"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," - KJ ( Orang besar parti sekular di Malaysia ) semasa mengulas tentang penangkapan seorang blogger baru-baru ini.
Bagus sungguh bahasa ‘manusia jadian’ yang dikatakan bakal pemimpin negara ini. Sedap dan seronok didengar. Namun, persoalannya siapakah monyet yang sebenarnya..? ‘Manusia jadian’ ini yang bertukar rupa menjadi monyet atau siapa?..Mungkin entri arjuna kali ini agak kasar namun bukankah takabbur kepada orang yang takabbur itu sedekah?..Beroleh pahala..? Inilah realiti dunia sekarang, mereka yang ingin mengatakan kebenaran dianggap sebagai haiwan dan mereka yang menyokong kemungkaran dan kejahatan dianggap sebagai ‘manusia’ yang budiman. Hakikatnya, itulah ‘manusia jadian’..! Kadang-kadang ‘manusia jadian’ itu bertukar rupa.. bukan setakat haiwan.. tetapi, syaitan..!
Ya, syaitan.. Mengapa tidak..? Kalau diperhatikan keadaan Malaysia sekarang yang bergolak dengan isu-isu kebobrokan akhlak dan moral para remaja kerana dijamu dengan hiburan yang melampau ditambah dengan kebanjiran website-website lucah dan lain-lain, bukankah sepatutnya inilah yang dijadikan isu utama untuk diperdebatkan?.. Bukankah sepatutnya isu ini lebih didahulukan bagi kerajaan Islam Had hari kerana ia melibatkan generasi pewaris bangsa dan negara.. serta agama?.. Di mana suara menteri-menteri untuk menyelesaikan masalah ini?.. Pernah ke anda mendengar atau membaca kenyataan KJ and the geng yang menjenamakan ‘monyet-monyet’ atau haiwan-haiwan lain kepada pemilik-pemilik blog dan website lucah yang merosakkan minda rakyat..? Di mana suara ‘manusia-manusia jadian ini’..? Tidak lupa, di mana suara ulama’-ulama’ kerajaan yang wajib menegur dan mengajar berkenaan perkara awlawiyat yang mesti didahulukan pimpinan kerajaan dalam memerintah?.. Di mana?..
Bagi arjuna, isu ini adalah satu dalil yang membuktikan ‘manusia jadian’ itu dalam ketakutan dan kerisauan dengan kejayaan bloggers dalam mendedahkan kejahatan dan ke ‘tolol’an para pemimpin negara yang gilakan kuasa. Ramai yang mengatakan bloggers sekarang ini semakin tertekan kerana ditekan oleh kerajaan, namun bagi arjuna sebaliknya kerana memandangkan beberapa kenyataan daripada pimpinan negara yang lebih menjurus kepada emosional bukan rasional dan menggambarkan seolah-olah dakwah bloggers ini satu ancaman yang amat bahaya bagi mereka. Yalah, orang yang dah buat salah.. bila didedahkan kesalahan tersebut tentu bukan setakat macam cacing kepanasan tetapi macam monyet yang kelaparan.. berkeliaran ke sana ke mari mencari pisang!. Justeru, siapa yang dikatakan ‘monyet’ sebenarnya?..
Apapun, TAHNIAH diucapkan kepada bloggers..! Teruskan perjuangan kalian!. Asahlah mata pena kalian supaya lebih tajam. Usah berpaling ke belakang!. Ingatlah, keperitan yang kalian alami sekarang ini teramat ringan jika ingin dibandingkan dengan keperitan yang dialami oleh Baginda Rasulullah S.A.W dalam menegakkan kebenaran dahulu.
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. – Surah As Soff , ayat 14.
Salam syifa’..
3 comments:
Ada juga terbaca hal ini dalam akhbar semalam. Seolah-olah sengaja untuk menakutkan para bloggers.
Tapi kan, kalau benar sesebuah negara itu mengamal sistem demokrasi maka di manakah hak kebebasan bersuara kan?
Tahniah buat adik arjuna kerana terus lantang bersuara!
salam...
apakah hak kerajaan dalam menghalang rakyatnya untuk bersuara....
jikalau kita tiada hak untuk bersuara mcm mna suatu negar hendak maju...
sedangkan nabi muhammad saw sebelom berperang dia adakan perbincangan...
bagusnya anta...
assalamualaikum...
heheheh ada minta email yer...
nih blog sy yer...
sunan.jati@gmail.com
salam kenai...
heheheh
:P
Post a Comment