Monday, November 27, 2006

Tsunami Ke dua?...

KUALA LUMPUR: Pengendali ‘daif’ sebuah lawan web lucah di internet dikesan cuba mengaut keuntungan daripada orang ramai dengan menggunakan gambar serta klip video yang kononnya diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika operasi menangkap pasangan berkhalwat sejak setahun lalu.
.............................................

Assalamualaikum...
Inilah yang termuat dalam Harian Metro hari ini, kemahiran dan kepandaian yang disalah guna oleh sesetengah manusia yang menganggap tindakan mereka betul...dulu JAWI pernah dikaitkan dengan isu THE ZOUQ yang menggemparkan negara kita..sehingga memaksa para menteri masuk campur..setelah dikatakan tindakan mereka itu salah,menyalahi hak-hak peribadi seorang rakyat kerana menahan mereka yang membuat maksiat dalam kelab neraka tersebut...inilah hakikat dunia sekarang...orang buta pun dikatakan celik..orang cacat pun dikatakan sempurna..orang salah pun dikatakan betul..kalau ikut telunjuk mereka yang menjadikan takhta,wanita dan harta sebagai kiblat...

Sekarang lihatlah..Jabatan Agama pun diperbodohkan oleh mereka..kerana mereka yakin,selagi ada raja yang meletakkan nafsu sebagai pimpinan masih berkuasa..mereka akan bebas..kalau kena pun,setakat bayar rm2@300...atau pun rmmailto:rm2@3000..mereka akan bebas..kemudian mereka akan aktif balik..mengaut keuntungan berlipat kali ganda balik..dan memalukan Jabatan Agama dengan lebih dasyat lagi..ini realitinya..

Cuba pergi ke chow kit..lorong haji taib..bukit antarabangsa...genting highland..tempat-tempat ini maa'ruf..sarang neraka..tapi,apa tindakan yang diambil kepada mereka?..memang ada serbuan..kena tangkap..masuk dalam rancangan 999..lepas tue,pergi la malam keesokan selepas tangkapan tersebut..nescaya..anda akan rasa tertipu dengan helah mereka..siapa yang salah?

Apa yang arjuna nak kongsi di sini..adalah..ini juga penyakit yang mesti dicari syifa' nya..sampai bila kita nak lihat Islam diletakkan di bawah tapak kaki mereka kemudian dipijak lumat2..?sampai bila?..tidak ada ke dalam hati kita secebis rasa untuk menghalang benda ini..? di mana sensitiviti kita terhadap agama yang semakin ditindas ini?..nak tunggu tsunami ke dua datang dulu ker?..Ishh..kita sama2 fikir nasib kita sendiri..tanya iman..bagaimana untuk mencari syifa' kepada penyakit ini..salam syifa'..!

No comments: