Assalamualaikum wth.
Situasi di Perak yang begitu bising berkenaan dengan isu penderhakaan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak membuat negara kita kalut dan haru biru. Dalam Buletin Utama TV3/4 hampir setiap malam disiarkan akan demontrasi dan himpunan rakyat yang marahkan Nizar di seluruh negara. Heboh, Nizar derhaka pada sultan..!
Teringat Arjuna kepada kes perlantikan MB Terengganu selepas pilihanraya ke 12 dulu. Ketika itu heboh sekejap bila Sultan Terengganu pada masa itu melantik Ahmad Said sebagai MB bukannya Idris Jusoh yang menjadi jangkaan banyak pihak. Bila pengisytiharan telah dibuat, maka berduyun-duyunlah penyokong Idris Jusoh membuat perarakan, himpunan dan demontrasi marahkan sultan sehingga ada yang mengibarkan kain rentang "Kami nak Idris natang(binatang).."!
Justeru, dengan tindakan melampau tersebut.. Adakah penyokong-penyokong Idris Jusoh itu tidak menderhaka kepada Sultan Terengganu? Sedangkan kata-kata tersebut boleh ditafsirkan sebagai menghina sultan dan boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 kerana sultan yang melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu ketika itu.
Mengapa pula TV3/4 tidak memainkan isu penderhakaan kepada sultan ketika itu? Di mana NGO-NGO yang hobinya membuat laporan polis atas kebiadapan mereka yang menghina sultan dan orang Melayu waktu itu? GPMS pula dok kat mana?.. Huh.. Semuanya hipokrit..!
Jelas di sini bahawa isu derhaka Nizar kepada sultan Perak telah sengaja diperbesar-besarkan untuk menjatuhkan kewibawaan Nizar yang terbukti tidak bersalah. Sedangkan semua tahu Nizar bertindak mengikut lunas undang-undang dan telah meminta nasihat daripada pakar pengamal undang-undang dalam tindakannya itu. Justeru, siapa yang bersalah?.. 'Botak tengah' dan kroni-kroninya..!
Nizar, kami berdiri di belakang anda..! Jangan putus asa, inilah gula dalam perjuangan. Manis. Teramat manis bila hadirnya dugaan dalam perjuangan. Tabahkan diri anda. Walaupun anda kalah di dunia.. tidak semestinya anda kalah di akhirat. Jalan perjuangan ini masih jauh.. teramat jauh..! Allah bersama mu.. NIZAR..!
2 comments:
Tahniah Arjuna,
Postkan artikel/gambar ini ke semua blog supaya semua orang ingat semula peristiwa di Terengganu dulu. Kepada hipokrit-hipokrit di luar sana yang ada mata tak mau melihat, ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak dan ada hati tapi mati.Mereka ini lebih teruk daripada binatang
salam. ust nizar, bagusla ade smgt jihad mcm tu, semamangnya pihak2 yang bawak kebenarn di selalu dizalimi.. semoga Allah bersama org2 yg sabar
Post a Comment