Wednesday, November 26, 2008

Aku Mahu Bunuh Diri..!

Assalamualaikum..
Herm.. dalam masa seminggu sahaja ada dua hamba Allah yang beragama Islam di Malaysia tercinta ini ingin membunuh diri. Itu yang keluar dalam akhbar.. mungkin di sana ada lagi beberapa kes yang tidak dapat dihidu oleh pihak media. Apa nak jadi ni..?! Pada zaman dahulu.. zaman remaja bagi ayah dan ibu kita dahulu, perbuatan bunuh diri adalah amat jarang-jarang berlaku. Ia menjadi satu kepelikan dan kehairanan jika berlaku perbuatan terkutuk ini. Namun, sekarang ini.. bunuh diri seolah-olah menjadi satu trend untuk menjadi penyelesaian andai seseorang itu dibelenggu masalah.

Hai.. Masalah.. masalah.. dan masalah..! Sedangkan perbuatan terkutuk ini amat dilarang dalam agama Islam.. Sepatah ayat dalam bab keempat Al-Quran, An-Nisaa berbunyi:
"Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29)

Opps.. bukan agama Islam sahaja.. tetapi semua agama melarang perbuatan terkutuk ini..!Sudah jelas.. Allah sayang pada kita.. tapi kita tidak pernah nak sayang kepada diri sendiri.. Patutkan dengan hanya kerana masalah, kita korbankan kasih sayang Allah pada kita..?


Namun, timbul persoalan mengapa perbuatan jelik ini tetap menjadi pilihan utama masyarakat yang hidup di zaman cerdik pandai dan penuh kemodenan ini untuk menyelesaikan masalah ? Pelik. Andai ia berlaku pada zaman remaja ibu dan ayah kita dahulu, mungkin boleh diterima dengan alasan kurang pendedahan agama berikutan kesusahan dan hidup tanpa kemodenan. Tapi, ia sebaliknya. Mengapa kemodenan, kemewahan dan kecerdikan masyarakat sekarang ini membuatkan mereka lagi 'tidak cerdik' dalam menguruskan kehidupan? Bukankah ini bukti menunjukkan bahawa itu semua tidak menjamin kepada kesejahteraan masyarakat. Iya.. betul. Tapi, itu yang pimpinan negara kita kejarkan..!Itu yang menjadi matlamat dan impian mereka..! Dan itu yang mereka realitikan sekarang ini..!

Ini baru kita bincang pasal 'bunuh diri', gejala sosial.. buang anak.. dadah.. rompak.. rogol.. bunuh.. ummmpphh.. bukankah ia sudah menjadi perkara biasa sekarang ini? Lu jawab la sendiri..

Benih yang tidak baik akan merencatkan pertumbuhan sesuatu tumbuhan itu. Tumbuhan itu akan layu dan mati. Begitu juga dengan asas pemerintahan yang di 'matlamat' kan dalam sesuatu pemerintahan. Andai baik asasnya.. baiklah natijahnya.. begitu juga sebaliknya. 1+2 tetap 3, ia tidak akan menjadi 5.. tidak.. sesekali tidak.

Namun, masih lagi belum terlambat untuk kita kembalikan zaman remaja ibu-bapa kita dahulu. Belum terlambat. Bukan direalitikan pada zaman kita sekarang ini tetapi zaman anak-anak kita nanti. Ubah lah mentaliti mereka. Tanamkan kemewahan, kemajuan,kesenangan dan keseronokan bukan segala-galanya. Tapi, hendaklah mencari keberkatan. Ibu bapa kita dahulu, tidak mewah.. tetapi tetap bersyukur. Tidak maju tetapi tetap redha. Hiburan mereka adalah mandi sungai, bermain lumpur di sawah, tangkap ikan.. namun, tetapi ada sikap bertanggungjawab. Mana ada pencemaran sungai pada zaman dahulu. Sekarang..?! Ummph..

Moga kita dan zuriat-zuriat kita terpelihara daripada perbuatan mungkar kepada Allah. Moga kita dan zuriat-zuriat kita tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat kepada Allah dalam semua hal. Istighfar lah tika sedar melakukan dosa. Salam syifa'..

1 comment:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Assalamualaikum,,,

Betul tu ja..masyarakat kita makin jauh daripada Islam..tuntutan dunia byk sgt sehingga ibubapa lupa tanggungjawab memberi pendidikan agama kepada anak2..kerajaan pun satu..xnak tangani masalah umat..

Penyelesaian bila kita semua kembali kepada way and rule yang Islam tetapkan..