Sunday, March 25, 2007

Waktu..

Assalamualaikum..

Tugas lebih banyak daripada waktu!..Ada benarnya kalam Sheikh Hasan Al Banna itu bila menilai pada diri arjuna sekarang ini..Seminggu dua ini arjuna amat sibuk dengan aktiviti persatuan ditambah lagi dengan pengajian yang baru bermula..tu sebab jarang online dan kalau online pun hanya jenguk-jenguk sekejap di samping untuk call keluarga di Malaysia. Bagaimana dengan diri anda?..Mungkin anda mempunyai banyak waktu yang terluang dan kemungkinan juga waktu anda lebih padat dari arjuna..namun, persoalannya, ke mana kita membawa dan mengisi haluan waktu kita..adakah ke arah positif atau sebaliknya..

Mungkin kadang-kadang kita terlupa yang waktu telah memotong kita..berlari laju sepantas kilat sehingga kita tidak menyedari hadirnya kilauan cahayanya..kita lupa yang diri kita terlupa untuk kita tidak lupa dalam merentasi cabaran kehidupan ini.. kadang-kadang kita lagha dengan keseronokan yang ada di sekeliling kita.. dapat makan sedap sehingga lupa kepada mereka yang sedang kelaparan.. dapat bergaya sehingga tidak menyedari sahabat kita yang terpaksa memakai pakaian yang sama kerana kemiskinan.. dapat ber'bluetooth', ber'infared', berhibur dan kemudian bergelak tawa dengan 'telefon canggih' kita sehingga tidak sedar kita telah menggunakannya untuk benda yang melalaikan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Kadang-kadang.. inilah kita!..

Adakah kita ingin terus lupa?..Ingatan untuk arjuna sendiri sebenarnya di samping untuk sama-sama kita merenungnya...kerana..waktu itu tajam, bak pedang...andai kita tidak memotongnya.. ia akan memotong kita.. kuasailah waktu..!

Bercakap tentang waktu.. Arjuna terbaca dalam keratan akhbar versi maya ini tentang Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang waktu ini telah menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 200.. Tahniah arjuna ucapkan..! Tahniah juga kerana PDRM telah diiktiraf sebagai antara polis terbaik di dunia.. satu pencapaian yang boleh dikatakan hebat.. Namun, bagi arjuna sendiri..walaupun dunia memandang PDRM hebat, tetapi PDRM perlu mengkaji dan sentiasa bermuhasabah tentang pencapaian PDRM dalam negara kita sendiri.. Kerana orang luar memandang kita hebat kerana kadang-kadang mereka hanya lihat pada kulit..tidak pada isinya.. seperti kita lihat buah durian..memang kat luarnya nampak elok.. warna boleh tahan.. tapi boleh confirm ke bagaimana isinya?.. Kalau kuning elok pun.. mungkin juga ia masam.. tidak manis seperti yang diharapkan.. Tidak begitu?..

Arjuna timbulkan benda ini kerana arjuna lihat PDRM masih gagal dalam menyelesaikan beberapa masalah besar dalam negara kita..antaranya masalah pelacuran yang semakin berleluasa.. Malah arjuna sifatkan semakin menggila..! Anda boleh lihat sendiri dalam laporan akhbar yang boleh dikatakan setiap hari ada menyiarkan berita tentang pelacuran.. dan yang sedihnya ia melibatkan golongan remaja dan mahasiswa IPTA/S harapan negara..! Belum lagi masalah rasuah di kalangan anggota polis sendiri dan masalah dadah, pil kuda, ectasy dan lain-lain yang sering di dedahkan dalam akhbar - akhbar perdana..

Bagi arjuna , PDRM akan dianggap berjaya jika boleh menyelesaikan masalah ini.. kerana masalah ini lah salah satu faktor kerosakan akhlak muda mudi dan kemusnahan institusi kekeluargaan yang mangakibatkan negara akan ketandusan remaja yang berkualiti untuk menjadi pelapis kepada pimpinan negara.. ! Ini tanggungjawab yang besar dan wajib dilakukan walaupun PDRM tidak mendapat apa-apa pengiktirafan sekalipun!.. Apa guna kita dipandang mulia walaupun hakikatnya kita hina?.. Jangan mengharapkan sanjungan manusia kerana redha Allah itu yang didamba..!
Moga kita semua mendapat keredhaan Allah tidak kira siapa pun kita.. Tingkatkan darjat taqwa dan iman kita.. kerana takutkan Allah itulah penyelesaian kepada semua masalah.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri..! Anda mahu negara kita aman?.. Sama- sama kita berubah!.. Beriman, Bertaqwa, Berilmu, Beramal, Beristiqamah barulah..Bersih, Cekap, Amanah..! salam syifa' Ilahi..

5 comments:

fatimah_mastura said...

salam alaik akhi al-kareem...

alhamdulillah,
jazakALLAH khair
kerna mengingatkan kami... (^^,)

insyaALLAH, biiznillah wa biaunillah...

"kamu adalah hari-hari,
berlalunya hari itu
maka kamu telah kehilangan
sebahagian dari dirimu..."

ALLAHu a'lam bisawab.

BaYu SenJa said...

Tugas semestinya lebih banyak berbanding bilahan waktu yang terlalu singkat..
Namun bukan semua tugas itu kerja kita. Tugas yang banyak diringankan bersama..
sama-samalah bertugas, supaya tugas yang banyak sesuai dengan diri kita..
jangan biar sorang saja dok sapu pahala...
kita??!!

banggugar said...

salam,
arjuna!.. minta pinjam waktu boleh tak, nak potong daging ni, liat betul la dia.. (sambil tersenyum ketika menaip)

(",)

Anonymous said...

salam arjuna..

mengukur waktu itu tidak hnya dgn ukuran jam..hari atau tahun namun merasakannya dengan hati. Dengan menghargai waktu, kita bisa bljar tuk lbh mghargai ape itu kehidupan yg sebenar..

Ismi : Arjuna said...

salam..
ukhti_27 :
syukran kerana juga telah mengingatkan ana.. Hari ini adalah kenangan untuk esok.. dan hari esok adalah cabaran..!

bayu senja :
betul tu bayu.. yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing.. Itulah sepatutnya.. anta dah banyak dah pahala..suka tolong orang..jgn risau.. he2..

bang_gugar :
salam bang.. potong daging apa nie?.. Ana kalau dgn anta.. bila-bila masa boleh tolong.. kalau kena gaya..he2..InsyaAllah..

indah sakura :
Terima kasih sakura.. ukur waktu dengan hati.. MasyaAllah... betul tue..kerana raja diri adalah hati..andai hati bersih maka diri suci..terima kasih sekali lagi sakura!..