau mungkin di'reka'kan. Ini kerana sifat manusia memang senang mencipta alasan. Kadang-kadang alasan itu langsung tak masuk akal. Itulah manusia. Itulah kita.

Hari ini (28 Mei 10) terpampang dalam Sinar Harian berita mengenai Tuan Guru Nik Aziz, tajuk berita berkenaan ialah " Nik Aziz terus berpolitk dalam masjid". Rasa hairan bergentanyangan dalam minda arjuna. Salahkah kita berpolitik dalam masjid?.
Andai salah berpolitik dalam masjid, maka salah juga tindakan melantik AJK masjid. Bukan begitu?

Perlantikan AJK masjid dibuat melalui mesyuarat agung setiap masjid dan pemilihan AJK dibuat melalui undian anak kariah seterusnya cadangan akan dihantar kepada jabatan-jabatan agama negeri. Bukankah sistem perlantikan seperti itu hampir menyerupai sistem pemilihan parti peringkat cawangan dan bahagian parti-parti politik?

Ini hanya pandangan arjuna, andai salah tolong betulkan.

Rasulullah SAW membina masjid yang pertama tika tiba di Madinah atas dasar taqwa. Taqwa dalam ibadat. Taqwa dalam kehidupan. Taqwa dalam kepimpinan dan pemerintahan. Taqwa dalam semua agenda pemikiran. Oh lupa, juga Taqwa dalam politik. Salahkah berpoltik dalam masjid jika tindakan itu dapat menyemai taqwa yang semakin lari dari jiwa para politikus kini..? Apatahlagi tindakan 'berpolitik' yang digembar-gemburkan sebagai kesalahan itu adalah satu perjuangan untuk memartabatkan Islam itu sendiri.. Salahkah?

Mana lebih baik andai berpolitik dalam masjid dengan penganjuran konsert besar-besaran? Mana lebih baik antara berpolitik dalam masjid dengan tindakan meluluskan lesen judi untuk piala dunia? Mana lebih baik antara berpolitik dalam masjid dengan berpolitik di luar masjid tetapi menggunakan rasuah, politik wang untuk menang pilihanraya...? Sila jawab jika anda berani..!

Andai dengan berpolitik Islam akan dijulang, berpoltiklah di mana sahaja. Usah takut. Andai dengan berpolitik dalam masjid, insan akan didedahkan dengan kebenaran, berpolitiklah. Usah bimbang, Di kala sang menteri agama membisu dengan kelulusan lesen judi, mengapa pula isu ini mahu diperbesarkan?.. Sekurang-kurang tidak ada nas qat'ie dalam Al Quran yang tidak membenarkan berpolitik dalam masjid jika mahu dibandingkan dengan isu lesen judi tersebut.

Tepuk dada, tanya Iman.  

Monday, March 29, 2010

Insaflah.. Wajib Baca Artikel Ini..

Bismillah Wa Lillah..


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Na(sebenar salina) lembut sambil membetulkan pakaian Iwan. Iwan tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Iwan mencubit pipi Na lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Lisa dan Afiq meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Na  hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Iwan berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke P.Puteh mengambil masa lebih kurang 8 jam. Lisa dan Afiq dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Na. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Iwan berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Iwan menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Iwan semakin seronok. Iwan dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Iwan cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Iwan masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Na terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Na takut." Na cuba memujuk Iwan supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Na ?tak ada apa-apa," Iwan terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?kan?" kata Iwan setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Iwan  terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Iwan terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Iwan....bangun Wan," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Iwan membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Na mak? Macammana dengan Na mak? Lisa, Afiq....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Iwan menyoal emaknya. Iwan tak dapat menahan kesedihannya lagi. Iwan menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Iwan tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Iwan mak, Na?" Iwan masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala botak Iwan itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Iwan terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Iwan tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.