
Friday, June 1, 2007
Perm@isuri Y@ng Di Redh@i..

Thursday, May 31, 2007
Kilauan Ulama'..

obor semangat kepada mereka yang terlena. InsyaAllah, gabungan profesional dan ulama' akan membuahkan kekuatan yang diimpikan. Kekuatan untuk menghancurkan kebatilan. Tahniah kepada para pimpinan baru, dari taklifan Pengerusi Tetap hinggalah Pemeriksa Kira-Kira. Perjuangan ini baru bermula!..
Saturday, May 26, 2007
Catatan Haramain (3) : Makkah Mukarramah
Pada malamnya, kami dibawa ke satu majlis zikir berbentuk nasyid bersama seorang sheikh yang bernama Ratib Al Hakimi. Beliau dari Syam, berumur lebih 80 tahun dan diperintahkan keluar daripada Syam kerana kelantangannya beliau menyatakan kebenaran. Aduhh..! Yang tak tahannya, arjuna juga ‘dipaksa’ menyumbangkan sebuah nasyid. Nasib baik ingat juga beberapa bait nasyid Arab daripada kumpulan Nadamurni dan Rabbani.. apa yang pasti.. sumbangan tersebut benar-benar sumbang…! :) Astaghfirullah.. Pada pagi esoknya, Ahmad Al Misri membawa kami mengikuti pengajian khusus beliau bersama seorang sheikh yang juga dari Syam dan diperintahkan keluar daripada Syam. Namanya Sheikh Aiman. Saat ini, hormat dan kagum ana kepada insan tawadhu' bernama Ahmad Misri makin bertambah kerana dalam keadaan serba mewah dan kesibukan yang amat, beliau masih lagi memperuntukkan masa untuk belajar.
"Ini jarang berlaku kepada kebanyakan ‘orang-orang kaya’ di Malaysia yang cepat lupa bila Allah kurniakan kekayaan, mereka merasakan kekayaan itu segala-galanya.. sedangkan itu semua hiasan dunia yang fana.. sementara!.."Marilah sama-sama kita beristighfar!.. Secara ringkasnya, semasa di Jeddah kami juga berpeluang ‘bermain-main air’ di Laut Merah dan meronda sekitar bandar Jeddah yang sebelum ini tidak pernah singgah di kotak minda arjuna. Alhamdulillah. Kami dihantar ke Makkah semula pada keesokkan hari bersama hadiah oleh Ahmad Al Misri yang berupa makanan dan wang tunai… yang jumlahnya membolehkan arjuna membeli sedikit hadiah untuk famili serta menjadi bekalan balik arjuna ke Syam dan dapat belanja beberapa sahabat makan. Alhamdulillah.
Selain itu, arjuna juga berpeluang secara kebetulan berjumpa dengan seorang sheikh yang menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Sastera Arab Dunia. Namanya beliau, sheikh Dhiauddin As Sobuuni. Pertemuan secara tidak sengaja ini berlaku ketika arjuna dan seorang teman ingin menunaikan solat Maghrib. Arjuna memandang beliau sebelum mengangkat takbiratul ihram.
.. Ringkasnya, beliau memperkenalkan dirinya dan menawarkan diri untuk mengajar kami pada malam itu, asas Ilmu Nahu dan Balaghah. Bagai tidak percaya..! Arjuna dapat mengaji di Masjidil Haram.. Betapa luasnya ilmuMU ya Allah.. Tidak lupa kami mengambil kesempatan untuk meminta beliau mendoakan kami.. dan yang pasti, pertemuan unik ini akan terpatri di sanubari.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!"Sungguh..! Ketenangan yang singgah dalam jiwa ketika pandangan pertama itu membuatkan arjuna mengambil keputusan untuk menegur beliau usai solat, walaupun arjuna tidak mengenali siapa beliau. Usai solat, beliau berpaling kepada arjuna dan teman serta berkata ;
“ Antuma dari Damsyiq?”.. Kami hairan!.. Bagaimana beliau tahu..?"
Setelah hampir 9 hari ini kami di Mekah, musafir ibadat ini sampai ke penghujung. Alhamdulillah. Kalau diikutkan, memang banyak lagi yang arjuna ingin kongsi kan bersama anda semua, tetapi memadailah setakat ini.
"Kesimpulannya, apa yang arjuna perhatikan, kedua – dua bumi keramat ini menjadi saksi sebagai tempat penyatuan umat Islam. Sunni, Syiah, mereka yang berfahaman wahabi dan lain-lain solat dibelakang imam yang sama dan tawaf mengelilingi Kaabah yang sama..!"* [ Ayah Pin tidak termasuk dalam senarai.. :) ]. Ini yang kita boleh banggakan setakat ini dan kita mendoakan keadaan ini akan berkekalan selama-lamanya kerana kalau kita perhatikan sekarang ini perpecahan di kalangan umat Islam sendiri semakin menjadi-menjadi.
"Ikatan silaturrahim antara umat Islam semakin goyah akibat daripada berbalah mengenai perkara-perkara cabang dan me ‘raja’kan ego yang dibelai dalam hati. Sedangkan Yahudi dan sekutu-sekutunya bergelak tawa dan bertepuk tangan dengan ke ‘tidak cerdik’ kan kita. Ini menuntut kesedaran daripada kita selaku umat Muhammad."Rasailah, renungilah dan fikirkanlah bagaimana susahnya Rasulullah S.A.W ingin menyatukan umat manusia dahulu, terpaksa berkorban segala-galanya. Bagaimana dengan kita yang menerima Islam dalam keadaan yang serba selesa? Apa pengorbanan kita?.. Ingat, siapa pun kita.. Dato’, Tun’, Menteri dan lain-lain tidak akan terlepas dari soalan-soalan Allah di akhirat kelak. Dunia ini adalah kebun untuk kita bercucuk tanam supaya boleh ambil hasilnya di akhirat. Semai dan bajailah tanaman kita betul-betul kerana kita akan kutip hasilnya nanti!..Ya.. kita.. anda dan arjuna. – salam syifa’..
Catatan Haramain (2) : Makkah Mukarramah
“Husnu Dzon dengan Allah..”!Pesanan seorang sheikh kepada arjuna bergentayangan dalam minda. Ingatan yang sentiasa menjadi ubat jiwa. Padang pasir dan cuaca panas yang menghiasi perjalanan amat memboringkan. Namun, padang pasir ini lah yang menjadi saksi laluan penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar dahulu, cuaca panas inilah yang membakar kulit Baginda dahulu.. Ingat kalam seorang sheikh
“ Andai doa sahaja mampu untuk memberi kemenangan kepada perjuangan Islam, nescaya Rasulullah S.A.W tidak perlu bersusah payah dalam perjuangan menegakkan Islam. Tapi, tidak! Perjuangan Islam menuntut kesakitan, kepayahan dan pelbagai pengorbanan lagi..!”.Sama-sama kita beristighfar kepada Allah..!
Kami tiba di bumi Makkah Mukarramah pada waktu malam. Pihak rombongan bersepakat untuk menyelesaikan ibadat umrah pada malam itu juga. Jiwa arjuna kembali berdebar, kali bukan debaran kerisauan tetapi debaran tidak sabar! Dari jauh terpancar kilauan cahaya lampu dari Masjidil Haram yang bersinar megah. Di sanalah tersergamnya kiblat muslim yang dinamakan Kaabah. Kami berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Haram. Lafaz talbiah dilaungkan beramai-ramai. Berjemaah. Nurani dipaluti rasa kuat. Tenang. Apabila sampai di Masjidil Haram, kami dibawa masuk melalui Pintu Malik Fahd. Salah satu pintu utama di masjid tersebut. Sheikh yang mengiringi kami meminta supaya kami berjalan dengan menundukkan kepala, berpegangan tangan sambil mengucapkan talbiah dan banyak mengingati Allah. Pelbagai rasa berombak dalam jiwa. Bergelora. Mengapa tidak..? Beberapa minit lagi arjuna buat pertama kalinya akan menatap Kaabah, kiblat umat Muhammad seluruh dunia..! Langkahan kami makin perlahan dan kami diminta untuk mengangkat wajah, Ahh.. macam tidak percaya.. tapi inilah hakikatnya.. terasa kerdil dan hinanya diri ini.. di hadapan arjuna sekarang ini adalah Kaabah..! Tiada lafaz kesyukuran yang mampu arjuna gambarkan. MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Semasa tawaf, arjuna sering hilang tumpuan bila melalui bahagian penjuru Kaabah di mana tempat diletakkan Hajar Al Aswad. Orang ramai berebut-rebut untuk mencium batu yang datangnya dari syurga itu sehingga berlakunya pergaduhan. Seolah-olah menjadi satu rukun umrah pula untuk menciumnya. Risau juga jika ibadat yang diimpi membuahkan berkat akan bertukar menjadi laknat. Bukankah bergaduh di hadapan Kaabah itu satu perbuatan biadap dan tidak beradab?. Sejurus selepas mengerjakan tawaf, kami terus ke ruang Saie’. Sebelum ini anggapan arjuna bahawa jarak antara Safa dan Marwah tidak lah jauh sangat, rupanya- rupanya.. boleh tahan juga..:). Apepun, Alhamdulillah, kami dapat menyelesaikan ibadat umrah 2 jam selepas itu. Terasa sejuk kepala di sapa angin Makkah. Ya.. sejuk, kerana kepala sudah dilicinkan!..He2.. First time dalam hidup..!
Thursday, May 10, 2007
Catatan Haramain (1) : Madinah Munawwarah
Setelah 2 minggu taman dakwah ini ditinggalkan sepi, bermula hari ini dan insyaAllah selagi ilham Ilahi bertamu di minda, taman dakwah ini tetap akan hangat dengan bicara maya yang ber‘akar’kan sebaran ilmu dan dakwah demi Islam tercinta.
Sudah 4 hari arjuna kembali ke bumi Syam. Gembira. Sedih. Bersemangat. Rindu. Tidak percaya. Rasa yang dinamakan perasaan ini bercampur baur. Permusafiran yang turut disertai ‘pakcik-pakcik dan makcik-makcik Arab’ ini walaupun memakan masa hampir 35 jam dengan menaiki sebuah bas memang mencabar dan memenatkan namun ia amat menyeronokkan kerana sepanjang perjalanan, banyak aktiviti yang dijalankan lebih-lebih lagi tazkirah berantai daripada sheikh yang membuatkan jiwa sentiasa dibakar api keinsafan dan rasa tidak sabar-sabar untuk bertamu di Masjidil Haram dan mengucapkan salam kepada Kekasih Allah di Masjid Nabawi. Sungguh..!! Tiada kalam yang boleh arjuna gambarkan di sini betapa indahnya lukisan perasaan di saat bola mata insan kerdil dan hina ini menatap dan menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W dan menghadap Baitullah Al Haram. Kami di jadualkan untuk menziarahi Rasulullah di Madinah Al Munawwarah dahulu selama 4 hari sebelum ke Makkah Al Mukarramah.
Di Masjid Nabawi, selain menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W, terdapat satu sudut di dalam kawasan masjid yang menjadi rebutan untuk beribadat iaitu kawasan yang dinamakan RAUDHAH. Kawasan yang disifatkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga. Memang terasa ketenangan beribadat di dalam kawasan yang ditanda dengan karpet putih ini. Ketenangan yang macamana?.. Maaf.. Arjuna tidak dapat gambarkan pada anda..
Di luar kawasan masjid, terdapat perkuburan Baqie’ yang menempatkan maqam isteri-isteri Rasulullah S.A.W, beberapa ahli keluarga Baginda dan para sahabat. Betul.. memang ramai ahli syurga yang bersemadi di perkuburan ini, namun apa yang menyedihkan tiada tanda yang boleh memberitahu kita di manakah kedudukan maqam mereka. Bagaimana untuk kita menziarahi seseorang tanpa mengetahui rumahnya?.. Mungkin salam kita tetap akan sampai melalui cara lain, namun adakah itu adab yang terbaik?.. Sedangkan kita dah berada di kampung halamannya.. Memang, sunnah wajib didaulatkan tetapi jangan diabaikan cara kita membawa ‘orang’ untuk mengikut sunnah itu. Kadang-kadang cara kita membawa orang ke arah kebaikan itu membuatkan orang semakin benci dengan kebaikan tersebut. Siapa yang salah?.. Kebaikan itu tetap kebaikan, tetapi yang perlu diubah cara kita.. diri kita.. Bukankah cara dakwah itu pelbagai?..
Alhamdulillah, di Madinah juga arjuna mempunyai tiga orang sahabat lepasan Maahad Muhammadi Lelaki yang belajar di Universiti Islam Madinah. Sempat juga mereka membawa arjuna menziarahi Universiti kebanggaan rakyat Madinah itu. Kebetulan pada masa tersebut, beberapa orang sahabat arjuna dari Darul Quran, Jakim datang ke Madinah untuk menjalani temuduga untuk menyambung pelajaran ke Universiti tersebut sambil mengerjakan umrah. Dah jadi reunion MML la pulak. Maka ber ‘jejak kasih’ lah kami kat sana. Bercakap tentang Universiti Islam Madinah, apa yang mengejutkan, hanya terdapat 30 peratus sahaja rakyat Madinah yang belajar di Universiti tersebut dan selebihnya adalah rakyat asing. Pada awalnya, arjuna gambarkan universiti tersebut sama sahaja dengan keadaan universiti –universiti di Syam ini, namun gambaran itu jauh meleset!.
Di Madinah juga arjuna sempat menziarahi beberapa tempat bersejarah dalam taqwim Islam seperti Bukit Uhud yang di sana terdapat makam Saidina Hamzah RadhiallaHu’ahu dan para syuhada’ RadhiallaHu’ahum dalam peperangan Uhud. Melihat kepada Bukit Uhud ini arjuna terasa kerdil sekali bila memikirkan pengorbanan diri sendiri untuk Islam kalau nak dibandingkan pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat RadhiallaHu’ahum dalam usaha untuk mengembangkan dakwah agama yang Haq ini. Keadaan bukit yang berbatu, cuaca panas terik yang membakar minda dan jiwa, kemudahan air yang amat terhad, terpaksa menahan lapar dan dahaga dan banyak lagi pengorbanan mereka yang mungkin kita tidak mampu lakukan sekarang ini walaupun berada dalam keadaan yang serba selesa. Ini semua adalah bukti dan jawapan kepada kita sebagai umat Islam bahawa menyambung rantaian dakwah Islam ini adalah satu kewajipan! Usah mencari alasan, usah memberi rungutan kepada pengorbanan tenaga yang dicurahkan, usah dibangkitkan akan kekurangan harta yang telah dikeluarkan kerana semua ini tidak dapat dibandingkan dengan semua pengorbanan yang mereka berikan, hanya untuk Islam!.
Selain itu arjuna juga berkesempatan menziarahi Masjid Quba’ yang Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Jika seseorang itu berwudhuk di rumahnya dan datang ke Masjid Quba’ kemudian mendirikan solat dua rakaat maka pahalanya seperti mengerjakan haji kecil (umrah). – aw kama qaal-. Selain Masjid Quba’, Masjid Qiblatain juga mempunyai sejarah tersendiri yang mana masjid ini mempunyai dua Mihrab. Satu menghadap ke arah Masjidil Aqsa dan satu lagi ke arah Masjidil Haram. Mengikut sejarah, Rasulullah S.A.W mendapat wahyu untuk menukar arah kiblat daripada Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram semasa sedang solat di dalam masjid ini.
Masa 4 hari berada di Madinah terasa amat singkat. Keseronokan menikmati ketenangan mencuci hati dan berenang di dalam tasik indah di hamparan RAUDHAH membuatkan minda terlupa saat untuk wada’ dengan Habibullah sudah tiba. Usah ditanya perasaan ketika wada’ dengan Baginda. Berselawatlah ke atas nabi..! Usai wada’, satu lagi yang arjuna anggap sebagai hadiah daripada Allah taala, iaitu dapat berjumpa dan menziarahi seorang Sheikh yang boleh dikatakan masyhur di Syam tetapi diperintahkan keluar daripada Syam kerana kelantangannya beliau menyatakan kebenaran. Biasalah, sunnah pejuang..! Beliau ialah Sheikh Muhammad ‘Awadh. Pertemuan secara kebetulan di Masjid Nabawi itu tidak akan arjuna lupakan. Kerana apa?.. Bukan kah mendapat doa daripada seorang ulama’ di Masjid Nabawi itu satu memori indah?..
… bersambung..
Tuesday, April 17, 2007
Ya Allah... jiwaku untuk MU..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberi kita kesempatan untuk terus 'menikmati' segala nikmatnya tanpa sedikit pun bayaran. Segala puji bagi Allah yang Maha Kaya!..Maha pengasih yang tidak pernah pilih kasih..!
Untuk pengetahuan sahabat maya budiman, dalam tempoh dua minggu ini arjuna akan musafir bertemankan haruman sakura ke bumi keramat dan mulia, Mekah dan Madinah. Menunaikan ibadat umrah sambil menyelusuri sejarah permulaan Islam yang dicetuskan oleh Kekasih Allah di sana. Menziarahi makam Baginda, ahli keluarga dan para sahabatnya.
Tiada apa yang arjuna harapkan daripada anda yang menatap kalam pena ini selain mendoakan keselamatan, kelancaran segala urusan dan ibadat yang disembahkan kepadaNYA akan diterima.. Doakan arjuna...!
Di sini juga sebenarnya, arjuna ingin memohon kemaafan kerana sering lewat memberi respon kepada komen dan kalam munaqasyah yang dihantar. Maaf. Bukan tidak sudi, tetapi masa arjuna amat terhad. Maaf sekali lagi.. Namun, arjuna amat menghargai anda semua kerana sudi berkongsi minda dalam ruangan kecil dakwah maya ini.
InsyaAllah, kita jumpa 2 minggu lagi. Larian dakwah ini akan diteruskan.. Lawan tetap lawan..! Sandarkan apa sahaja kerja buat kita pada DIA.. nescaya segala-galanya akan sempurna.. yakinlah!.. padaNYA segala syifa' untuk semua penyakit..! salam mesra syifa' - arjunasakura-
Wednesday, April 11, 2007
Syaitan Menangis..
Mana-mana pemuda yang telah berkahwin, maka menjeritlah syaitan seraya berkata :
"Sheikh, anta bila lagi..?" Dalam dua tiga hari ini, soalan keramat itulah yang menjadi senjata untuk menyerang arjuna bila umum (pelajar Malaysia di sini) mengetahui Ustaz Zulhimi Abd Rahman dan pasangannya akan melangsungkan perkahwinan. Lebih-lebih lagi teman serumah. Kadang-kadang pedih juga rasanya, namun apa yang boleh arjuna katakan selain menganggap itu satu doa. Kan jodoh ni kerja Allah..?
Ramai yang menganggap perkahwinan itu satu keseronokan dan lazimnya pasangan yang bakal berkahwin akan menerima pelbagai usikan. Memang ia satu kebahagiaan. Namun, disebalik kebahagiaan itu terselit satu amanah yang mesti dilangsaikan.. Amanah dalam mencari redha Tuhan..! Oleh sebab itu, pelayaran bahtera perkawinan amat mencabar kerana ia memerlukan kekuatan terutamanya kekuatan iman!.. Ingat senang ke mahu melahirkan pejuang dan srikandi agama..?
Apepun, dikesempatan yang terbatas ini, arjuna ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga bahtera amanah yang dinaiki akan selamat sampai kepada tujuan yang dicari.. ~ mencari redhaNYA yang hakiki ~..
~ salam syifa' Ilahi ~ -arjunasakura-