Tuesday, April 17, 2007

Ya Allah... jiwaku untuk MU..


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberi kita kesempatan untuk terus 'menikmati' segala nikmatnya tanpa sedikit pun bayaran. Segala puji bagi Allah yang Maha Kaya!..Maha pengasih yang tidak pernah pilih kasih..!

Untuk pengetahuan sahabat maya budiman, dalam tempoh dua minggu ini arjuna akan musafir bertemankan haruman sakura ke bumi keramat dan mulia, Mekah dan Madinah. Menunaikan ibadat umrah sambil menyelusuri sejarah permulaan Islam yang dicetuskan oleh Kekasih Allah di sana. Menziarahi makam Baginda, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Tiada apa yang arjuna harapkan daripada anda yang menatap kalam pena ini selain mendoakan keselamatan, kelancaran segala urusan dan ibadat yang disembahkan kepadaNYA akan diterima.. Doakan arjuna...!

Di sini juga sebenarnya, arjuna ingin memohon kemaafan kerana sering lewat memberi respon kepada komen dan kalam munaqasyah yang dihantar. Maaf. Bukan tidak sudi, tetapi masa arjuna amat terhad. Maaf sekali lagi.. Namun, arjuna amat menghargai anda semua kerana sudi berkongsi minda dalam ruangan kecil dakwah maya ini.

InsyaAllah, kita jumpa 2 minggu lagi. Larian dakwah ini akan diteruskan.. Lawan tetap lawan..! Sandarkan apa sahaja kerja buat kita pada DIA.. nescaya segala-galanya akan sempurna.. yakinlah!.. padaNYA segala syifa' untuk semua penyakit..! salam mesra syifa' - arjunasakura-

7 comments:

tintaHati said...

Bila agaknya adik arjuna nak berangkat? Moga selamat lah semuanya.

p/s: Rindu utk bertandang kembali ke sana..

fatimah_mastura said...

ALLAHu akbar waliLlahilHamd...

salam `alaik akhi al-kareem,
insya`ALLAH...

moga selamat berangkat dan selamat kembali,
mendapat umrah yang mabrur serta diampuni dosa,
dilipatgandakan akan pahala,
dikurniakan ketaqwaan dan pengajaran
dari perjalanan serta ibadat kalian
di al-Mukkaramah dan al-Munawarrah.

ALLAHumma amin.

hakim dirani said...

Saya doakan Ibadah umrah anda akan diberkati oleh Allah. ameen.

Anonymous said...

selamat menunaikan umrah buat arjuna...moga dipermudahkan segalanya..

banggugar said...

salam,
arjuna.. doakan untuk keselamatan dan kesejahteraan kami semua..
(",)

Anonymous said...

Salam. Mudahan kami akan mengikut jejak Arjuna menunaikan umrah dalam perjalanan balik ke Malaysia nanti. Amin

Anonymous said...

salam..
tinta hati : Dah berangkat dah kak.. sory lambat balas.. tak sempat..

ukhti27 : ameen.. syukran ..moga ukhti27 dirahmati Allah.

hakimdirani : ameen.. syukran hakim.. mai la umah,minum zam-zam..

indahsakura : terima kasih sakura. nak bg zam-zam pun tak kenal...

bang_gugar : Alhamdulillah.. dah doa dah semua.. sahabat2 dan semua muslimin dan muslimat..

zlaa.. :
INsyAllah.. ameen.. salam ukhwah.