Monday, February 25, 2008

ISLAM AGAMA KU.. ALLAH TUHAN KU...!




(gambar yang media UMNO tak siarkan..)


Assalamualaikum...
Apa khabar..? Gelombang Hijau sedang memamah bumi Malaysia khususnya Terengganu dan Kelantan.. Banyak kisah-kisah menarik yang berlaku khususnya di DUN yang Arjuna kena mengundi tahun ini..sudah tentu untuk calon PAS, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh..antaranya membakar bendera sendiri kemudian menuding jari kepada pemuda PAS (mak yang cite) dan banyak lagi peristiwa lucu yang jika berkesempatan arjuna akan kongsi di sini.. Apa yang pasti,nampak sangat UMNO terpaksa menggunakan cara kotor untuk memikat hati rakyat yang jelas sudah benci dan meluat kepada retorik UMNO..
Media-media kerajaan juga sudah menggila khinzirkan peranan mereka.. apa pun, sekarang masa kita turun padang..tolong perjuangan Islam..tidak kira di posisi mana..kerana semua posisi amat penting sekarang ini..walaupun hanya mengedarkan risalah..itu juga pejuangan.. lawan tetap lawan.. sampai Islam ditegakkan..!
Semalam arjuna sempat menolong PAS Serdang mengedarkan risalah kempen dan manifesto di PKNS,Bangi..Alhamdulillah, sambutannya..amat membanggakan..!
Lambatnya 1hb..Aku nak balik kampung!..Sesungguhnya solatku,ibadatku,kehidupanku dan matiku hanya untuk ALLAH..ALLAHUAKBAR!.. jumpa lagi..salam syifa'..

Sunday, February 3, 2008

Kempen Gerak Gempur Pilihanraya..!

Assalamualaikum...
Di minta kepada anda semua yang cintakan Islam, copy dan sebarkan poster ini di mana-mana sahaja samada di alam maya atau sebaliknya.. Islam mesti ditegakkan..! Dan itu tanggungjawab kita.. Sanggupkah anda semua melihat dan menonton episod seterusnya bagaimana Islam dihina, disindir dan dipijak-pijak lumat oleh puak-puak UMNO yang ternyata bencikan Islam dan bersifat hipokrit dengan Islam Had hari pada pimpinan kerajaan akan datang...? Jangan tunggu lagi walau sesaat untuk menaikkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan..lebih-lebih lagi melibatkan maruah agama Islam yang tercinta..!Lawan tetap Lawan.. Walau darah jadi taruhan.. Demi sebuah sebuah kebenaran..! Allahu Akbar..!

















Friday, February 1, 2008

Syurga Itu Manis..Al- Fatihah..



Assalamualaikum..
Anda apa khabar?.. Semoga kita semua berada dalam keadaan sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dipinjamkan oleh Allah.. kerana nikmat - nikmat yang dipinjamkan ini mungkin akan terus diambil balik oleh Allah di saat bekalan kita belum bersedia lagi untuk musafir menemuiNYA walaupun seringkali kita MERASAKAN kita sudah bersedia. Moga Allah jauhkan RASA TIDAK SEDAR DIRI INI!..



Ya.. 'Jika datang waktu ajal kamu, ia tidak akan dan tidak dapat ditangguhkan walau sedetik..' Dua hari lepas kita dikejutkan dengan kematian Sheikh Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor (1985-1997). Allahyarham yang dikenali dengan sikap tawadhuk adalah seorang ulama yang memberi kesan kepada bangkitnya ruh perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Mengapa tidak..? Isu pemecatan Allahyarham sendiri adalah kerana Allahyarham lantang menentang kemungkaran walaupun lawannya adalah PEMERINTAH SEKULAR yang bencikan Islam. Antara dalil keberanian Allahyarham adalah ketika menentang dan membahaskan isu ratu cantik yang menggemparkan negara satu ketika dulu dan kerana keberaniannya itulah yang telah menyebabkan Allahyarham kehilangan jawatannya sebagai Mufti Selangor!' Luahkanlah kebenaran walau ia pahit untuk diterima!..' Ini baru cebisan perjuangan Allahyarham , belum disentuh lagi bab kehebatan akhlak dan kemantapan fikrah beliu lagi.. Allahummaghfirlahu..warhamhu..! Persoalannya, masih adakah ulama-ulama seperti beliau yang sanggup menggadaikan takhta(pangkat) demi sebuah kebenaran??..

'Berjuang itu pahit.. kerana syurga itu manis..' ' Berjuang ertinya terkorban.. rela terhina kerana kebenaran.. antara dua jadi pilihan....dunia yang fana.. atau syurga..!'.. Pilihla sahabat kalian..!

Sememangnya diakhir zaman ini akan wujud satu keadaan yang mana " kathirul khutoba' wa qalilul ulama' " ( Ramainya orang yang hebat bercakap,berceramah..tetapi sedikit cuma ulama'..) Situasi ini sedang berlaku sekarang ini, para ulama' semakin hari semakin tiada..meninggalkan dunia fana ini.. dan masyarakat sering digemparkan di sana sini dengan kehebatan si polan itu..si polan ini.. yang hebat berceramah namun hakikatnya..ilmu entah ke mana.. Intai diri kita, muhasabah jiwa kita.. segar bugarkan minda kita kembali.. moga kita dipelihara ALLAH dalam setiap amalan yang kita lakukan.. terutamanya arjuna sendiri.. Ya ALLAH.. Ampunkan kami..maafkan kami.. kami hina ya ALLAH.. kami lemah.. jadikan kami dari golongan yang mendapat redha MU.. AMIINN.. TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Sheikh Ishak Baharom.

Saturday, January 26, 2008

NAIK..NAIK..DAN NAIK..

Assalamualaikum...
Perbualan ini telah dirakamkan semasa berbual-bual dengan abang di dalam kereta.. dan selepas membayar harga tol..

Abang : Fuuh.. makin sikit dah nilai dalam kad 'Touch n Go' nie.. Cepat jer...

Arjuna : Kenapa?.. Dulu lambat habis ke..? hehe..

Abang : Tak la.. dulu, lambat la sikit.. sekarang semua barang naik.. pening-pening..
( sambil menggeleng-geleng kepala..)

Arjuna : Biasa lah bang.. kita semua tahu dah.. kerajaan sekarang memang zalim pada rakyat..

Abang : Ye la.. yang abang tensionnya.. sejak PAK LAH KAWIN NIE LAA YANG BARANG NAIK.. dan masalahnya... SAMPAI SEKARANG TAK PERNAH TAK TURUN-TURUN..!

Arjuna : Hehehehe... (Ini lawak orang-orang tua haa... don't try at home..huh!)

Turunkan harga barang dengan kuasa yang pada kita pada pilihanraya akan datang..! Jalankan KEWAJIPAN anda..! salam syifa'..

Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah..

Assalamualaikum...
Di kesempatan ini, arjuna ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua.. Semoga anda semua mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar dari tahun ke tahun ini. InsyaAllah, Cabaran-cabaran ini akan membentuk kekuatan.. selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan dan tujuan.. koreksi diri, kualitikan peribadi, kuatkan nurani dalam mendamba redha Ilahi..
Salam Maal Hijrah daripada :

wwww.syifaarjuna.blogspot.com..

salam syifa'..

Monday, December 31, 2007

Jiwa Baru Setiap Hari..

Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum..
Haa.. Sihat ke semua..? Moga sihat la hendaknya.. Bila dah sihat tu jangan lupa bersyukur pula pada DIA yang menganugerahkan kesihatan tersebut.. Itu adalah sebagai salah satu tanda bahawa di hati kita masih ada secebis iman..InsyaAllah.
Hrmm.. Salam IdulAdha..! Walaupun ucapan ini kemungkinan dah basi kepada anda semua, Arjuna tetap nak qadha balik ucapan ini.. yer la.. bz sangat-sangat...sehingga tak sempat menjenguk ke taman dakwah ini.. maafla.. bukan kah anda semua adalah seorang yang pemaaf?.. kalau tidak.. pendek umur!.. he3..
Hrm.. sedar tidak sedar kita semua sudah melangkah ke tahun 2008 masihi. Justeru,sekarang hadirlah era baru bagi sesetengah orang.. namun tidak bagi Arjuna. Arjuna bukan tidak mahu meraikan dan mengucapkan tahun baru, tetapi bagi diri ini..lebih penting untuk mengiktiraf dan menyambut serta meraikan kalendar hijrah bagi kita selaku umat Islam yang insyAllah akan tiba dua,tiga hari lagi..
Bila datang musim baru ini.. banyak soalan yang boleh kita dengar seperti " Apa azam tahun baru kamu? ".. " Sudahkah kamu muhasabah dan post mortem kehidupan kamu bagi tahun lepas..?..Dan banyak lagi soalan-soalan yang berkaitan dengan sambutan tahun dan musim baru ini. Namun, kita sering terlepas pandang bahawa tindakan seperti ini kadang kala menjadikan kita semakin lemah dan gagal dalam kehidupan kerana ia akan membuatkan hidup kita lambat dan rasanya tidak keterlaluan arjuna faktakan bahawa tidak akan ada perubahan dan peningkatan. Mengapa perlu kita mengunggu sehingga 365 hari untuk kita mengubah dan memperbarui hidup kita ke arah yang terbaik?.. Bukankah Islam mengajar umatnya sentiasa muhasabah, mentajdid azam, mengubah diri ke arah kebaikan tidak bergantung kepada masa-masa tertentu?.. Salahkah kita membina azam baru setiap hari contohnya selepas bangkit dari tidur untuk menjadikan diri terbaik dalam segala hal pada hari tersebut.. dan diteruskan pada hari-hari yang keseterusnya..? Bukankah kita pernah mendengar kata-kata
" Jadikan diri kita hari ini lebih baik daripada semalam.."..?
Ya... tidak salah untuk kita muhasabah diri dan membina azam baru setiap kali datangnya tahun baru.. tidak salah sedikitpun.. Tetapi, adalah lebih baik jika kita anjakkan adat minda ini kepada perlaksanaanya pada setiap hari.. Ini lebih berkesan dan yang penting inilah sebenarnya kehendak Islam untuk membina kekuatan umat yang mulia di sisi Allah.
Bina azam setiap hari..!Muhasabah diri setiap hari..!Maafkan orang setiap hari..!Jadilah insan dan hamba Allah yang terbaik dari semua sudut setiap hari!..
Kita lupa sekejap pasal tahun baru, kita pergi sekejap kepada perkembangan terkini politik dalam negara. Jika dikaji perkembangan politik sekarang ini seolah-olah pilihanraya akan diadakan dalam masa sebulan dua lagi.. bermula dengan 'parti menyumbatkan pemipin pembangkang dalam ISA', ketidakadilan yang dibuat antara kes Batu Burok dan HINDRAF ( seolah-olah ingin mengambil hati orang-orang India supaya tidak melompat kepada parti lain selain BN) dan terkini jika anda menonton berita-berita terutama TV1 dan TV3 sejak akhir-akhir ini, anda akan dapat mendengar ucapan-ucapan pemimpin BN berkempen walaupun dalam majlis membantu mangsa banjir..
Selain itu, negara juga panas dengan isu aksi seks pemimpin parti komponen BN dan isu tok Samy Vellu dihina dan di'boo' oleh masyarakat khususnya kaum India di suatu majlis.. Ini jelas penolakan secara zahir rakyat kepada pemimpin BN..!
Arjuna yakin kali ini rakyat tidak akan berdiam diri lagi.. andai tiada penipuan dalam pilihanraya akan datang, insyaAllah, arjuna yakin UMNO dan BN akan dimakamkan!Pasti..! Rakyat tidak bodoh dalam menilai.. Perkembangan terkini yang dibuat oleh parti pembangkang juga terutamanya di kampung-kampung membuktikan rakyat sudah tidak menerima pemerintahan UMNO dan BN lagi.. Lawan tetap lawan..! Sampai UMNO & BN dikalahkan..! salam syifa..'

Monday, December 10, 2007

Idola Ku..














Assalamualaikum..

Saja... ingin kongsikan koleksi gambar Tuan Guru Nik Aziz yang ada dalam pendrive Arjuna.. Beliau Idola Arjuna.. kerana memiliki corak pemerintahan persis Khalifah Umar Ibn Abd Aziz..
Dah lama Arjuna tidak menziarahinya.. Rindu pada ulama' yang juga terdiri daripada umara' ini.. Moga beliau sentiasa sihat wal afiat.. Raya Haji ini Arjuna akan meluangkan masa untuk menziarahi beliau.. InsyaAllah.. Ku merindui mu..

" Tirulah seperti mereka walaupun kamu tidak boleh menjadi seperti mereka.. kerana usaha kamu itu menunjukkan kamu telah beroleh kejayaan.."..- Hikam