Thursday, July 1, 2010

HUH..! SAYA PEMAIN BOLA JUGA..!!


Assalamualaikum WTH



Semasa zaman budak-budak dulu suka main bola. Main bola pakai songkok pula tu.. kadang-kadang kopiah. Tak tahu mengapa memang sejak kecil lagi suka pakai songkok atau kopiah. Rasa hensem macam tu.. hehe.. sampai sekarang pun bidang kerja juga ada kaitan dengan songkok atau kopiah. Dulu, masa main bola macam-macam kawan-kawan kat kampung gelarkan nama antaranya ustaz, rabbani, sheikh dan yang paling teruk mereka panggil kita Harakah. Nama-nama ni lah mereka akan laungkan semasa nak 'passing' bola.

Jadi, hebohlah padang bola waktu tu dengan gelak dan sebagainya. Main bukan 'terer' sangat pun. Kadang-kadang boleh 'score' gol kadang-kadang tidak. Kadang-kadang walaupun kita 'score' gol, ada juga kita kena marah oleh 'geng' sepasukan. Ya lah, mana tak marah.. 'score' gol sendiri. Hehe.. Alaah.. 'score' juga sekurang-kurangnya.

Posisi yang kita 'terer' adalah pertahanan atau 'bek'. Memang kita 'terer'. Ini di akui sendiri oleh kawan-kawan sepasukan sebab kita selalunya bukan rampas bola dari penyerang pasukan lawan tapi kita rempuh terus penyerang pasukan lawan. Jatuh terjelepuk la jawabnya. Nasib baik main bola kat kampung ni tak ada kad kuning.. kalau tak kita yakin, kita pemegang kad kuning  merah yang paling banyak.

Apa pun, dengan bola sepak juga lah kita dapat bawa ramai kawan-kawan ke masjid. Dengan bola sepak jugalah kita dapat 'masuk' dengan geng-geng kedai kopi dan remaja-remaja yang 'huHa-Huha'. Dengan bola sepak jugalah kita dapat buat orang yang tak kenal apa itu 'harakah' sehingga orang kenal apa itu 'harakah' dan terus membacanya. Dengan bola sepak juga ramai yang terpaut untuk meniru fesyen kita memakai seluar panjang semasa bermain. Walaupun berkaki ayam. HuhU.. Rupa-rupanya banyak jasa bola sepak pada diri kita.

Dan sekarang zaman dewasa, bola sepak juga yang menyambungkan kembali ukhwah yang hampir terputus setelah kita berada di luar kampung. Bezanya, dulu kami bermain bola sepak di padang, tetapi sekarang kami menonton perlawanan bola sepak dalam televisyen sambil menghirup kopi panas di kedai kopi.

Bola sepak itu 'kegilaan' dunia. Gunakan 'kegilaan' itu dalam dakwah kita. Zaman sekarang, kadang-kadang perlu ada 'gila' dalam berdakwah. 'Gila' yang diikat dalam syariat. Bukan hanya 'gila bola' tetapi 'gila dakwah dengan bola'. Salam syifa'. 

1 comment: