Thursday, May 29, 2008

Ezam..ooo..Ezam.

Assalamualaikum wth..


Buletin Utama yang ditonton oleh arjuna semalam membuatkan hati arjuna bergelegak.. mana tidaknya.. dalam beberapa hari ini sememangnya arjuna sudah mendengar ura-ura dan khabar angin yang mengatakan Ezam Mohd Noor akan masuk UMNO.. pada waktu itu arjuna suka mengambil langkah berdiam diri kerana hati arjuna waktu itu berdetik..
" tidak mungkin Ezam masuk UMNO memandangkan semangat perjuangannya yang amat hebat.." ditambah lagi berita itu masih lagi belum sahih.. namun,Buletin Utama malam tadi membuktikan detikan hati arjuna itu silap!.. Ezam telah menjilat ludahnya sendiri.. dan sanggup menjadi pencacai dalam UMNO yang sedang nazak!..Nauzubillah..

Tidak dinafikan dahulu arjuna amat meminati ceramah Ezam.. cara dia persis DSAI.. sebiji..pidato yang mantop.. ditambah lagi semangat perjuangannya yang tabah terutamanya setelah keluar dari sel zalim ISA.. dia semakin bersemangat.. namun, semua itu tidak berguna lagi sekarang ini.. pada zahirnya dia sudah tewas dalam perjuangannya..! Ezam.. oo.. Ezam.. moga Allah memberikan hidayah kepadamu..

Ini antara janji-janji Ezam dulu yang menjadi bukti Ezam menjilat ludahnya sendiri..
Para pejuang kebenaran.. hayati..kaji..teliti.. kisah Ezam ini.. mungkin boleh memberikan iktibar yang besar kepada kita..insyaAllah..
-salam syifa'..

PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR
http://youtube.com/watch?v=5Mro8oye5CA

Ezam bercerita tentang perpaduan Melayu, Anwar (2001)
http://youtube.com/watch?v=iW4woWz3R7A&feature=related

LAWAN DAN LAWAN (Lunas 2000) Bersumpah dgn ayat-ayat Al-Quran.
http://youtube.com/watch?v=uPNbtqS7jlc&feature=related

Ezam Mohd Noor on Democracy
http://youtube.com/watch?v=9AXR5bUNElg&feature=related

PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR 3
http://youtube.com/watch?v=gIQPkuu5nWU

Ezam Mohd Noor - Tak Mungkin Masuk UMNO
http://youtube.com/watch?v=hRNhswgptgY

Wednesday, May 28, 2008

" AKU TERIMA NIKAHNYA.."

Assalamualaikum..


Arjuna baru selesai membaca,menginsafi dan mengkaji buku ini.. Buku ini merupakan salah satu daripada hidayah yang amat bermakna dalam hidup arjuna.. ya.. hidayah..
" Cinta itu satu naluri.. Kedewasaan mengendalikan cinta.. itu jati diri..." Kesimpulannya, kepada sahabat semua... belilah buku ini.. nyata dan pasti.. anda sesekali tidak akan menyesal..! Sungguh..!

Tuesday, May 20, 2008

UMNO bagai diserang GARUDA..

Assalamualaikum wth..

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr. Mahathir berkata, keputusan keluar parti itu dibuat kerana beliau berpendapat UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO sebenar.

Beliau mendakwa, UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”

“Saya boleh beri senarai perkara yang dibuat olehnya (Abdullah) yang merugikan negara".- utusan malaysia online (20 Mei 08).
_______________________________________/strong>


Haa.. dalam kesibukan yang amat sangat, arjuna luangkan sedikit masa ke cyber cafe setelah melihat warta berita yang memaparkan berita Tun Dr Mahathir keluar UMNO.. kata-katanya " UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO sebenar " amat menarik untuk diteliti dan direnungi oleh pejuang-pejuang UMNO seluruh negara.. Betulkah demikian..? tanya diri sendiri wahai ahli UMNO..!



Andai diikutkan, Tun Dr Mahathir memupunyai hak yang dominan untuk menegur kesilapan UMNO yang dilakukan oleh pimpinan UMNO sekarang ini.. ye lah.. beliau yang membina kekuatan UMNO daripada penubuhan UMNO baru sehingga perletakan jawatan beliau sebagai PM.. pada masa itu,masyarakat masih lagi memandang UMNO mempunyai kekuatan walaupun kekuatan itu dipamerkan dalam keadaan retorik dan strategi yang amat busuk.. sekarang,..tidak sampai pun 5 tahun UMNO diserahkan kepada pimpinan baru.. UMNO telah menjadi huru hara..bagai bumi yang diserang garuda.. pelbagai masalah timbul hasil balasan kejahatan dan kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan baru.. yang pada hakikatnya.. balasan ini adalah hasil kesilapan dan kejahatan UMNO di zaman Tun Dr Mahathir lagi..! ya.. teringat arjuna kalam mantan presiden PAS(Ust Fadzil Noor).. " Mahathir akan dapat melihat sendiri kerosakan dan kemusnahan pada bangsa, negara dan agama hasil daripada agenda-agenda mengetepikan Al-Quran yang beliau sendiri lakukan.., ALLAH tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa..!".. sekarang ini, sedikit demi sedikit kebenaran kian terserlah.. kita tunggu dan lihat noo..

Dan seharusnya,Pakatan Rakyat tidak terlalu gembira dengan berita ini.. kita kena sentiasa berhati-hati.. kebenaran juga ada ujian.. jangan terlalu gembira.. jadikan kelemahan pihak musuh adalah satu peringatan bagi kita.. tetapkan hati.. istiqamah dalam perjuangan.. pikat hati rakyat.. 'didik' mereka.. bukan meng'arah' mereka.. jadikan rakyat sebagai 'kekasih hati' bukan 'makwe' untuk digunakan semasa pilihanraya saja.. bila dah menang..cari 'makwe' lain pulak.. perjuangan kita PASTI DIUJI..moga kita tabah dan sabar menghadapinya.. salam syifa'..!

Wednesday, April 23, 2008

Bekal Akhirat..

Assalamualaikum wth...
Wahai kaum muslimin dan muslimat, anak-anak muda, para remaja dan retua, para janda dan duda, mahasiswa dan mahasiswi, teruna dan dara, mereka yang 'syok' bercinta, membelai rasa dan rindu, memahat kasih cinta setinggi gunung...dan mereka yang sewaktu dengannya.. ingatlah...!


ingat tau..

Bekas Menteri DiDakwa Mencabul..



Assalamualaikum..

Menteri U--O mencabul : perkara biasa
Menteri U--O minum arak : perkara biasa
Menteri U--O mencarut : perkara biasa
Menteri U--0 bergelek : perkara biasa
Tutup kes : perkara biasa..

kerana inilah praktikal kepada teori-teori asas Islam Had hari mereka..
siasat betul-betul wahai PDRM sebelum kamu disiat-siat oleh Allah..!..

Saturday, April 12, 2008

Peringatan..!

Assalamualaikum..
uihh.. lamanya arjuna menyepi.. kesibukan diri menjadikan minda ini terpaksa dipecahkan kepada beberapa folder.. dan semestinya apa yang perlu didahulukan, wajib diberi keutamaan.. apapun, api juang tidak pernah padam..!

Arjuna tidak mahu menggunakan bahasa kiasan.. mahupun lenggok bahasa bungaan persis 'mat jiwang'.. tetapi nak kongsi satu peringatan dengan anda sekalian.. erm.. peringatan.. buat diri arjuna sendiri terutamanya..

Kematian itu pasti.. dua hari lepas, dua orang kampung arjuna telah meninggal dunia.. akibat sakit tua.. kematian mereka pada hari yang sama namun waktu berlainan.. moga Allah memberkati kedua-dua mereka..



Mereka mempunyai anak-anak yang ramai.. harta yang banyak.. saudara mara yang ramai.. tetapi semasa arjuna hadir menziarahi jenazah salah seorang daripada mereka, terbit kekecewaan yang amat sangat dalam diri arjuna.. kenapa?.. tidak ada seorang pun daripada anak-anak yang ramai itu berada di tepi jenazah untuk membaca al quran atau surah yaasin.. Di mana anak-anak lelaki Allahyarham berada? Di bawah pokok, ditepi rumah sambil berbual-bual dan menghembuskan asap rokok..!



Semasa jenazah ingin disolatkan, datang beberapa orang anak perempuan Allahyarham membentangkan sejadah.. erm.. mereka ingat solat jenazah ada ruku' dan sujud seperti solat biasa..! Bila memikirkan benda ini, sakit hati dan kemudian hadir rasa kasihan kepada mereka.. namun, itulah realitinya.. serasa berat tanggungjawab yang terpikul dibahu ini..

Sekarang, tanya diri kita.. bagaimana hidup kita.. ibadat kita.. adakah kita berlaku adil kepada diri kita.. ibu bapa kita.. andai kita seorang ayah, fikirkan bagaimana method untuk mendidik anak-anak kita.. dan andai kita seorang anak.. erm..fikirkan sendiri..! Mampukah kita menjadi imam semasa solat jenazah ibu bapa kita nanti..? Didiklah anak-anak kita supaya mampu menjadi imam kepada jenazah kita nanti..! salam syifa'..

Wednesday, March 19, 2008

Perginya seorang ulama'..takziah...

Assalamualaikum...
Teringat arjuna akan pesanan salah seorang anak murid kesayangan Tuan Guru Haji Lah, Pondok Lubuk Tapah..kami memanggilnya 'baba Zam' yang sekarang ini beliau berada di Mekah, menuntut ilmu talaqi di sana.. erm.. beliau selalu pesan dengan arjuna semasa sebumbung di Syria dulu.. "Zar, tok guru haji Lah pesan sokmo ko kita (saya) supaya jangan tinggal baca surah Al Waqiah tiap-tiap malam kalau ngaji(belajar) di luar negara untuk menuntut ilmu..Zar kena amal tuh kalau tak dok duit gak.."..Pesanan ini selalu arjuna dengari semasa arjuna mengaji kitab kuning -kitab fiqh- dengan beliau.. bukan.. bukan setakat arjuna dengari, tapi arjuna amalkan.. Alhamdulillah.. syukur padaNya, rezeki arjuna sentiasa ada..tidak putus-putus sehingga sekarang.. Allah itu Maha Pemurah..!

Namun, 10 minit sebelum tadi..sebelum menaip post terbaru di ruangan 'create posts' dalam laman blogger.com ini, arjuna didatangi khabar dari seorang sahabat yang mengatakan Tuan Guru Haji Lah, MENINGGAL DUNIA.. khabarnya semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah mengetuai bacaan Yaasin untuk arwah yang ketika itu masih gering.. dan pagi tadi, bumi Pasir Mas dihujani air mata kesedihan dengan pemergiannya Allahyarham yang amat berjasa dalam menabur mutiara ilmu kepada masyarakat..Al Fatihah..!

(Allahyarham Tuan Guru Haji Lah,Pondok Lubuk Tapah semasa hayatnya, seorang yang wara' dan dihormati oleh masyarakat..)

Siapa yang tidak mengenali Tuan Guru Haji Lah..? Seluruh pelosok rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya mengenali Allahyarham.. boleh dikatakan setiap hari ada sahaja orang mengunjungi Allahyarham untuk meminta 'air tawar',solat hajat dan sebagainya..keramat doa Allahyarham di akui oleh sesiapa sahaja yang pernah meminta khidmat Allahyarham.. khidmat yang tidak pernah diwarwakan oleh media..tidak pernah dikenakan sebarang bayaran..tetapi, khidmat hanya kerana Allah, untuk Allah dan kepada Allah.. semoga segala khidmat itu akan menjadi saham kepada Allahyarham kelak di dunia abadi.. erm..selepas ini tidak akan kedengaran lagi doa Allahyarham di majlis@program solat hajat di stadium Sultan Mohamed Ke 4 lagi.. Al Fatihah..!

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Lah

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3 00 petang, hari jumaat, 11 febuari 1933 di pondok Lubuk Tapah Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

( Pondok Lubuk Tapah )

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu.

Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan, Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat. Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.