Wednesday, June 6, 2007

Selamat Pengantin Baru..!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah.. akhirnya Perdana Menteri kesayangan kita bakal bergelar pengantin baru sekali lagi. Moga selepas ini beliau bertambah kuat untuk membangunkan negara. Eh, silap.. membangunkan agama dalam negara!.. Bukan agama Islam Had Hari.. Tapi agama Islam yang hakiki.. yang tiada hadnya.. dulu, kini dan selamanya..!

Apa yang kita harapkan.. kalau sebelum ini beliau banyak mendiamkan diri bila menghadapi pelbagai persoalan yang ditimbulkan, terutamanya oleh mantan Perdana Menteri, mungkin selepas ini tidak lagi.. Kalau sebelum ini kerajaan tidak menemui formula yang berkesan untuk menyelesaikan masalah kebobrokan moral di kalangan remaja, mungkin selepas ini beliau akan cetuskan formulanya.. Kalau sebelum ini hiburan dan artis di'raja'kan dalam negara kita, sehingga sudah masuk unsur-unsur neraka (lucah) dalam filem-filem dan rancangan televisyen, mungkin selepas ini beliau akan mengubahnya.. ya.. beliau WAJIB mengubahnya..! Dan jika sebelum ini di dalam ajaran Islam Had Hari rambut wanita bukanlah merupakan satu aurat, mungkin selepas ini beliau akan membetulkan kesilapan fahaman tersebut melalui contoh yang terbaik terutamanya dalam keluarga beliau.. lebih-lebih lagi beliau sebagai pemimpin negara.. InsyaAllah, semuanya akan berubah ke arah yang lebih baik selepas ini.. kerana beliau akan bertambah kuat dengan adanya insan yang bernama isteri di sisi.. sama-sama kita kena doakan.. kerana Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki..! Kepada Perdana Menteriku.. , Selamat Pengantin Baru.. ! salam syifa'..
* Jika anda ingin mendengar warta berita berkenaan perkahwinan ini.. klik je kat sini : http://www.youtube.com/watch?v=b7Kxx3LcVCE

6 comments:

banggugar said...

salam,

semoga apa yg kita harapkan hanyalah kebaikan kepada sesiapa sahaja..

arjuna!..

bila lagi nak mengikut P.M kita?..

hehehehe

(",)

tintaHati said...

Selamat Pengantin Baru jua. Mungkin arjuna boleh hantar kad ucap tahniah berserta dengan kata2 ini pd beliau.. ;)

Kita mendoakan yg baik dan mengharapkan yg baik..

psst: tuan rumah bila lak ;D

fatimah_mastura said...

آميـــــن للهــــم آميـــــن

salam `alaik ya akhi al-kareem...


alHamduliLlah,
ana yang berada di kota singa ini, turut mendoakan bersama.
baarokALLAHulak wa baaroka `alaiika
wa jama`a baiinakumaa fii khoiirr...

آميـــــن للهــــم آميـــــن

p/s:
"setiap di antara kamu ada la pemimpin
dan akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.
seorang ketua negara ada la pemimpin dan akan
dipertanggungjawabkan terhadap rakyat di bawah pimpinannya.
seorang lelaki ketua keluarga ada la pemimpin keluarganya
dan bertanggungjawab terhadap mereka
dan begitu juga seorang wanita ada la pemimpin
yang bertanggungjawab atas rumah suaminya dan anak2nya.
maka setiap antara kalian ada la pemimpin
yang akan dipertanggungjawabkan atas pimpinannya."
(al-Bukhari dan al-Muslim)

fi amanALLAH
wALLAHu a`lam bisawab.

Ilham Purnama said...

meninggalkan soalan yang sama seperti bang_gugar dan tintahati,

"anta bila lagi..?"

Allah yassir lak...

Mardihah said...

salam,

selamat pengantin baru..PM...!!esok ..uhuk3.....
ismi, bila nak ikut jejak??..betul kata bang_gugar tu..
gurau2

Ismi : Arjuna said...

salam semua..
banggugar: ya..hanya kebaikan yanng kita harapkan.. kalau bukan ia apa lagi?.. arjuna akan 'ikut' PM kita tu bila jodoh yang ditetapkan memanggil.. entah bila.. mungkin esok.. he2..

kak tinta :ye ke boleh hantar.. hantar kat mana yer?..kak ada alamat..?:)..tuan rumah sdg bina rumah.. tak siap lagi nie..

ukhti27:oo.. dari kota singa..ingat kan satu negara..tp takpe.. kita tetap satu agama!.. syukran kerana sudi berkongsi hadis..moga rahmat Allah sentiasa disisi..

ilhampurnama: meninggalkan jawapan yang sama dgn mereka.. Ketetapan DIA belum sampai.. doa lagi bagi cepat..he2.. syukran..

mardihah..: Ana bila lagi.. jawapan ada di atas.. he2..
Moga pengantin baru itu selamat..!