Tuesday, November 11, 2008
Allahyarham Aduka... tetap di hati..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. sempat juga mencelah dalam kesibukan.. anda apa khabar? moga dalam rahmat Allah sokmo deh.. 2,3 hari lepas arjuna telah dapat berita tentang kematian seorang teman yang dahulunya sama-sama belajar di Syria. Allahyarham dari Terengganu. Allahyarham meninggal akibat kemalangan dengan sebuah kereta. Bila mendapat berita tentang kejadian tersebut, sedih yang amat menerjah ke dalam jiwa arjuna. Bergentayangan memori yang amat sedikit bersama-sama Allahyarham di dalam minda. Sedikit.. namun begitu terkesan di hati. Terkesan kerana kebaikan beliau yang amat gemarkan pengajian.
Di Syria dahulu, Allahyarham boleh dikatakan salah seorang pelajar kesayangan seorang guru@baba dari Pattani yang bernama 'Cik Die' (kalau tak silap arjuna). Boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah ketinggalan program pengajian tersebut. Selesai satu kitab, bertukar kepada kitab lain.. sehingga arjuna rasa lebih dari 20 kitab mereka khatamkan. Ada kitab JAWI.. ada juga kitab ARAB.. Pada masa tersebut, arjuna lebih suka kan pengajian dengan masheikh Arab untuk kuatkan bahasa. Cuma jarang-jarang sahaja pergi mengaji dengan masheikh 'Melayu', namun kedua-dua pengajian tersebut ada kelebihan masing-masing. Asalkan mengaji.. jangan dok lepak kat c.c sahaja..!
Satu perkara yang menarik tentang diri Allahyarham ialah sikap 'ihtimam' (ambil berat) Allahyarham kepada persatuan (Persatuan Pelajar Malaysia Syria). Allahyarham yang digelar oleh arjuna sebagai 'posmen' kepada PPMS amat komited dan tidak pernah bersungut akan kerjanya itu. Pernah arjuna tanya Allahyarham, " Tak boring ke kerja posmen ni.." nak tahu jawapan Allahyarham?.. " Tak pe lah, ini juga sumbangan ana pada persatuan, ana tidak lah sehebat orang lain yang hebat-hebat tu nak sumbang lebih-lebih..".. . Tawadhuk juga di antara pakaian Allahyarham. Sikap Allahyarham ini patut dicontohi kerana ramai mereka yang mengaji tapi langsung tidak ambil tahu tentang masalah dan program berkaitan masyarakat. Mungkin ini yang dididik oleh Darul Quran, Rusila kepada Allahyarham.. Tahniah, kepada DQ..
Kerana sikap Allahyarham ini juga, arjuna telah memasukkan satu watak khas untuk Allahyarham dalam cerpen terakhir arjuna semasa berada dalam waktu kecemasan ketika belajar di Syria dulu. Anda boleh lihat DI SINI
Apa pun, ADUKA BIN ALIAS tetap hidup di hati arjuna. Moga ruhnya bersama-sama dalam golongan beriman dan bertaqwa. Janganlah kita menjadi seorang yang bakhil untuk menyedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham ..Al Fatihah!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ahmad Aduka Alias,
watak sederhana tapi cukup memikat,
apa jua berita baik atau buruk,
ditapis dengan pancaran keilmuan,
tidak mudah meletakkan dalam
golongan ilmuan jahiliah,
aib sesama manusia disimpan rapi dari menjaja, pujian sesama manusia dijadikan modal bicara....
gembiranya dia pergi tanpa dosa sesama manusia...Doakan kami zuhud dlm nikmat, tabah dalam niqmah..
Al-Fatihah buat insan yg peramah,
Allahyarham Ustaz Ahmad Aduka Bin Alias
1984-2008
Al-fatihah...
Semoga Aduka berjalan seiring dgn para pejuang al-haq..menuju raudhah firdausi....
p/s: terkilan tak kesampaian utk pergi solat jenazahnya pd hari kejadian...hanya kalam doa yg sempat ku layangkan...
Post a Comment