Tuesday, March 13, 2007

MUSIM MEN ‘TAG’..LAYAN JAP...

Assalamualaikum…

Terima kasih Bayu Senja kerana sudi tag arjuna untuk meneruskan kesinambungan virus pelik ni. Hairan juga, nak cari benda pelik pada diri kita amat susah. Terpaksa bertanya pada teman-teman rapat. Teringat pesan bonda ; Kalau kita tengok cermin, kita hanya akan dapat lihat bahagian depan kita sahaja..tidak pada bahagian belakang.
Jadi, tanya-tanya lah teman-teman kita…bagaimana keadaan bahagian belakang kita..kot-kot ada debu..atau banyak kekotoran lain..!Minta tolong dia bersihkan!..; Itulah peranan teman. Memberikan semangat andai kita dilanda masalah..Memberi peringatan andai kita kealpaan..Mengangkat kita andai kita terjatuh!..Moga anda semua boleh memainkan peranan sebagai teman kepada arjuna..InsyaAllah.

Ok..tanpa berlengah..Arjuna akhirkan pencarian virus pelik pada arjuna ini…Bayu..baca betul-betul..

1. Orang kata, arjuna ni sombong tapi mesra. Pelik kan?.Yang selalu dengar teman tapi mesra..Ye la..sepanjang berada di Damsyik ini, boleh bilang dengan jari berapa buah rumah yang arjuna pergi ziarah..dari segi kekerapan dan sebagainya..tetapi bila arjuna jumpa teman-teman kat mana-mana…mesranya mengalahkan pernah tidur sebantal dengan mereka..betul ke Bayu ?..Hakim.. ?

2. Orang kata, orang lain kalau waktu sakit, makan takkan berselera..tapi arjuna ni waktu sakit la makan bertambah berselera..nak makan macam-macam..banyak pula tue..terutamanya puding gula hangus..(ada makna nie..)

3. Arjuna boleh dan senang berkarya di waktu sibuk, idea datang mencurah-curah walaupun masa amat terhad tetapi amat sukar dan susah untuk berkarya di waktu lapang..

4. Tidak selesa jika ada orang memerhati ketika arjuna berkarya. Rasa macam..entah..tetapi memang tidak selesa..

5. Berminat dengan sukan ping pong dan pernah mewakili sekolah tetapi langsung tidak berminat nak ambil tahu perkembangan tentang sukan ini.

Alhamdulillah..hanya ini sahaja yang ditemui dalam pencarian virus pelik pada diri arjuna..Seterusnya suka untuk arjuna teruskan tag ini kepada :

- teratakteratai
- antusufi
- kak gee..(kalau sempat)
...salam syifa' Ilahi.. ;)

5 comments:

bang_gugar : said...

salam arjuna,

lama rasanya tak menyinggah di laman arjuna, smga sihat sllu.

bleh main ping pong ya, bila kita bole buat janji menentukan saya tak pandai ping pong, bagitau saja.. hehe..

(",)

ukhti27 said...

salam alaik akhi al-kareem,
masyaALLAH...

ke'ganjil'an membawa suatu
keunikkan dan keistimewaan;
suatu kurniaan kpd setiap
makhluk ciptaanNYA.

ala kulli hal,
na'am sahih jiddan,
ana setuju dgn pendapat ibunda dan juga akhi.

sesungguhnya,
teman yang baik itu bukan la
yang senntiasa membenarkan tetapi
yang senntiasa memperbaiki
atau menasihati kita andai ada kesilapan dll.

ana percaya;
tiada hadiah yang lebih berharga
daripada nasihat yang baik... (^^,)

ALLAHu a'lam bisawab.

Anonymous said...

masha'Allah, teruskan perjuangan kamu..kamu di antara yang mengambil pendekatan dakwah secara lembut..dan isi di dalam blog ini adalah diantara yang membolehkan kita balik kepada Allah, mengingati dan menginsafi demi keranaNya, betapa Malaysia yang dianggap maju negaranya tetapi tertinggalkan agama Islam itu sendiri...
wallahualam... nauzubilla...teruskan.

Ismi : Arjuna said...

salam,
bang_gugar :
moga bang gugar jua sihat..nak main ping pong..nanti kita buat mauied..

ukhti_27 :
terima kasih kerana bertamu..sememangnya hidup memerlukan teman..

anonymous :
terima kasih..semoga Allah campakkan dalam hati kita istiqamah dalam gerak kerja dakwah ini..teruskan perjuangan..!

BaYu SenJa said...

baru sempat singgah di halaman arjuna..
bagus jugak ya apa yang pelik tu:)