Sunday, July 22, 2007

UMNO VS MCA = BARISAN NASIONAL..!

Assalamualaikum..

Barisan Nasional.. Arjuna tidak dapat menahan gelak apabila menyaksikan debat ‘olok-olok’ terkini yang berlaku antara MCA dan UMNO. MCA diwakili oleh sifu Ong Ka Chuan, katanya sebagai Setiausaha Agung MCA dan UMNO diwakili oleh panglima Najib dengan dibantu oleh pendekar Hishamuddin - Orang-orang kuat UMNO yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Apa yang diperdebatkan?.. Erm.. Malaysia adalah sebuah Negara Islam atau Sekular..?! Mengapa arjuna katakan ia satu debat ‘olok-olok’?.. Kan mereka satu Barisan. Satu ketua. Satu aliran pemikiran. Walaupun berlainan agama. Bila ketua mereka gertak, semua diam membisu ibarat sang tikus terdengar ngauman sang singa. Itulah Barisan Nasional. Semua sanggup dilakukan demi takhta..!

Memang.. dekat-dekat pilihanraya ini macam-macam isu yang ditimbulkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Sifu Ong Ka Chuan menyerang kenyataan panglima Najib bahawa Malaysia bukan sebuah Negara Islam kerana bukti yang sudah jelas termaktub di dalam pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988 malah status sekular Malaysia juga terbukti berdasarkan persetujuan dan kontrak sosial oleh pemimpin terdahulu seperti termaktub dalam pelbagai dokumen yang digunakan dalam proses merangka Perlembagaan Persekutuan. Sudah jelas bahawa serangan ini amat merbahaya. Ia merupakan satu ancaman besar kepada negara. Cina dan India semakin besar kepala sedang Melayu masih diulit lena, dibuai mimpi dan tidak menyedari bahawa agama Islam dihina..!

Apa pun, serangan yang dilakukan oleh sifu Ong Ka Chuan itu dibalas oleh pendekar Hishamuddin dengan jurus ‘amaran’ agar jangan ditimbulkan lagi isu ini kerana sudah jelas Malaysia adalah sebuah negara Islam sebagaimana yang telah diumumkan di parlimen. Kononnya ingin mendabik dada kepada rakyat bahawa UMNO adalah pembela agama. Nak termuntah! Wahai panglima Najib dan pendekar Hishamuddin.. usah berlakon lagi. UMNO yang sebenarnya membuatkan rakyat lupa pada agama dan sekarang UMNO ingin mendabik dada UMNO yang membela agama..? Mempertahankan Malaysia sebuah negara Islam..? Sedangkan UMNO lah yang sanggup menghancurkan masa depan agama semata-mata ingin mempertahankan takhta..! Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pernah berkata ;


“Amerika Syarikat sendiri memperakui kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak pernah mempertikaikan hak amalan kepercayaan untuk penganut bukan Islam di negara ini..” B.Harian.-21/07/07




Ya.. jika difikirkan dengan teliti, andai Amerika Syarikat mengakui Malaysia sebuah negara Islam, mengapa MCA tidak boleh mengakuinya?..Bukankah kedua-duanya anti dengan negara Islam yang sebenar. Cuba kita singkap kembali bagaimana rakusnya Amerika Syarikat dan Yahudi menceroboh negara Afghanistan ketika diperintah oleh Taliban suatu ketika dahulu yang dikatakan mengamalkan perlaksanan Islam secara total. Kalau Malaysia betul-betul negara Islam.. dah lama kita menjadi ‘makanan Amerika’.. Bukan begitu?. Inilah yang arjuna katakan sebagai debat ‘olok-olok’! UMNO ‘bermain mata’ dengan MCA..!

Sememangnya Amerika Syarikat boleh mengiktiraf Malaysia sebuah negara Islam kerana ia hanya nama, hanya gelaran.. Dari segi perlaksanaanya..? SIFAR..! Kalau UMNO katakan mereka membina masjid..? Di UK pun ada masjid.. Kalau UMNO katakan mereka banyak tolong orang susah?.. Bill Gates pun berbilion-bilion USD bantu orang susah. Apa yang menimbulkan persoalan di benak, bagaimana UMNO mendidik rakyat untuk menghayati Islam andai benar-benar mereka ingin membela agama?.. Adakah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak menghalang rakyatnya murtad?.. Dengan menjamu remaja-remaja dengan hiburan sehingga mendorong kepada penzinaan?.. Dengan menyokong Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?..Dengan pencabulan demokrasi yang berlaku dalam pilihanraya?.. Inikah yang dikatakan ingin membela agama?..! Bukankah ini yang Amerika Syarikat mahu sebenarnya..?

Apa gunanya panglima Najib, pendekar Hishamuddin dan konco-konconya menghentam MCA.. andai pada hakikatnya mereka lah yang menjadi dalang untuk mencabul kesucian Islam..? Malu la sikit. Lakonan yang tidak real.!. Moga Allah taala meyinari mereka dengan cahaya hidayah dan meletakkan kita dalam golongan yang istiqamah dalam menegakkan agama! Amiin..

50. Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNYA. Kamu hanyalah orang-orang Yang mengada-adakan perkara-perkara Yang dusta (terhadap Allah). –Surah Hud ayat 50.


Banyak juga arjuna meletakkan ‘tanda tanya’ dalam tulisan ini. Ya.. untuk anda menjawabnya.. -salam syifa’..

4 comments:

syeikhryz said...

salam...Malaysia negara Islam kata berita hairan?...ana kira diorang xtau pape psl pemikiran politik islam dan tauhid sendiri!....pulak tu USA yg iktiraf?....hahahahhahaha.....alahai malaysia ku!.....makin rosak dibuat dek puak2 sekular BN!.

bang_gugar said...

salam arjuna,

kesedaran dari orang2 seperti inilah konon2nya membawa kembali sinar islam diseantero dunia.. tapi sebenarnya merekalah yg lebih teruk dari orang yg menghantam islam..

takbir!..

(".)

Sunan_Jati said...

heheh mcm 2x yer!

tintaHati said...

Boleh ker sebagai rakyat Malaysia kita berbangga dengan status negara islam??

Layakkah Malaysia digelar Negara Islam??

Entry ini bagus membuka pemikiran dan minda. Lebih bagus kalo dapat dihantar ke akhbar spt Utusan, berita harian, metro dll. Tapi sah2 tak kan tersiar kan?

Ayuh kalian balik lekas! Kita ada kerja di sini utk merombak sistem pemerintahan!