Assalamualaikum..
Salam AidilAdha 1429 H..!Kullu 'Amm Wa Antum Bi Khair.. Alhamdulillah.. Hari Raya Korban datang lagi.. Hari yang menuntut kita supaya sentiasa ingat untuk berkorban.. berkorban kerana Allah.. demi Allah.. dan untuk Allah..!
Alhamdulillah, sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan untuk Allah di masjid yang arjuna bertugas. Sebetulnya ada 25 ekor, namun kami agih-agihkan lembu-lembu tersebut ke surau-surau yang bernaung di bawah masjid yang arjuna bertugas ni.
--gambar hiasan..
'13 ekor'. Bunyinya macam banyak tapi.. memang banyak pun.. hehe.. arjuna ditugaskan untuk menolong 'pejuang-pejuang' menjatuhkan lembu sebelum dikorbankan. Sebetulnya tugas arjuna adalah sebagai 'm.c'@juru acara majlis memandangkan mulut arjuna ni sentiasa heboh..erm..sure heboh..namun, saat-saat akhir.. arjuna minta untuk ditukarkan bahagian tugas kerana apabila arjuna meneliti senarai tugasan para patugas yang lain, hanya golongan yang berumur atau 'tua' sahaja yang mendominasi bahagian 'menjatuhkan lembu'.. kasihan mereka.. kerja tu nampak senang.. tapi mencabar..! Memerlukan tenaga yang kuat.. Antara 'anak muda' dan 'orang tua'.. siapa yang mempunyai lebihan tenaga?.. Haa.. Di samping itu, boleh juga arjuna kutip pengalaman mereka untuk bekalan di hari 'dewasa' nanti.. hehe.. dewasa?..Tua la tue..
Bercakap tentang pengalaman.. rata-rata diperhatikan di kalangan anak muda sekarang ini semuanya tidak berminat untuk mengutip pengalaman orang tua-tua. Sedangkan itu amat penting untuk 'orang-orang muda' mengetahui jalan menuju tua nanti. Arjuna pernah berbual dengan seorang 'orang asli'. Perbualan yang sekejap itu memberikan impak maksima kepada arjuna.. hehe.. Arjuna bertanyakan pada beliau tentang kemahiran 'menyumpit' yang menjadi kelebihan kepada orang asli. Beliau mengatakan bahawa kemahiran itu akan berkubur tidak lama lagi memandangkan anak-anak muda 'orang asli' sekarang ini sudah terdedah kepada kemodenan dan tidak berminat untuk mengorek pengalaman orang-orang tua di kalangan orang asli. Hah..! ini orang asli.. orang campuran macam kita pun sama. Cuba tanya diri kita, mampukah kita sekarang ini menganyam daun ketupat palas? atau ketupat beras.. as example la.. amboih.. cakap omputeh pulak.. hehe.. yang pasti Arjuna tak mampu. Dan tak pandai. Tapi,nak belajar la nie..
Apa pun, arjuna akan guna sebaik mungkin pengalaman menjatuhkan lembu itu. Sungguh. Cara memasukkan tali ke celah-celah perut lembu kemudian simpul dan turunkan kepada kedua-dua kaki lembu sebelum mengheret sekuat hari supaya lembu itu jatuh, kemudian lilit dan ikat kepala serta mulut lembu..Ahh.. semua itu adalah pengalaman berharga. Arjuna juga dapat belajar cara mengikat yang betul.. bukan senang taw..!
Di samping itu, kita juga dapat lihat kerjasama yang erat antara 'pejuang-pejuang' menjatuhkan lembu itu. Kena ikut arahan ketua untuk tarik dan lain-lain. Memang complete la.. dan lebih membanggakan arjuna bila dapat berkorban tenaga.. hanya kerana Allah, demi Allah.. dan untuk Allah..!
Hah.. apa lagi.. carilah orang-orang tua di sekeliling anda dan korek pengalaman mereka..! salam syifa'..
No comments:
Post a Comment