Sunday, June 24, 2007

Ahh.. Pejuang Kebenaran...!

Assalamualaikum..
Dalam kesibukan.. taman dakwah ini mesti dimeriahkan.. 2,3 hari ni arjuna sebenarnya geram pada diri sendiri.. nak marah pun ada.. macam-macam masalah melanda.. mungkin semuanya adalah kerana dari kelemahan diri sendiri.. mereka yang diharapkan menjadi inspirasi hati kadang-kadang kurang memahami.. Iya ke?.. Mungkin.. Apepun..perjuangan ini mesti diteruskan.. kat bawah ini pesanan untuk diri sendiri sebenarnya.. dan juga untuk renungan bersama.. semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah..
........................................

Ahh.. pejuang kebenaran..
Katanya..
Khutbah mu membangkitkan kekuatan..
Pena mu adalah tinta perjuangan..
Kononnya..
Mahu meroboh takhta kebathilan..
Kononnya..
Mahu menyucikan kotoran kefasadan..
Kononnya..
Mahu menjulang Islam dipuncak ketinggian..
Kononnya... Kononnya..
Ahh.. pejuang kebenaran..
Hisablah diri mu..
Posisi mana diamnya keikhlasan..?

Ahh.. pejuang kebenaran..
Mantapkan ilmu pengetahuan..
Tiupkan api perjuangan..
Pastikan nyalaannya bisa membakar lawan..
Lahirkan jiwa yang sanggup mati untuk Tuhan..
Didiklah jiwa yang sanggup disiksa untuk mendaulatkan Al-Quran..
Al-Banna ke dua perlu dilahirkan..
Jiwa besi Syed Qutb perlu diwariskan..
Rantai juang ini wajib disambungkan..

Ahh.. pejuang kebenaran..
Usah risaukan kemiskinan..
Usah risaukan kegagalan..
Usah risaukan kesusahan..
Jadikan syurga motivasi iman..
Jadikan taqwa benteng kekuatan..
Pasakkan segala-galanya untuk,demi dan kerana Tuhan..
Teruskan larian..!


Luahan jiwa : arjuna..

4 comments:

tintaHati said...

salam adik ku arjuna..

ye benar payah, kalo org yg diharapkan menjadi sumber inspirasi kadang2 kurang memahami...

apa pun selamat berjuang!

~qudwah_mardihah~ said...

Salam,

inilah rutin dalam perjuangan ..
Jangan terus berputus asa..tapi sebaliknya terus dalam kasih dan sayang..bukankah Allah menjanjikan yang terbaik untuk pejuang-pejuangnya..

Jangan berputus asa, teruskan kalimah perjuangan..

Di mana bumi dipijak...di situ ISLAM di junjung..

Jazakallah

bang_gugar said...

salam arjuna,

sepahit mana perjuangan itu..
diakhirnya adalah sebuah kemanisan..

takbir!..
(",)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

boleh dibuat lagu kata2 nie. tak teringin mereka lagu lagi ke?....