Tuesday, September 23, 2008

BN yang huru hara..


Assalamualaikum..
Bumi Malaysia mengalami gempa politik yang amat kuat. Huru hara dalam BN semakin terserlah walau PR masih belum dapat menduduki Putrajaya. Janji psiko politik Anwar di gelak tawa oleh pimpinan BN walaupun arjuna percaya dalam hati mereka sedang berserabut, lelah, pening dan pelbagai rasa yang boleh membawa mereka menamatkan riwayat politik lebih awal biarpun masih belum puas merompak harta rakyat. Rakyat makin benci dengan gelagat ‘buat bodoh’ pimpinan BN apabila dulu pernah berjanji akan menurunkan harga minyak jika harga minyak dunia semakin turun.. dan sekarang terbukti ia berlaku tetapi bilakah harga minyak akan turun?.. Ya.. mungkin akan turun tetapi masanya semestinya tidak ‘selaju’ atau ‘sederas’ semasa menaikkannya dulu..!

Kalau diperhatikan, GERAKAN dan MCA sudah mula menunjukkan taring mereka.. GERAKAN secara terang-terangan telah berani memberikan ugutan kepada UMNO untuk keluar daripada BN berkenaan isu perkauman, MCA juga sudah berani menyuarakan rasa tidak selesa dengan penggunaan ISA dan mula menggesa pimpinan BN mengkajinya balik.. Tidak ketinggalan MIC yang secara jelas telah menyatakan bahawa rakyat India amat benci kepada kerajaan kerana penggunaan ISA yang menahan pimpinan HINDRAF dan pelbagai isu lain. BN makin tertekan dengan parti sekutunya iaitu SAPP yang membuat pengumuman keluar dari BN. Begitu juga dengan perbalahan dalam merebut jawatan dalam UMNO sendiri dan terbaru perletakan jawatan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim. Teringat kalam Tok Guru “ Menteri Undang-Undang yang dilantik kerajaan sendiri tidak bersetuju dengan penggunaan ISA, jadi BN nak percayakan siapa lagi?”.. Rakyat telah muak dan boring dengan permainan politik kotor UMNO. Ini semua menunjukkan secara tersiratnya PR telah menang! PR telah berjaya buat BN hura-hara dengan menghantar taufan psiko politik yang hebat.. Tahniah DSAI!.

Namun, bagi rakyat terbanyak yang mahukan perubahan, mereka terus dan masih menanti janji yang dibuat oleh DSAI.. Pimpinan PR kena memikirkan perkara ini. Orang Melayu pantang jika memungkiri janji. Perubahan kerajaan yang dicanangkan oleh DSAI mesti dilakukan dalam masa terdekat. Pimpinan PR juga mesti menyelesaikan pertembungan fikrah dan aqidah yang bakal berlaku antara PAS dan DAP andai PR dapat memerintah Malaysia. Ini juga amat mengelirukan rakyat. Pimpinan PR mesti mempunyai formula yang lengkap dan dapat membuatkan hati rakyat merasa tenang jika berlaku perubahan kerajaan kelak. Tidak mengapa andai bergaduh sekarang asalkan jangan pula bergaduh semasa PR memerintah kelak..! Masa itu rakyat akan menjadi mangsa.. PAS mesti mempunyai pendirian yang jelas dan tetap..bertolak ansur ada hadnya.. jangan sampai menggadaikan aqidah dan meruntuhkan impian dan matlamat kita yang ingin mendaulatkan pemerintahan Negara Islam secara syumul.!..

Moga Allah akan tolong perjuangan Islam yang nyata dalam kebenaran dan meruntuhkan perjuangan thoghut yang nyata dalam kesesatan.. salam syifa’..

No comments: