Monday, April 4, 2011

BULU KENING DAN LUBANG HIDUNG : HEBATNYA ALLAH.

Assalamualaikum wth ,

Sedang memikirkan kenapa bulu kening tidak boleh memanjang seperti bulu rambut? Juga sedang memikirkan kenapa lubang hidung ini dicipta ke menghala ke bawah.. bukan menghala ke atas? Pernah anda memikirkannya?

Hebatnya kekuasaan Allah.

Minda ini mencari jawapan tersebut bila dua,tiga orang anak saudara mengerumuni arjuna menanyakan soalan-soalan tersebut. Soalan yang menjadikan minda arjuna berputar mencari fakta-fakta saintifik untuk memberikan jawapan kepada mereka. Namun, tidak ada pula jawapan tersebut dalam tangki minda ini. Minda ini berputar pula mencari fakta-fakta ilmiah, dalil al quran dan sebagainya. Herm..Ada mentol yang menyala di minda..!

Berbual dengan kanak-kanak amat seronok. Soalan-soalan yang ditanya kadang-kadang akan membuatkan kita tersentak. Bukan apa, kadang-kadang terkena atas hidung sendiri dan  soalan yang ditanya juga amat ikhlas. Soalan yang bukan kerana provokasi tetapi soalan yang tulus dari hati. Untuk tujuan merangsang minda mereka, soalan - soalan tersebut seeloknya dijawab dengan bertanyakan kembali soalan-soalan tersebut kepada mereka.

" Adik, Apa akan jadi jika bulu kening memanjang macam rambut? Macamana adik nak tonton cerita upin dan ipin nanti?..Ya lah, bulu kening dok melayang-layang kat mata. "

" Kami gunting la, macam gunting rambut "

" Ya, boleh gunting.. tetapi takkan adik nak gunting selalu. Tentu ia amat menyusahkan, betul tak? "

" Betul, betul, betul.. mesti bila gunting nanti ,ada yang sama panjang dan ada yang tidak sama, tak cantik la.. "

" Haa..itulah maha pengasihnya Allah.. Allah tolong hambaNya menjaga semua itu. Allah tidak mahu menyusahkan hambaNya dan ternyata Allah Maha Bijaksana. "
 
Lubang hidung mengahala ke atas..?

" Camne pula lubang hidung kita ni, mengapa menghala ke bawah, tidak ke atas atau tengah2 ke..? "

" Herm.. pergi sekolah dengan apa? "

" Abah hantar dengan motor "

" Ok, kalau lubang hidung kita menghala ke atas, abah pula nak hantar adik ke sekolah, tiba-tiba hujan turun.. macamana adik nak tutup lubang hidung tu supaya air hujan tak masuk? "

" (Gelak)..Payah juga tu ya.. mesti susah.."

" Haa..itulah kehebatan Allah.. kan Allah Maha Bijaksana.. Cuba adik bayangkan kalau lubang hidung menghala ke atas, cantik tak rupa manusia?.."

" Eiii...tak la.."

" Ha..hebat tak Allah?.."

" Hebat sangat..!!"

Syukur.

Alhamdulillah, dapat juga arjuna muhasabah diri. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda-benda yang besar sehingga lupa benda-benda yang kecil namun mempunyai impak yang besar kepada Iman kita. Pandanglah sekeliling kita dengan Iman, insyaAllah.. Taqwa akan datang menjadi teman.. Syukur akan hadir bersulamkan keberkatan.. Hidup akan dilimpahi keredhaan.. Alhamdulillah,

No comments: