Mungkin kadang-kadang kita terlupa yang waktu telah memotong kita..berlari laju sepantas kilat sehingga kita tidak menyedari hadirnya kilauan cahayanya..kita lupa yang diri kita terlupa untuk kita tidak lupa dalam merentasi cabaran kehidupan ini.. kadang-kadang kita lagha dengan keseronokan yang ada di sekeliling kita.. dapat makan sedap sehingga lupa kepada mereka yang sedang kelaparan.. dapat bergaya sehingga tidak menyedari sahabat kita yang terpaksa memakai pakaian yang sama kerana kemiskinan.. dapat ber'bluetooth', ber'infared', berhibur dan kemudian bergelak tawa dengan 'telefon canggih' kita sehingga tidak sedar kita telah menggunakannya untuk benda yang melalaikan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Kadang-kadang.. inilah kita!..
Adakah kita ingin terus lupa?..Ingatan untuk arjuna sendiri sebenarnya di samping untuk sama-sama kita merenungnya...kerana..waktu itu tajam, bak pedang...andai kita tidak memotongnya.. ia akan memotong kita.. kuasailah waktu..!
Bercakap tentang waktu.. Arjuna terbaca dalam keratan akhbar versi maya ini tentang Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang waktu ini telah menyambut ulang tahun penubuhan yang ke 200.. Tahniah arjuna ucapkan..! Tahniah juga kerana PDRM telah diiktiraf sebagai antara polis terbaik di dunia.. satu pencapaian yang boleh dikatakan hebat.. Namun, bagi arjuna sendiri..walaupun dunia memandang PDRM hebat, tetapi PDRM perlu mengkaji dan sentiasa bermuhasabah tentang pencapaian PDRM dalam negara kita sendiri.. Kerana orang luar memandang kita hebat kerana kadang-kadang mereka hanya lihat pada kulit..tidak pada isinya.. seperti kita lihat buah durian..memang kat luarnya nampak elok.. war
na boleh tahan.. tapi boleh confirm ke bagaimana isinya?.. Kalau kuning elok pun.. mungkin juga ia masam.. tidak manis seperti yang diharapkan.. Tidak begitu?..Arjuna timbulkan benda ini kerana arjuna lihat PDRM masih gagal dalam menyelesaikan beberapa masalah besar dalam negara kita..antaranya masalah pelacuran yang semakin berleluasa.. Malah arjuna sifatkan semakin menggila..! Anda boleh lihat sendiri dalam laporan akhbar yang boleh dikatakan setiap hari ada menyiarkan berita tentang pelacuran.. dan yang sedihnya ia melibatkan golongan remaja dan mahasiswa IPTA/S harapan negara..! Belum lagi masalah rasuah di kalangan anggota polis sendiri dan masalah dadah, pil kuda, ectasy dan lain-lain yang sering di dedahkan dalam akhbar - akhbar perdana..





