Friday, June 1, 2007

Perm@isuri Y@ng Di Redh@i..

Assalamualaikum..

Permaisuri Hatiku..

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya...Di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintaMu..

Ahh.. Diri ini sekali lagi dipukul badai rasa bila mendengar nasyid ini. Lirik yang begitu bermakna. Membawa ingatan kembali wangi dengan haruman'nya'. Andai taqwa dan redha dicari, mengapa biarkan rasa memenjarakan diri?.. Ya Allah..

8 comments:

tintaHati said...

Wahh ada kuntum-kuntum bunga rindu di sini... ;)

Unknown said...

Errr... siapa yang mendendangkan nasyid ni, ya?

Ilham Purnama said...
This comment has been removed by the author.
banggugar said...

salam,

arjuna..

kata hatimu kadang2 perlu dituruti selagi mana tidak lari dari syariatNYA..

(",)

Ummu Hani binti Abu Hassan said...

nasyid didendangkan oleh munif kak ainin.
buat sedara arjuna, muge dapat isteri yang solehah seperti perempuan2 dalam Ayat2 Cinta:))

CerminDiri said...

salam kehidupan,
jangan ditunggu lama, biar hati menderita.
apa salahnya berkorban seketika buat bahagia selamanya.

Anonymous said...

Salam Arjuna,
Memang indah lirik lagu nasyid itu.
Moga bahagia selalu bersama kamu :)

Anonymous said...

salam..
tintahati :kuntuman rindu.. sering mekar.. berasaskan DIA yang SATU..

ainin naufal:Munif, dari kumpulan nasyid popular HIJJAZ yang mendendangkan nasyid ini ainin..

banggugar: ye ker..syukran.. dlm proses..he2..kdg2 ayat bang ni jiwang juga yer..

kak ummi hani abu hasan :
terima kasih kerana menyinggah ke blog saya.. satu penghargaan nie..InsyaAllah.. 'Dia' bukan seperti dalam ayat2 cinta..tetapi lebih hebat daripada itu.. InsyAllah.

cermin diri :eh..betul juga ya.. arjuna tidak menderita.. tetapi mahu mengajar jiwa.. hidup kita kan keranaNYA..

indahsakura: mmg.. diri ini sentiasa mendambakan bahagia.. bahagia dalam segala2nya..