Wednesday, December 24, 2008

PAS, PKR, DAP..DAN BUDU..

Assalamualaikum..
Fuuhh.. dapat juga arjuna mencoretkan sesuatu yang baru dalam taman dakwah ni. Selama ini, bukan tidak mahu..tetapi sentiasa tidak sempat dek kerana kekangan masa yang amat hebat. Dahulu, semasa zaman Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah di Makkah, kita semua tahu akan cabaran dan dugaan yang dihadapi. Begitu juga dengan pengorbanan yang Baginda curahkan. Tidak terbayar oleh wang ringgit. Tidak. Sesekali tidak. Kerana ia tidak ternilai harganya. Orang yang sentiasa membaling batu kepada Baginda, bila orang itu sakit.. Baginda menziarahinya. Erm.. orang yang berilmu akan membalas kejahatan dengan kebaikan. Dan kebaikan itu mesti menggunakan kebijaksanan. Begitu juga dengan kisah seorang pemuda jahil dari kaum Badwi yang 'kencing' dalam masjid Nabawi. Baginda tidak memarahinya.. tetapi meminta seorang sahabat untuk membersihkannya. Baginda melayan seseorang mengikut akal yang boleh diterima oleh seseorang itu. Itulah Rasulullah SAW. I Love U.. Rasulullah.

Inilah di antara method dakwah yang mesti diikuti PAS sebagai sebuah Parti yang ingin mendaulatkan Islam. Seharusnya PAS melayan 'akal' masyarakat dengan kemampuan 'akal' mereka untuk menerima. Bukan AHLI PAS sahaja tetapi MASYARAKAT. Cuba kita intai isu HUDUD sekejap. Kita semua tahu, HUDUD adalah hukum Allah yang tidak boleh berubah walaupun ingin di ubah. Datanglah apa sahaja untuk mengubahnya..tetap tidak boleh kerana HUDUD adalah hukum Allah. Siapa yang berani mengubah hukum Allah..? Kerana itulah, dari dulu lagi PAS telah meneruskan kesinambungan menerapkan kefahaman kepada masyarakat tentang 'Apa Itu Hudud'?. Cuma kesilapan PAS bagi arjuna, mengapa tidak men'faham'kan adik beradik PAS iatu PKR dan DAP dahulu apa itu HUDUD? Herm.. Mungkin itu adalah strategi politik untuk bersatu dalam Pakatan Rakyat, namun apa guna bersatu nama tetapi bercerai badan?.. Dalam hal ini, bagi arjuna PAS perlu mempunyai pendirian yang tegas. HUDUD adalah hukum Allah. Dan itulah yang PAS perjuangkan. Adakah PAS akan terus bersama menjadi adik beradik kepada PKR dan DAP walaupun mereka tetap sesekali tidak menerima HUDUD.. malah ada ahli mereka yang menghina HUDUD!?.. Adik beradik kita mencabar hukum Allah, apa tindakan kita?.. Siapa yang berani mengubah hukum Allah..? Secara peribadi arjuna lebih rela PAS bersendirian andai begini skripnya. Dalam isu 'cabang' kita boleh senada dan seirama namun sesekali tidak pada isu 'akar'..! Lebih-lebih lagi ia akan membuatkan rakyat keliru kepada perjuangan PAS yang sebenarnya bila isu ini ditimbulkan. KELIRU.. mungkin 'TIDAK' kepada ahli tetapi 'YA' kepada masyarakat. Siapa sasaran dakwah kita sebenarnya...?

Apa pun, sebagai penyokong dan insyaAllah salah seorang pendokong siber kepada PAS, arjuna yakin pimpinan sudah mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara ini. InsyAllah, sesuatu mesti dilakukan lebih-lebih lagi Pilihanraya Kecil di P036 sedang panas sekarang ini. Inilah salah satu medan untuk PAS membuktikan kepada masyarakat tentang pendirian dan method dakwah PAS dalam perjuangan. Sasaran kita bukan hanya ahli.. tetapi masyarakat untuk membawa mereka menjadi ahli. Bagaimana seseorang itu akan menikmati BUDU andai dirinya tidak mengenali apa itu BUDU..!?..Herm.. salam syifa'. Jom menangkan P036, Kuala Terengganu..!

No comments: