Wednesday, December 31, 2008

Sakit di Palestin..


Assalamualaikum..

Apa khabar? Anda dah makan?.. Erm.. Alhamdulillah.. Tapi, adakah anda ingat pada saudara kita di Palestin yang bermandikan darah sekarang?.. Kalau ingat, Alhamdulillah.. Andai terlupa.. ingat-ingatkan la.. Kesian mereka. Dah la makanan tidak mencukupi.. hidup mereka pula sentiasa dihujani peluru. Sakit. Anda rasa sakit..? Andai tidak.. Cuba untuk rasa-rasa kan la..

" Sesungguhnya Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)

Orang mukmin itu bersaudara. Orang-orang Palestin adalah saudara kita. Anda faham ke tak.. orang-orang Palestin yang dibedil, dibom, dibunuh, diseksa dan dianiaya itu saudara kita..! Saudara sebagai mukmin bermakna mempunyai jasad yang satu. Bukan kah anda tahu pepatah Melayu, cubit peha kanan.. peha kiri pun terasa juga.. Terasa sakit. Terasa tenang. Terasa bahagia. Nah..! Rakyat Palestin sekarang ini terasa sakit yang amat sangat.. adakah kita terasa sakit yang sama?!.. Tanyalah diri kita..
Andai tidak.. betulkah kita menganggap rakyat Palestin itu bersaudara?.. Dan sejauh mana benarnya kita mengaku yang kita ni mukmin..? Allahumaghfirlana zunubana.. waja'alana minal mukminin..!

............................................................

Israel Terus mengganas, Lancar Serangan Kedua

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.

Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

No comments: