Keputusan Jamil dibuat kerana berbogel bukan sahaja salah dari segi moral, walaupun ia hanya untuk lakonan, tetapi juga agama dan undang-undang.
Jelasnya, meskipun adegan tersebut bertujuan untuk mendidik penonton, namun baginya tiada perlunya untuk berbogel bagi mendidik, apatah lagi bila melihat pada para pengkarya negara termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menghasilkan banyak filem tanpa perlu berbuat demikian.
Pada Ahad lalu, di dalam artikel 'Ya, memang saya berbogel - Arja Lee', Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.
Dedah Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi menjayakan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.
Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat. Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu "hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat".
"Ia berbalik kepada niat dalam hati," jawab Arja sebagai menjelaskan keputusannya untuk berbogel. Katanya, apa yang ingin disampaikan adalah mesej positif iaitu untuk penonton tidak mengikut jejak langkah Ruby yang telah mengorbankan segala-galanya.
Filem terbitan dan karya Raja Azmi Raja Sulaiman ini tidak asing kepada kontroversi. Belum lagi melihat kepada pengisiannya, tajuknya, sebelum ia ditukar kepada '...Dalam Botol' sudah berjaya mencetuskan kontroversi apabila awalnya filem itu diberi judul 'Anu Dalam Botol'.
Dari segi jalan cerita pula, secara ringkasnya, filem yang dikatakan berdasarkan kisah benar itu mengisahkan tentang kehidupan golongan homoseksual, yang digambarkan oleh sepasang lelaki 'gay', Rubidin dan Ghaus, yang sedang bercinta.
Kerana cinta, Rubidin sanggup menjalani pembedahan jantina menjadi Ruby. Tetapi pengorbanan Ruby tidak dihargai Ghaus yang membuat keputusan untuk meninggalkannya.
Ruby kembali kepada identiti asalnya, Rubidin dan telah ditemukan dengan seorang gadis, Dina. Mereka bahagia. Tetapi untuk berapa lama apabila Dina dapat tahu Rubidin tidak lagi memiliki kelakiannya?
............................................... ni cerita lain tapi topik sama .........................
Selepas kita saksikan pelakon wanitaseparuh bogel iaitu Ana Dahlia untuk filem Mantra separuh bogel. Tiba giliran pelakon utama filem Mantra iaitu Zul Handy Black pula. Katanya Zul Handy Black betul-betul bogel, namun gambar yang penulis dapat hanyalah separuh bogel.
_________________________________________________________________
Assalamualaikum wth.
Anda dah baca cerita di atas?.. Bagaimana reaksi jiwa anda bila membacanya? Bagaimana pula reaksi iman anda?. Anda jawab lah sendiri..!
Inilah yang berlaku bila 1Malaysia menjadi aqidah dalam pemerintahan negara. Semuanya sudah boleh dilakukan dalam negara kita sekarang ini. Yang jelas HARAM telah diHALALKAN. Kesian. Pemimpin yang sepatutnya memimpin ummah kepada syurga telah condong jiwanya menuju lorong yang menghala ke neraka!
Kalimah 'neraka' yang dulunya kita amat gerun ketika mendengarnya, telah menjadi muzik harmoni yang mendamaikan jiwa ummah kini. Tahu bahawa 'neraka' itu sakit, azab, pedih, merana dan lain-lain namun jiwa telah mati dek kerana aqidah yang ditanam oleh pemerintah di pepohon jiwa ummah adalah 1Malaysia bukan aqidah yang hakiki daripada Rabbi.
Cuba lihat kepada keadaan remaja kini?.. Punah ranah dengan akhlak yang menyimpang..! Nas alullah as salamah wal a'fiah..! Akhirnya.. ASTAGHFIRULLAHAL 'ADZIM.
1 comment:
bagoh ah abe jaa kite...
Post a Comment