Thursday, September 10, 2009

Majlis Iftar..

Antara sahabat-sahabat aqrab dari SMU ( A ) Maahad Muhammadi Lelaki..

Berusrah dengan pengisian perbincangan perkembangan terkini MML..

Sahabat-sahabat yang mewakili beberapa IPT dari dalam dan luar negara.

Semua dah menunjukkan gaya 'lapar'.. sabar... sabar..

Makanan2 yang di sponsor oleh 'Kak Noh' catering.. Alhamdulillah. Pic ini sebelum berbuka puasa..

Jeng..Jeng..Jeng.. keadaan makanan yang di sponsor oleh 'Kak Noh' Catering 5 minit selepas berbuka puasa.. Huh..! Nampaknya sahabat-sahabat ku masih tak berubah dalam bab makan nie..
Bismillah wa Lillah..
09.09.09. Cantik tarikh ini kan..? Orang cina kata, no 9 ni ada 'ong' yang mana pada no ini menggambarkan akan keabadian dan berkekalan. Kerana itu andai kita baca 'paper' dan tonton berita, dikhabarkan ramai orang Cina yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini. Di negeri Melaka sahaja terdapat 99 pasangan Cina yang berkahwin pada tarikh itu.
Apa pun, arjuna bukan nak cerita tentang tarikh tu.. apatahlagi bagi orang Islam, setiap waktu, hari dan tarikh semuanya mempunyai keistimewaan dan kehebatan. Keistimewaan dan kehebatan ini akan hadir kepada mereka yang mengisi waktu,tarikh dan hari dengan benda yang berguna. Benda yang boleh memberikan ganjaran pahala. Ibadat..!
Eh.. arjuna nak cakap pasal majlis iftar sebenarnya. Ni.. pada tarikh yang cantik tu.. arjuna ada buat majlis iftar khusus kepada lepasan MML. Nak buat juga untuk lepasan Syam.. nantilah nak tengok tarikh yang sesuai...insyaAllah. Ramai juga sahabat-sahabat yang hadir memeriahkan masjlis iftar dan usrah ini. Alhamdulillah. Di sini arjuna sertakan beberapa pic untuk tatapan anda.. semua masih bujang.. kecuali arjuna.. hafiz quran pun ada.. hehehe.. terima kasih kerana hadir.. wahai para sahabat..! Tidak lupa ucapan terima kasih kepada 'Kak Noh Catering'.. Masakan yang paling lazat di area Bangsar kerana sudi sponsor makanan di majlis Iftar arjuna.. Moga ikatan ukhwah ini akan lebih kejap terjalin.. aku sayang pada dirimu wahai sahabat..!

4 comments:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Assalamualaikum ya syeikhuna...

Jelesnye ana xde dalam majlis ni..insyAllah ana balik bulan 11 ni..doakan ya dimudahkan segala urusan..

Nik Faiz said...

Assalamu'alaikum, ana pelajar form5 dari MML, ingin menanyakan sedikit sebanyak tentang syam (syria)..

InsyaAllah, ana ingin menyambung pengajian ke Syria selepas exam SPM nanti..

ini email ana, nik_fareast@yahoo.com
(rply di email ana ye :) )

kasturi said...

terima kasih atas jemputan.. meme sedap mekane hari tu.. hehe.. nanti raya, buat la lagi...

wanmaaahad said...

emm..projek nk bakar ayam xjadi2 lagi...huhu..iftar pun jadi la