Assalamualaikum wth
Anda apa khabar? Moga jiwa anda sentiasa dengan Allah. Jasad dan Minda juga moga sentiasa dengan Allah. Apa lagi yang kita ingin dambakan selain Allah di sisi. Bukan begitu..?
Lama juga blog ini tidak di update. Kalau nak diberikan alasan, banyak alasan yang boleh diberikan atau mungkin di'reka'kan. Ini kerana sifat manusia memang senang mencipta alasan. Kadang-kadang alasan itu langsung tak masuk akal. Itulah manusia. Itulah kita.
Hari ini (28 Mei 10) terpampang dalam Sinar Harian berita mengenai Tuan Guru Nik Aziz, tajuk berita berkenaan ialah " Nik Aziz terus berpolitk dalam masjid". Rasa hairan bergentanyangan dalam minda arjuna. Salahkah kita berpolitik dalam masjid?.
Andai salah berpolitik dalam masjid, maka salah juga tindakan melantik AJK masjid. Bukan begitu?
Perlantikan AJK masjid dibuat melalui mesyuarat agung setiap masjid dan pemilihan AJK dibuat melalui undian anak kariah seterusnya cadangan akan dihantar kepada jabatan-jabatan agama negeri. Bukankah sistem perlantikan seperti itu hampir menyerupai sistem pemilihan parti peringkat cawangan dan bahagian parti-parti politik?
Ini hanya pandangan arjuna, andai salah tolong betulkan.
Rasulullah SAW membina masjid yang pertama tika tiba di Madinah atas dasar taqwa. Taqwa dalam ibadat. Taqwa dalam kehidupan. Taqwa dalam kepimpinan dan pemerintahan. Taqwa dalam semua agenda pemikiran. Oh lupa, juga Taqwa dalam politik. Salahkah berpoltik dalam masjid jika tindakan itu dapat menyemai taqwa yang semakin lari dari jiwa para politikus kini..? Apatahlagi tindakan 'berpolitik' yang digembar-gemburkan sebagai kesalahan itu adalah satu perjuangan untuk memartabatkan Islam itu sendiri.. Salahkah?
Mana lebih baik andai berpolitik dalam masjid dengan penganjuran konsert besar-besaran? Mana lebih baik antara berpolitik dalam masjid dengan tindakan meluluskan lesen judi untuk piala dunia? Mana lebih baik antara berpolitik dalam masjid dengan berpolitik di luar masjid tetapi menggunakan rasuah, politik wang untuk menang pilihanraya...? Sila jawab jika anda berani..!
Andai dengan berpolitik Islam akan dijulang, berpoltiklah di mana sahaja. Usah takut. Andai dengan berpolitik dalam masjid, insan akan didedahkan dengan kebenaran, berpolitiklah. Usah bimbang, Di kala sang menteri agama membisu dengan kelulusan lesen judi, mengapa pula isu ini mahu diperbesarkan?.. Sekurang-kurang tidak ada nas qat'ie dalam Al Quran yang tidak membenarkan berpolitik dalam masjid jika mahu dibandingkan dengan isu lesen judi tersebut.
Tepuk dada, tanya Iman.
No comments:
Post a Comment