Monday, February 23, 2009

WALIMATUL 'URUS

Assalamualaikum..


Waktunya kian tiba..
Realiti cinta..
Demi redha Nya..
Demi maghfirah Nya..

Cukuplah..!
Cukuplah berenang di lautan fantasi cinta..
Ia tidak akan ke mana-mana..
Hanya enak dalam kamar minda..
Hanya tenang dalam kelambu nafsu jiwa..

Realitikan fantasi itu..!
Biar syaitan meraung pilu..
Biar nafsu bertukar layu..
Iman menang, Taqwa hebat, Jiwa berilmu..

Usah gentar..
Usah takut..
Usah bimbang..
Yakin lah..!
DIA bersama mu..

Jika kamu syak pada rezeki mu..
Nescaya kamu syak kepada Pemberi Rezeki..!


Andai DIA hadaf tersemat..
Pastikan DIA cinta terhebat..!


- seruan taujihat-





Di jemput kepada semua yang mengenali diri ini.. terutamanya sahabat-sahabat di@ex TABIKA KEMAS TEGAYONG, SEK KEB PAUH LIMA, SMU A MAAHAD MUHAMMADI LELAKI,KUSZA, SYRIA, KUIS, KIAS, MESIR, MOROCCO, JORDAN, RUSIA dan semua lah yang menegenali diri ini.. tidak lupa para bloggers seperjuangan.. antusufi (hang wajib mai pasai kt tranung), kak tinta, cermindiri,attakiri, bayu senja, warga e-ppms org, geng2 Alusy.. ermm.. semualah..!

Atau jika tidak dapat datang, lampirkan doa buat kami moga segala-galanya berjalan lancar dan mendapat rahmat serta pertolongan Allah sepanjang majlis perkahwinan dan sehingga kami bergelar suami isteri.. kekal hingga hujung nyawa..!

Ameen. Syukran.

3 comments:

anTusufi said...

Salam sufi

Aku ingin mnjadi org pertama menjejakkan komen pada kali ini:)

Mabruk muqaddam ya akhi...semoga majlisnya nanti berjalan lancar seperti yang terjadual.

Antara yang aku paling gembira bila dpt tau ada 'org muda' yang akan berumahtangga (apatah lagi kalau aku turut dijemput,hehehe).

iAllah aku akan hadiri majlis walimah hang tu bersama 'org baru' :)

Wassalam.

Ehem: eh, knp majlis kedua tu di kelantan? bkn ang ni org utara ka? ha? bkn ke?

tintaHati said...

Tahniah arjuna!

InsyaAllah ada kelapangan waktu akak pergi deh...Tapi majlis belah pompuan la...belah kamu jauh sangat....Ni pon nak kena pikir2 nak pi dengan apa?

Antusufi, tumpang!!

Oh semoga berbahgia selamanya...tak aci langkah bendul akak....huhu

anTusufi said...

Sis, aku naik moto la sis...kalo ang tumpang, ang aku nak taruk kat mana? kat belakang 'habibati' dah cup...em, takkanlah aku nak kasik ang duduk kat dlm bakul depan tu, hikhikhik..cam tak munasabah je nampak :D


Ehem: sis, walimah aku ang tak mai..yg arjuna punye laju je ang nak pi...tau la aku ni tak comel, huhuhu :P