Tuesday, November 28, 2006

Ku Harap Musafir Mu Kembali...

Assalamualaikum..
Esok adalah salah satu tarikh keramat untuk arjuna..musafirnya seorang yang bermula sebagai kawan kemudian bertukar menjadi teman sehinggalah sekarang arjuna menganggapnya sebagai sahabat..!Sifatnya yang seolah-olah tidak tahu erti 'kemarahan',kerajinannya yang boleh dikatakan maa'ruf di kalangan teman-teman,seorang yang tahu mengambil hati dan mengenang budi..malah tidak keterlaluan andai arjuna katakan sepanjang 2 tahun melayari bahtera ilmu di sini,tidak pernah sekalipun arjuna terasa hati bila bersamanya..
Itulah beliau..bukan arjuna lebih-lebih memuji seorang sahabat..tapi,beliau sungguh berperanan dalam hidup arjuna..setiap kali arjuna rasa susah..jiwa ini akan teringatkan beliau yang tabah dengan masalah yang menimpa keluarganya..ayahnya sakit barah tulang..beliau anak lelaki sulung..dan inilah sebab beliau terpaksa meneruskan perjuangan di bumi sendiri..
Walaupun,masalahnya lebih hebat daripada arjuna,hidup beliau sungguh tenang..andai ada teman-teman berkunjung ziarah ke rumah,tidak pernah beliau menyambutnya dengan wajah mencuka walaupun tika itu jiwanya berserabut..secawan 'syai' tetap dihidangkan..andai ada apa2 didapur,walaupun indo -mee..kami tetap dapat merasainya...itulah beliau..
Penyakit yang menimpa jiwa beliau dapat disyifa'kan..arjuna bangga dengan beliau..beliau lah sahabat..yang banyak memberi dorongan dan motivasi pada jiwa arjuna..kenangan setiap kali bergunting rambut dengan beliau tetap kejap di jiwa arjuna..masa tu,arjuna akan bernasyid..dan beliau akan menegur supaya arjuna berhenti kerana suara arjuna sedap sangat..yang tak tahannya beliau takut hujan..tak boleh gunting rambut lagi..hehe..
'Ala kullin...beliau tetap di ingatan arjuna...SUHAIMI SULAIMAN..arjuna tetap menantimu kembali..dikaulah teman..dikaulah sahabat...! Moga semangat untuk berjuang tetap membara..
salam syifa'..

1 comment:

bayu senja said...

Selamat pulang buat Suhaimi Sulaiman.. Doa kami sentiasa bersama anda.
Doalah Bayu Syifa' menyerap ke tubuh ayahanda beliau.;Amin