Sunday, September 23, 2007

Bingkisan Ramadhan..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga arjuna menyiram pepohon ilmu di dalam taman dakwah ini. Sememangnya Ramadhan kali ini boleh dikatakan sibuk. Siangnya menolong kakak berniaga lauk pauk sempena Ramadhan seperti ayam masak merah, dalca, gulai kawah, sambal jantung pisang (oghe kelate sebut 'teresek') dan macam-macam lagi la yang kalau arjuna senaraikan di sini pasti anda akan terasa lapar. Sambutannya?..Boleh lah tahan. Tapi,anda jangan ingat Arjuna menolong beliau memasak pula.. Arjuna hanya menolong menjaga anak-anak saudara di rumah. Anak-anak saudara yang nakal tetapi..erm.. cute!. Tolong la jugak tu kan?.. Manakala pada malamnya, arjuna menjadi imam terawih di salah sebuah balai polis kat sini. Letih.. tp seronok.! Selain itu, arjuna juga sempat mencuri masa untuk membuat lesen kereta. Biasalah.. kan dah jadi imam di balai polis.. hehe..

Setiap kali Ramadhan, boleh dikatakan semua stesen televisyen di negara kita akan menyiarkan program keagamaan. Banyak.. Dari program bingkisan, dokumentari, drama dan pelbagai lagi.. Namun, yang menyedihkan.. kebanyakan program-program tersebut disiarkan pada waktu mesyarakat kebanyakannya tidur. Bayangkan,antara pukul 1-6 pagi..selain masyarakat sedang tidur dan selepas itu bersahur serta mungkin ada yang berqiamullail tentu hanya segelintir kecil sahaja yang menonton televisyen. Kanak-kanak sudah tentu tidak akan menonton televisyen pada masa tersebut. Sedangkan merekalah sasaran didikan untuk dibentuk menjadi pewaris bangsa yang berkualiti. Berlainan pula pada waktu siang, selain daripada cerita-cerita kartun yang dijamu kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak, drama-drama termasuk drama Melayu juga tidak kurang hebatnya. Drama yang mempamerkan wanita mendedahkan aurat, filem-filem Hindustan yang amat melampau dengan tarian gilanya, iklan-iklan yang terang-terangan menghina keizzahan wanita yang mulia di sisi Islam dan banyak lagi rancangan-rancangan 'tidak betul' atau pun 'gila' yang dianjurkan dan seolah-olah digalakkan oleh kerajaan Islam Hadhari di bulan Ramadhan ini. Terbaru.. dalam bulan yang mulia dan penuh berkat ini mereka masih lagi seronok menempah laknat Allah dengan menganjurkan program khusus Joget Lambak bersama artis. Walaupun terdapat kadang-kadang diselitkan program 'mambaca@melagukan' Al-Quran oleh beberapa orang artis dalam sekitar 10-15 minit,namun adakah ia akan memberi kesan yang dominan setelah mereka menonton rancangan-rancangan 'gila' lain selama berjam-jam..? Seolah-olah menyindir Al - Quran pula! Ma'ruf pun buat.. Munkar pun buat.. Boleh ke macam tu?

Selain itu, negara juga dihebohkan dengan berita penculikan dan pembunuhan arwah adik Nurin Jazlin yang dibunuh kejam oleh seorang hamba Allah. Walau sejahat mana pun 'dia', 'dia' tetap hamba Allah.. setiap hamba Allah mempunyai peluang untuk bertaubat dan beroleh hidayah dariNYA.. mungkin selepas ini kita boleh berhenti dari mengutuk dan mengeji tetapi berusaha untuk mendoakan 'dia' supaya beroleh taufiq dan hidayah dari Ilahi. Kita boleh kata apa sahaja kerana kita masih boleh belum diuji seperti yang 'dia' alami. Benci tetap benci, namun itu tidak akan dapat memutuskan silaturrahim antara 'dia' dengan kita. Ingat.. Kita bersaudara! Kita tengok bagaimana 'kecepatan' dan 'kehebatan' PDRM menyelesaikan kes ini. Apa yang pasti, 'kekecohan' kes ini khususnya dalam akhbar dan berita televisyen secara tidak langsung telah menyiram api kepanasan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu..Kes yang dikatakan berprofil tinggi dan mempunyai kaitan dengan pemimpin besar negara. Rakyat terutamanya 'orang kampung' lebih kesiankan arwah adik Nurin Jazlin dari mengingati dan mempersoalkan siapa dalang di sebalik pembunuhan Altantuya Shatibuu.. Timbul persoalan, apakah benda ini dirancang?.. Ditambah lagi dekat pilihanraya ini.. Erm.. Anda difikirkan sendiri.. ok.. Moga Allah temukan kita dengan malam Al Qadr.. Malam yang berkat.. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Padanya mungkin terdapat syifa' yang kita cari.. maghi pakat-pakat cari deh..! salam Syifa'....

8 comments:

tintaHati said...

Salam dik arjuna,

Oh oh sudah mula belajar menjaga budak...perkembangan yg positif ;D

Hurmm bulan puasa ni memang banyak pula program keagamaan...tapi rasanya takat bulan puasa jer la. Abih puasa nanti semuanya bertukar rupa.. Tapi sayang kok waktu siarannya kurang tepat.

Sekarang ni dekat kampus sedang kecoh dgn PRK yang akan menjelang tdk lama lagi...Ntah apa2 buat waktu2 puasa gini sudah tu banyak perkara tak lojik! Permainan kotor dsb. Tgk sajalah nanti..

Apa pun selamat berpuasa dan beribadah!

ehem: Kakak jual lauk pauk di mana? Boleh singgah minta free...hehe ;P

zalisa maz said...

Pendapat yang lembut :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bila boleh cermin buka posa kat kelantan sana?.....takde jemputan pun.

sh_alkhair said...

salam ramadhan Arjuna...3asallahu an yaqbala semua amal ibadah kita lebih2 lagi fi haza assyahr mubarak.amiiin!

Ismi : Arjuna said...

salam...

kak tinta :kak nak lauk pauk free yerk... boleh.. kena pi umah saya.. tolong akak masak..hehe..

zaliza maz : salam ukhwah.. terima kasih kerana sudi bertamu..

cermin diri : wokeh.. cermin diri, dengan segala hormatnya dijemput ke umah saya utk berbuka puasa sekrg..hehe!

sh_alkhair : salam ukhwah.. amieen...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

salam aidilfitri buat anda dari cermin yang diperantauan. salam ampun juga maaf atas ketaksiran yang ditonjolkan diri.

bang_gugar said...

salam,

selamat hari raya arjuna
maaf zahir dan batin

hehehe
(",)

Achik_Sufi said...

salam,
selamat hari raya...camne beraya di malaysia..?makan kuih tue ingat2la orang kat c nie...

p/s: kim salam kat keluarga..