Assalamualaikum..
uihh.. lamanya arjuna menyepi.. kesibukan diri menjadikan minda ini terpaksa dipecahkan kepada beberapa folder.. dan semestinya apa yang perlu didahulukan, wajib diberi keutamaan.. apapun, api juang tidak pernah padam..!
Arjuna tidak mahu menggunakan bahasa kiasan.. mahupun lenggok bahasa bungaan persis 'mat jiwang'.. tetapi nak kongsi satu peringatan dengan anda sekalian.. erm.. peringatan.. buat diri arjuna sendiri terutamanya..
Kematian itu pasti.. dua hari lepas, dua orang kampung arjuna telah meninggal dunia.. akibat sakit tua.. kematian mereka pada hari yang sama namun waktu berlainan.. moga Allah memberkati kedua-dua mereka..
Mereka mempunyai anak-anak yang ramai.. harta yang banyak.. saudara mara yang ramai.. tetapi semasa arjuna hadir menziarahi jenazah salah seorang daripada mereka, terbit kekecewaan yang amat sangat dalam diri arjuna.. kenapa?.. tidak ada seorang pun daripada anak-anak yang ramai itu berada di tepi jenazah untuk membaca al quran atau surah yaasin.. Di mana anak-anak lelaki Allahyarham berada? Di bawah pokok, ditepi rumah sambil berbual-bual dan menghembuskan asap rokok..!
Semasa jenazah ingin disolatkan, datang beberapa orang anak perempuan Allahyarham membentangkan sejadah.. erm.. mereka ingat solat jenazah ada ruku' dan sujud seperti solat biasa..! Bila memikirkan benda ini, sakit hati dan kemudian hadir rasa kasihan kepada mereka.. namun, itulah realitinya.. serasa berat tanggungjawab yang terpikul dibahu ini..
Sekarang, tanya diri kita.. bagaimana hidup kita.. ibadat kita.. adakah kita berlaku adil kepada diri kita.. ibu bapa kita.. andai kita seorang ayah, fikirkan bagaimana method untuk mendidik anak-anak kita.. dan andai kita seorang anak.. erm..fikirkan sendiri..! Mampukah kita menjadi imam semasa solat jenazah ibu bapa kita nanti..? Didiklah anak-anak kita supaya mampu menjadi imam kepada jenazah kita nanti..! salam syifa'..
No comments:
Post a Comment