Assalamualaikum...
Banjir terburuk sejak 2003 di Ibu Kota Malaysia.. sekali fikir.. bagus juga.. mungkin ketika ini Mat Rempit cuti untuk me'rempit'.. Kelab-kelab malam mungkin akan menghentikan sementara operasinya .. Konsert-konsert hiburan mungkin akan ditangguhkan.. Dan...
Masjid-masjid akan buat solat hajat.. Doa selamat.. Masjid dipenuhi dengan jemaah.. Ya..Memang ketika ini sebilangan mereka akan insaf.. Dan..
Bila semuanya pulih seperti sedia kala.. Mat Rempit akan kembali menggila.. Kelab-kelab malam kembali memutarkan cahaya neraka.. Konsert-konsert hiburan akan mewarnai bandar ibu kota..
Ketika itu juga..
Hanya beberapa kerat golongan tua separuh usia yang ada di rumahNYA.. membentangkan sejadah.. dan terus mengingati Allah.. Allah.. Allah..
Ya.. Drama dunia ini akan berterusan sehingga PENGARAH menetapkan kesudahannya di Hari Pembalasan..
Sama-sama kita mendoakan agar rakyat Malaysia khususnya dan seluruh ummat Muhammad S.A.W beroleh hidayahNYA..
" Rabbana la tuzigh QULUBANA ba' da iz hadaitana wahablana minladun karahmah.. InnaKA antal wahhab.."" Rabbana innaKA jamei'unasi liyaumiLLa raiba fiih.. InnKA la
tukhliful mie'ad.."* Hubungi keluarga.. rakan-rakan.. dan sesiapa kenalan kita yang terlibat dalam bencana ini, tiupkanlah rasa keinsafan dalam jiwa mereka... Ini juga satu dakwah.. InsyAllah.. -salam syifa'...
7 comments:
salam,
insya Allah semoga ada secubis dalam hari memikirkan siapakah yg lebih berkuasa atas dunia ini..
DIA yg tentukan segala2nya..
arjuna!..
edisi siasat pun tak buat kerja la dua tiga hari ni.. sebab mat rempit tak boleh merempit..
(",)
Kebanyakan memandang kejadian ini sebagai salah satu fenomena bencana alam atau lebih tepat lagi kesan perubahan suhu dunia tapi mereka lupa untuk melihat dari suatu sudut lagi iaitu mungkinkah ini suatu peringatan atau tanda amarah dr TUHAN.
Dgr cerita dataran merdeka tempat yg selalu tercemar dgn kegiatan tdk bermoral tu yg plg teruk terjejas. ni ker lambang kemerdekaan sebuah negara???
salam..
hahahha, sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.
saya menyelusuri kesan banjir di KL hari ini.
Kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan.
Untungnya, akibat banjir saya dapat membeli pakaian dengan harga lelong di jalan masjid India.
Alhamdlilah!
p(^_^)q
Salam Arjuna,
Moga kita semua tidak terus leka :)
hmm...dua tiga ari lepas ade gak kawan akku khabarkan yg KL tenggelam...tapi aku tak bernafsu mana utk layari internet meninjau² keadaan itu...bile tgk pic yg arjuna siarkan tu...terkejut gak seposen...
ntah..dah jemu rasenye utk aku bersifir...ape² pon, 'amarah' Sang Pengarah dunia akan lebih dahsyat tatkala sudah tiada Lg peringatan makhluk terhadap Kerajaan Langit (bkn ayah Pin kat t`ganu tu)..itulah sebesar tugas KITA
Takut. Gusar rasenye utk pulang ke tanah airku tercinta. Malaysia oh Malaysia...
Salam sufi...
- anTusufi
tsunami? mini taufan Nuh kot..
inilah realiti Malaysia kita. kalau mahu kaji kesilapan teknikal, mereka yang melakukan pembangunan tu buta geografi.
dan sedarilah.. banjir ini adalah sejurus selepas majlis resepsi PM 'kita'.
usah gusar, usah takut... selagi kita masih buat kerja kita, jika terkorban dalam tsunami mahupun taufan, syahidlah kita.
dunia sudah hampir ke hujung usia tetapi manusia masih x menyedarinya...
tuhan...ampunkan hamba2mu ini!!!
Post a Comment