Wednesday, November 29, 2006

Rufaqa' dan Murtad : Rumput dan Lalang..

SHAH ALAM: Dua lelaki bergelar ‘sheikh’ atau ketua kumpulan Rufaqa’ bersama kira-kira 100 pengikut, termasuk kanak-kanak dan wanita berusia lima hingga 60 tahun, ditahan di sebuah premis dua tingkat di Seksyen 13, di sini, semalam, kerana disyaki cuba menghidupkan semula ajaran al-Arqam.
.........................................
Assalamualaikum..
Kat atas ini adalah keratan akhbar Harian Metro (28 Nov 06)..tentang penangkapan ahli2 kumpulan Rufaqa' yang semakin aktif dan sekarang ni mereka dituduh oleh kerajaan untuk mengembalikan semula ajaran Al-Arqam yang telah diharamkan oleh JAKIM satu ketika dulu..
Arjuna rasa lucu pula bila memikirkan tentang keadaan negara kita sekarang ni..dulu, heboh kisah Ayah Pin..pemilik kerajaan langit yang hebat dan bermastautin di Besut Terengganu..sehebat-hebat polis negara kita (diiktiraf sebagai diantara terhebat di dunia), masih lagi belum menjumpai jasad Ayah Pin..hebat juga ye orang tua tue..patutlah sami pun minum air basuh kaki dia..tak lama selepas tu, timbul pula isu seorang lelaki yang mengaku sebagai rasul akhir zaman..dia buat macam-macam spekulasi sehingga lah akhirnya dia terpaksa buat satu sidang akhbar untuk menyatakan peletakan jawatannya sebagai rasul..katanya tidak tahan dicemuh masyarakat..dah ada pengganti kot sekarang nie..hehe..
Kini yang terbaru, kisah Rufaqa', yang dulu namanya Al-Arqam..yang dikatakan cuba mengaktifkan balik ajaran Abuya nya..pening-pening..dan semua cerita yang arjuna beritahu ni mendapat liputan meluas akhbar-akhbar di Malaysia...anda semua pun dah tau kan..
Tapi, yang arjuna hairan...berita-berita tentang murtad macam biskut Oreo..malah lebih teruk daripada tue..biskut Oreo tu,sekejap ada..sekejap takde..tapi berita tentang murtad nie, sekejap ada...tapi langsung takde sekarang nie..seolah-olah kerajaan kita memandang isu ini hanya sebagai isu sampingan yang tidak perlu di beri keutamaan..bila Sohibus Somahah Dato Seri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataannya dulu, ramai yang menafikan termasuk 2,3 orang Menteri Kabinet..mereka kata kalau nak keluarkan kenyataan kena ada fakta..tapi masalahnya sekarang nie, kenapa pihak berwajib masih belum menyatakan fakta yang benar tue...kenapa?..kalau fakta mufti tu salah..di mana fakta yang betul nya?..isu ni melibatkan akidah dan agama kita..jangan baling batu sembunyi tangan...pengecut!!
Ketika arjuna balik bercuti di Malaysia dulu, arjuna diberi peluang untuk membacakan khutbah yang dibuat oleh FORKAD(FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD), khutbah tersebut sempena Aidlfitri yang bertajuk..MURTAD : FITRAH YANG DICEMARI..(lebih kurang laa..)..khutbah tersebut di tulis oleh Dr Azahar Yaakob, kebetulan Dr Azahar nie jiran arjuna di kampung, pernah beliau menyatakan semasa kuliah beliau berkenaan kajian yang beliau buat tentang Murtad di Malaysia ( tesis master beliau)..kajian tersebut berkenaan fenomena murtad di malaysia..pada tahun 1998/99 sahaja lebih 120,000 orang yang telah murtad termasuk mereka yang mendaftarkan diri dengan pihak berkenaan untuk menukar nama kepada nama Kristian dan ini hanya di kawasan Lembah Klang sahaja...kita sama-sama fikirkan tempat-tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak yang lebih mencabar...
Kalau lihat kepada pernyataan di atas, agak-agak betul ke tindakan kerajaan kita sekarang nie..?bukan nak membangkang kerajaan tapi, nak menegur..bahawa benda ini amat penting..tak boleh di pandang sebelah mata sahaja..! Isu murtad yang dinyatakan oleh Dato Mufti sepatutnya tidak dikritik tapi dipandang positif dan cuba siasat..dan kerajaan kena bersama-bersama menyelesaikan masalah ini..tidak hanya tumpu pada politik semata-mata...sampai lupa pada agama!..kan politik juga sebahagian daripada agama...!
Hebohlah bila ada ajaran sesat, bagus..memang kena tangani mereka ..tapi jangan bila datang cerita pasal kes murtad buat tak tahu sahaja..sepatutnya ia lebih utama..kerana ini adalah masa depan agama kita...agama ni bukan benda main-main..!Tidak perlu kerajaan bersusah payah nak memotong rumput yang berada di bawah lalang..potong lalang dulu..baru senang nak potong rumput tue..penyakit juga nie...moga ALLAH datangkan syifa'nya..
salam syifa'...

2 comments:

Anonymous said...

betul tu arjuna.Kes Murtad bukan sikit sikit sekarang ni. andaian yang mencecah puluhan ribu itu walaupun tidak tepat seperti kata pak2 menteri dan penyokong2 kerajaan, itu bukan masalah. bila kita menyebut andaian, sudah pasti untuk membuat andaian dia sudah ada tasaur awal. jadi kalau pun tidak betul angka tersebut tepat, sudah pasti lebihkurangnya itu ada..

Kes murtad terang2 dah belambak tambah pula kes2 aqidah yang terpesong dalam pelbagai bentuk yang tumbuh dari hari ke hari.

jaga lah diri kita, keluarga dan seluruh kenalan kita terlebih dulu..selamatkan aqidah ummat

hakim dirani said...

Arjuna, mudah-mudahan orang yang akan bangun dan menentang masalah akidah ini bertambah, buka segelintir sahaja.