Friday, March 2, 2007

BPR Yang Tempang..

Assalamualaikum..

Pelik dan hairan bila arjuna membaca berita tentang kes rasuah dan salah laku seks ‘orang paling berkuasa’ di Badan Pencegah Rasuah Malaysia, badan yang bertanggungjawab memerangi virus rasuah yang semakin membarah di kalangan masyarakat khususnya para pimpinan negara kita.

Kes-kes memalukan yang melibatkan beliau itu dilaporkan pada 1997 dan seterusnya beliau dilantik menjadi ‘orang paling berkuasa’ dalam badan tersebut pada tahun 2001. 5 tahun selepas itu!..Dan yang menjadi ke‘pelik’an dan ke‘hairan’annya mengapa dia dilantik walaupun telah ada rekod yang buruk malah dikekalkan sehingga kini?..Tidak kedengaran pula suara-suara merdu para ulama’ kerajaan mempersoalkan benda ni walaupun sering kedengaran hebat semasa membicarakan tentang ‘kayu kokka’, ‘tahlil’ dan kebanyakan benda khilaf yang lain.. Di mana akal cerdik pandai dalam kerajaan khususnya ‘orang yang paaaling berkuasa, hebat, disanjung’ yang sudah mengisytiharkan perang kepada virus rasuah ini?.. Mengapa lupa atau buat-buat lupa untuk memikirkan benda ini?..

Arjuna ingin bertanya anda semua..Rasional atau tidak kalau kita meminta orang yang sudah tempang kakinya untuk berlumba lari?..Malah dipinta untuk memegang obor pula tu…? Sedangkan di hadapan kita ramai lagi orang yang mampu untuk memecut...Anak saudara arjuna yang darjah 4 pun dapat menjawab dengan tepat soalan ini..Takkan anda tak boleh jawab kot…

Mungkin ini lah ke‘cemerlang’an, ke‘gemilang’an dan ke‘terbilang’an yang diimpikan oleh para pimpinan negara kita.. Cemerlang dengan kejayaan menipu rakyat, gemilang dengan cahaya maksiat yang menggila dan terbilang dengan kemajuan yang melampaui batasan keperluan insan sehingga rakyat lupa pada Tuhan!..

Sedangkan jelas dalam Hadis Baginda S.A.W bahawa orang yang memberi rasuah dan orang menerima rasuah itu akan disumbat ke dalam neraka. (Nauzubillah..!). Di mana kedudukan hadis ini dalam negara Islam Had hari?..Yang sering dilaungkan adalah.. ;

"Para pimpinan kita bersih daripada rasuah"..
"Kita akan memerangi rasuah"..
Ya..betul.. Bersih.. Tapi dalam kekotoran yang amat jijik dan dengan menggunakan kalam retorik yang begitu memualkan..!

Sekarang,.. fikirlah dengan iman anda di mana letaknya mentaliti pimpinan negara kita.. Jawapannya.. Kita sedang ditipu oleh kata-kata manis mereka..! Diulangi..KITA SEDANG DITIPU..dan DI PERMAINKAN oleh mereka!..

Bangkitlah!..Mulakan anjakan minda kita sekarang kerana tika ini bukan masa untuk kita mencari Al-Ghazali atau Al-Syafei lagi..Tetapi adalah masa untuk kita mempraktikalkan teori kebenaran dan keikhlasan yang diperjuangkan oleh mereka!..Sedarlah..Jika anda sayangkan agama kita..Jangan sesekali biarkan ia dipijak lumat di kaki-kaki mereka yang terlampau gila kan dunia!..

Dan kepada para ulama’ had hari..arjuna ingin sampaikan kalam Ibn Qudamah Al Maqdisi yang terdapat dalam kitab Minhajul Qaasidin kepada anda semua :

“ Sebaik-baik pemerintah ialah dia datang ke pintu ulama’ dan seburuk-buruk ulama’ ialah dia datang ke pintu pemerintah..! Berhatilah-hatilah dengan ulama’ yang datang ke pintu pemerintah kerana dia adalah PENCURI..! "

Fikirlah dengan meletakkan iman dan taqwa di hadapan. Kita yang menentukan masa depan negara kita!..Salam syifa’ Ilahi..

1 comment:

Anonymous said...

salam perjuangan..

anTusufi nie...send cam ni coz tak pro lagi nak antar menggunakan nick..hehe...

wah..begitu hammasah nampak? mmg dunia begitu memerlukan anak muda yg sebegini utk mencorak lanskap dunia mendatang..lebih² lagi yg keluaran islamic studies....kita harus membernarkan kalam syifaa ni seandainya ia lahir dr fakta kebenaran...

tapi, camne ekk cara atau kaedah ataupon tips utk kita semua manjadi agen perubah? menjadi pelopor keadilan N kebenaran?...takyh tgk jauh²..cukup sekadar pd diri remaja...terutamanya pd yg bergelar islamic studies sendiri...hrp syifaa dpt menyambung artikel ni ke part tu...boleh kut;) adioooss..