Monday, February 19, 2007

Alaa..Sunat Jer..

Assalamualaikum..

Perbualan dua orang yang bergelar mahasiswa agama..
Agamawan 1 :“ Jap, ana nak solat sunat..”
Agamawan 2 :“ Alaa..sheikh, kita dah lewat nie..kan sunat je..pameran tu dah bermula dah..”

Perbualan 2 orang pakcik di masjid..
Pakcik 1 :“ Eh, semalam saya ada baca dalam buku, solat sunat selepas Zohor ni dituntut dalam agama..”
Pakcik 2 :“ Betul ker??..Nampaknya kita kena istiqamah la selepas ni..”


Dua perbualan yang anda baca kat atas ni merupakan kejadian yang benar- benar berlaku dalam masyarakat sekarang. Mungkin tidak secara majoriti..namun tak salah untuk kita menyedarkan mereka yang tergolong dalam minoriti. Orang yang berilmu menjadikan ‘ilmu’ yang dipelajarinya sebagai platform untuk kepuasan nafsunya. Mereka bermudah-mudah dalam mengamalkan sesuatu hukum. Mereka berusaha mencari pandangan yang dhoif untuk menghalalkan kehendak mereka yang bukan merupakan keperluan walaupun terpaksa mengorbankan pandangan yang lebih kuat..sedangkan mereka orang yang berilmu..sepatutnya pandangan yang lebih kuat menjadi keutamaan untuk diamalkan namun sebaliknya yang berlaku.

Memang banyak alasan yang diberikan, antaranya waqie’ dan maslahah-maslahah yang kalau dikaji dengan mendalam tidak sampai tahap dhoruri pun untuk berbuat demikian. Arjuna mengambil contoh rokok, memang ternyata bahaya dari segi kesihatan kepada si perokok dan majoriti ulama’ Mesir pernah memfatwakannya HARAM begitu juga dengan para ulama’ besar dunia. Tetapi oleh kerana ada pandangan yang mengatakan MAKRUH..para ulama’ yang tergolong dalam minoriti ini mengambil kesempatan untuk menjadikan ia hujah dengan alasan KHILAF..lebih-lebih lagi kalau mereka ingin cepat popular dalam masyarakat dan mereka sendiri bergelar perokok!!..Ketika ini, di mana wara’ seorang ulama’ semasa mengeluarkan hukum?..Anda boleh kiaskan contoh rokok ini dengan mengambil contoh-contoh lain seperti permusafiran wanita tanpa mahram dan sebagainya. Ingat, beratus pandangan dhoif yang boleh kita gali untuk mem‘benar’kan kemahuan kita walaupun tidak senada dengan pandangan yang kuat. Kan khilaf..Namun, adakah itu cara yang terbaik bagi kita terutamanya mereka yang bergelar agamawan??..


Sedangkan kalau benda-benda lain kita mahukan yang terbaik dalam segala hal..isteri mahukan yang cantik, makan mahukan yang sedap, pakaian mahukan yang berjenama..tapi, dalam mempraktikkan hukum, kita bermudah-mudah dengan mengikut irama kehendak kita yang memang tiada batasan..Lain la kalau terpaksa..!..Tepuk hati, buang emosi, ingat Ilahi!..

Mungkin anda masih ingat tentang kes penulis kontroversi dan sensasi Astora Jabat yang mengeluarkan pelbagai hukum dengan menggunakan pandangan yang dhoif semata-mata bagi arjuna ingin sujud kepada pihak ‘Islam Had hari’ yang mahu mengalihkan perhatian masyarakat daripada memikirkan benda-benda ‘besar’ (rasuah dikalangan pemimpin negara, penganiayaan kepada rakyat dan lain-lain) kepada memikirkan benda-benda ‘kecil’ (dengan membesarkan benda khilaf yang sudah maa’ruf di kalangan masyarakat).

Begitu juga dengan kes penyelewengan istilah yang telah menghalalkan banyak benda yang haram di kalangan masyarakat kita yang kebanyakannya kurang mendalami ilmu agama. Contohnya istilah ‘rasuah’ di tukar kepada ‘politik wang’, istilah ‘riba’ ditukar kepada ‘faedah’ dan banyak lagi kalau kita kaji dengan mendalam. Teruk!.

Lain pula dengan orang yang jahil. Mereka menjadikan ‘ilmu’ yang dipelajarinya daripada guru sebagai ilmu yang amat berharga. Mereka akan beramal dengan apa yang dipelajarinya walaupun benda tu sunat. Mereka berusaha mencari pandangan yang kuat dalam sesuatu hukum untuk diamalkan. Perbezaan yang amat ketara antara kedua-duanya..Terbalik! Tapi, inilah hakikatnya..

Arjuna teringat kalam seorang guru di Malaysia dulu, bila kami bertanyakan tentang hukum memakai kopiah dan jubah. Beliau mengatakan kedua-duanya merupakan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya sunat. Tapi, arjuna tersentuh bila beliau mengatakan ;

“ Kalau kita sebagai agamawan tidak mengamalkan sunnah, siapa lagi yang boleh diharapkan ?,”..

Arjuna tahu ia khilaf. Namun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengatakan ;


“ Kita sebagai pendakwah ada pakaian kita. Antum boleh bayang ke seorang ulama’ pakai seluar jeans dan baca kitab di masjid,” ujar beliau ketika kami (pimpinan MPP Maahad Muhammadi Lelaki) menziarahi beliau untuk mengadu tentang masalah ‘tie’ dan ‘serban’ di sekolah kami satu ketika dulu.

Namun, kita juga tidak boleh menafikan kepentingan waqie’ dan maslahah lain yang membuatkan sesuatu hukum itu berubah..Sebab tu kita ada Fiqh Dakwah, Fiqh Muwazanat, Fiqh Awlawiyat dan sebagainya. Mungkin apa yang arjuna utarakan ini bersalahan dengan pendapat anda, tepuk dada tanya iman..Apa yang penting kita membuat sesuatu berlandaskan ilmu bukan nafsu. Justeru, sekarang..cuba lihat sekeliling anda..Baiki apa yang rosak..Tampal kat mana yang bocor..Bawa pi klinik kalau ada yang sakit..salam syifa’..

3 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum

kerajaan tak haramkan rokok kerana rokok adalah sumber pendapatan utama negara tapi kerajaan tak sedar bahawa sebenarnya perbelanjaan kesihatan bagi penyakit yg berpunca drpd rokok jauh lbh besar.
lawatan ke kilang rokok mendapati bahawa semasa proses penyediaannya,tembakau terlebih dahulu direndam dlm najis babi dan alkohol.
wallahu'alam

Ismi : Arjuna said...

wsalam..
betul tue..arjuna tak sempat nak buat kajian..tetapi, yang pentingnya, ROKOK memang bahaya.. he2..
-terima kasih kementar anda..-

fatimah_mastura said...

salam alaik akhi al-kareem...

alhamdulillah...
jazakALLAHu khairan kathira.

posting ini mengingatkan ana akan sebuah hadiths yang mana ia bermaksud...

Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam bersabda:
"Aku berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada ALLAH dan dengar serta taat (kepada ketua) meskipun ia seorang bekas hamba sahaya. Sesiapa di antara kalian yang masih hidup selepas kewafatanku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka menjadi kewajipan kalian berpegang kuat dengan Sunnah ku dan Sunnah para Khalifah yang diberi petunjuk. Gertaplah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham kamu serta berwaspadalah daripada segala rekaan baru kerana setiap rekaan baru dalam urusan agama ini adalah menyesatkan."
( At-Tirmidzi; Riyad as-Salihin : 157 )

astaghfirullah
wALLAHu a'lam bisawab.