Wednesday, April 11, 2007

Syaitan Menangis..

Assalamualaikum..

Mana-mana pemuda yang telah berkahwin, maka menjeritlah syaitan seraya berkata :
"Aduhai celaka lah diriku,
orang muda ini telah selamat dari tipu dayaku".
-Sabda Rasulullah SAW-

"Sheikh, anta bila lagi..?" Dalam dua tiga hari ini, soalan keramat itulah yang menjadi senjata untuk menyerang arjuna bila umum (pelajar Malaysia di sini) mengetahui Ustaz Zulhimi Abd Rahman dan pasangannya akan melangsungkan perkahwinan. Lebih-lebih lagi teman serumah. Kadang-kadang pedih juga rasanya, namun apa yang boleh arjuna katakan selain menganggap itu satu doa. Kan jodoh ni kerja Allah..?

Ramai yang menganggap perkahwinan itu satu keseronokan dan lazimnya pasangan yang bakal berkahwin akan menerima pelbagai usikan. Memang ia satu kebahagiaan. Namun, disebalik kebahagiaan itu terselit satu amanah yang mesti dilangsaikan.. Amanah dalam mencari redha Tuhan..! Oleh sebab itu, pelayaran bahtera perkawinan amat mencabar kerana ia memerlukan kekuatan terutamanya kekuatan iman!.. Ingat senang ke mahu melahirkan pejuang dan srikandi agama..?

Apepun, dikesempatan yang terbatas ini, arjuna ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga bahtera amanah yang dinaiki akan selamat sampai kepada tujuan yang dicari.. ~ mencari redhaNYA yang hakiki ~..

~ salam syifa' Ilahi ~ -arjunasakura-





6 comments:

banggugar said...

salam,
amin.. smga depa bahagia hngga keakhir hayat.. pi kenduri tak arjuna?..
(",)

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

yupp, kerja tuhan siapa tahu?

p(^_^)q

fatimah_mastura said...

salam `alaik akhi al-kareem.

ustaz pernah berpesan kepada kami,
jikalau ingin mencari pasangan,
cari la yang sempurna
dan rajin mengerjakan ibadah solat.
maka insya`ALLAH, baik la amalannya yang lain... (^^,)

alhamduliLlah,
untuk kedua mempelai,
baarokALLAHulak wa baaroka `alaiika
wa jama`a baiinakumaa fii khoiirr.


amin ya RABB.
ALLAHu a`lam bisawab.

Anonymous said...

KIRIM SALAM BUAT ZULHIMI ATTAKIRI..KATAKAN PADANYA, HIDUP INI BUKAN SEINDAH YANG DISANGKA..PERKAHWINAN BUKAN TARUHAN SEMATA-MATA..MUNGKIN ADA INSAN TERLUKA KRN TINDAKAN KITA..

Anonymous said...

ARJUNA: SAMPAIKAN SALAM TAHNIAH BUAT ZULHIMI ATTAKIRI..KATAKAN PADANYA PERKAHWINAN ITU MMG INDAH, NAMUN JGN DILUPAKAN KPD INSAN YG TERLUKA KRN PERKAHWINAN INI..

SEMOGA BERBAHAGIA:)

Anonymous said...

salam.
bang gugar : arjuna pi kenduri tadi, siap jadi dj lagi..

puteh seroja : mmg kerja tuhan hanya Dia yang tahu..

ukhti27 : Ameen..

anonymous : Biasalah.. jodoh kerja Allah.. mungkin ada yang terluka, namun mungkin yang terluka itu akan mendapat lebih baik selepas ini daripada orang yang sedang bergembira sekarang ini.. berserah pada Allah.