Tuesday, July 10, 2007

Terang Lagi Tersuluh..

Assalamualaikum..

'Malaysia does not forbid Muslims from converting, PM says'

Malaysia tidak menghalang seseorang keluar daripada Islam..-PM- -Seminar Islam Antarabangsa,Putrajaya.

Orang-orang yang telah murtad bertepuk tangan.. Orang-orang yang akan murtad lega kerana sudah tiada halangan.. Orang-orang yang ingin mendekati Islam dihujani kekeliruan... Apa yang perlu difikirkan lagi?..Hanya kerana dia cucu ulama'? Hanya kerana dia 'kononnya' mahu mendaulatkan Islam di mata dunia..?

Teman.. sudah terang lagi tersuluh.. Kalamnya adalah bukti yang dia tidak tahu apa yang sebenarnya ingin dia perjuangkan.. Islam atau Kuasa..? Menggunakan kuasa untuk mendaulatkan Islam atau menjatuhkan Islam dengan menggunakan kuasa..?..

Dia telah menghina kedaulatan agama kita... Dia telah membuatkan agama kita sudah tidak berharga.. wajarkah dia terus dipilih untuk menjadi ketua..? Ketua untuk memimpin negara?.. Pejamkan mata.. fikirkan.. Buatlah sesuatu untuk menyedarkan masyarakat sekeliling kita..! Itu tugas kita.. !

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dari kalangan Manusia.. Serulah kepada kebaikan dan cegahlah segala kemungkaran.."

-salam syifa'..-

6 comments:

tintaHati said...

Yok beramai2 membuat perubahan dlm PR akan datang!

Hanya org yg sakit jiwa saja akan terus menyokong mereka2 yg sudah terang lg bersuluh menghina kedaulatan islam!

banggugar said...

salam,

bukan sekadar ketua sebuah negara.. bahkan negara itu adalah sebuah negara ISLAM..

mungkin itu ISLAM HADHARI yg dibawanya sebagai satu kebanggaan negara..

Astaghfirullah!..

(".)

Mardihah said...

salam,

nanti jangan lupa PR ..pangkah yang bulat tuh...he he he bagi hijau sokmo deh.....

salam perpaduan...

jazakallah

faridmw said...

salam...


Dalam al quran pon telah menyatakan bahawa islam itu telah sempurna jadi kenapa lah kita perlu menukarkan islam itu kepada yang lebih moden sedangkan islam sebelum ini pon banyak lagi yang belum kita patuhi dan taati...


Adakah dgn ISLAM HADHARI boleh membawa kita mendekatkan diri kepada ALLAH SMT...

Sunan_Jati said...

takbir...



heheheh!@

Firdaus Bin Abd Rahman said...

Kita gusar bila pak lah nampak makin karut. Kita risau agama kita makin dipinggir.....Islam Hadhari sebagai ganti. Saya jelek dengan itu.

Saya jadi keliru. Saya jadi bingung dan kelu. MasyaAllah, janganlah engkau kalahkan kami dengan kejahilan dan kebodohan kami sendiri.