Monday, March 10, 2008

Syukur, Terima Kasih Dan Tahniah..!







Assalamualaikum...
TAHNIAH kepada semua rakyat Malaysia..!TAHNIAH..!!Pak Lah..,letaklah jawatan..rakyat dah tak mau dah..Apepun, angan-angan BN nak rampas Kelantan hanya tinggal angan-angan semata-mata..ALLAH masih lagi memelihara negeri Kelantan.. dan terus memberi rahmat kepada rakyat Kelantan dengan kepimpinan ULAMA'..TAKBIR!!ALLAHUAKBAR..!






Politik Malaysia malam ini bergegar kuat susulan kemenangan besar-besaran parti pembangkang di banyak kerusi, termasuk merampas Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Sewaktu mengumumkan ketewasannya, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata BN tewas sekurang-kurangnya 30 kerusi di Pulau Pinang daripada 40 kerusi.

Kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada 2004 dengan majoriti lebih 15,000 undi jatuh dengan mudah ke tangan pembangkang di Selangor dan Wilayah Persekutuan -- malah dengan majoriti yang besar.

Kerusi-kerusi yang selama ini sukar ditembusi pembangkang Melayu di Lembah Klang hari ini tumbang di tangan calon-calon wanita pembangkang - Titiwangsa dan Lembah Pantai (Kuala Lumpur) dan Kota Raja (Selangor).

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud, dua tokoh wanita PAS yang dianggap progresif, menang di Titiwangsa dan Kota Raja.

Sementara Nurul Izzah, anak mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalahkan orang kuat wanita Umno di Lembah Pantai -- suatu keputusan yang hampir-hampir mustahil di atas kertas.

Malah PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan Johor, kali ini menang di dua kerusi negeri, Maharani dan Sungai Abong. DAP pula menguasai kerusi-kerusi Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai.



Selain mengekalkan Kelantan dengan majoriti lebih besar -- 40 daripada 45 kerusi -- dan merampas empat lagi negeri, parti-parti pembangkang menjatuhkan tiga tokoh besar parti komponen BN.

Pemimpin teratas MIC, Gerakan dan PPP - masing-masing tumbang di Sungai Siput (Datuk Seri S Samy Vellu), Batu Kawan (Koh Tsu Koon) dan Taiping (Datuk M Kayveas).


Malah semua barisan utama MIC, yang menjadi sasaran kemarahan komuniti India seperti tergambar melalui gerakan Hindraf, berguguran satu demi satu di semua kerusi, dari Perak ke Negeri Sembilan.

Presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah; begitu nasib ketua pemuda dan ketua wanitanya.

Perhimpunan para pemimpin utama negara, yang selalunya diadakan di bangunan PWTC tidak dihadiri sebarang pemimpin utama BN walaupun lebih kurang 80 wartawan, termasuk televisyen, menunggu sejak dua jam terawal.

Selalunya Perdana Menteri, sebagai pengerusi BN, akan mengumumkan kemenangan parti ini secara langsung di TV apabila jumlah kerusi parlimen calon-calonnya mencecah majoriti mudah.
Dijangkakan pada awalnya, seperti lazim, majoriti mudah diperolehi pada 11 malam.

Bagaimanapun hanya pada 2:50 pagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan naib presiden Umno Datuk Seri Rustam Ali muncul di depan media.

Kumpulan wartawan yang menunggunya lebih enam jam lebih ramai daripada penyokong BN di bangunan tersebut -- sesuatu yang tidak pernah kelihatan sebelum ini dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan.

Koh, bekas ketua menteri Pulau Pinang, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan luar biasa dan di luar jangkaan.



Nik Aziz, di sidang medianya di pejabat perhubungan PAS negeri, menggesa semua pemimpin pembangkang agar "tidak membalas dendam" dan "menjaga baik-baik kemenangan" ini.

Dalam suasana penuh kejutan, muram dan keletihan itu, tiba-tiba muncul persoalan wajarkah Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu siapa yang tekan saya," kata Abdullah apabila ditanya sama ada beliau ditekan agar meletakkan jawatan susulan ketewasan banyak kerusi BN.

"Saya tidak akan meletakkan jawatan."

"Tsunami politik", ungkapan penasihat DAP Lim Kit Siang, akhirnya berjaya menafikan dua pertiga BN dengan angka menarik, setakat ini, 31 kerusi parlimen kepada PKR, 28 DAP dan 25 PAS.

Semua parti ini tentunya bergembira tetapi kegembiraan luar biasa dikecapi PKR apabila melonjak daripada satu kerusi yang nyawa-nyawa ikan di Permatang Pauh.

Tidak pernah wujud lanskap politik seumpama ini di Malaysia -- tidak pada era reformasi 1999, tidak sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan tidak juga keresahan 1969.

Hari ini seseorang yang membuka mata, dan dengan penuh sedar cuba memahami, dia sebenarnya telah melangkah ke sebuah dunia baru yang tidak pernah dikenalinya -- sama ada menawarkan harapan indah atau cabaran membingungkan.

1 comment:

fatimah_mastura said...

BismiLlah wal HamduliLlah.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.

Cahaya RahmatNYA Subhana wa Ta`ala semoga selalu
menerangi hari-hari mu berserta keluarga dgn kebahagiaan.

Akhina al-Kareem, jika ada peluang,
tolong sampaikan salam takzim ana sekeluarga
buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

JazakumuLlahu khairan.
Fi amanALLAH.