Wednesday, March 17, 2010

Untuk Apa Anda Kahwin..?

Bismillah Wa Lillah..

Kahwin..! Kahwin..! Kahwin..! Itulah yang banyak berlaku pada musim cuti sekolah ni. Ramai sangat orang yang buat kenduri kahwin. 2,3 hari kebelakangan ini ramai yang datang berurusan dengan arjuna untuk menjemput kenduri kahwin dan untuk berkahwin..! Pening kepala. Macam-macam ragam.  Namun apa yang arjuna boleh simpulkan ramai anak muda yang begitu semangat untuk berkahwin tetapi tidak ada langsung persediaan ke arah itu.

Dari satu sudut, bagus juga anak-anak muda ni kahwin. Bagus untuk elak maksiat dan berpeleseran dengan gilafriend dan boyafriend masing-masi ng. Sakit mata lihat mereka dok ‘kerabat’ pasangan masing-masing. Daripada dok macam tu, baik kahwin. Tetapi macamana nak kahwin kalau tidak bersedia dari segi mental dan fizikal?.

Inilah yang membawa kita berfikir dari sudut yang lain pula. Kalau mereka tidak bersedia kemudian berkahwin, persoalannya berapa lama mampu bertahannya usia perkahwinan tersebut? Sedangkan semua orang mengimpikan setiap perkahwinan akan kekal hingga ke akhir hayat.

Ingin arjuna kongsikan salah satu kisah daripada kisah-kisah alam perkahwinan anak muda. Kisah ini berlaku 3 bulan lepas yang mana arjuna didatangi oleh sepasang suami isteri yang muda remaja. Si suami memakai jeans, t-shirt ketat dan rambut berkarat. ‘Sempoi’-kata bahasa anak muda. Si isteri pula juga mengenakan jeans,t-shirt ketat dan bertudung ‘Siti Nurhaliza’.. tersembul rambut dari celah tudung yang juga berkarat..! Mungkin ada masalah air kat rumah mereka agaknya..!
Terdetik dalam hati mungkin pasangan ini ada masalah rumahtangga dan memerlukan nasihat atau kaunseling. Kaunseling.

“ Ustaz, kami nak bercerai. Macamana urusannya..?”

Aik.. Bercerai. Ini bukan masalah tetapi dah naik taraf jadi bala.

“Kenapa mahu bercerai..? Berapa umur awak berdua”

“Umur kami sama ustaz, 25 tahun. Kami nak bercerai kerana suami saya ni ada ‘awek’ lain..”

“Isteri saya pun ada ‘balak’ lain ustaz..”

“Awak berdua ni cukup tak solat..?”

Senyap. Bisu. Geleng kepala.

-Tutup kes-

Inilah antara kisah-kisah yang memeningkan kepada arjuna. Ramai yang ingin kahwin. Semangat untuk kahwin tetapi langsung tidak memikirkan kenapa perlu kahwin? apa yang akan jadi selepas kahwin? Apa cabaran selepas kahwin? Macamana untuk menjadi suami yang ada sifat memimpin? Isteri yang ada sifat solehah.... dan sebagainya..

Perkahwinan bukan hanya untuk lari dari buat maksiat tetapi perkahwinan merupakan jambatan untuk mengekalkan kita dalam keadaan ber’ibadat’ kepada ALLAH. Apa guna berkahwin untuk lari dari maksiat tetapi selepas kahwin kembali melakukan maksiat.?
Inilah pentingnya kepada persediaan sebelum berkahwin..! Arjuna pernah didatangi oleh seorang pemuda yang ingin berkahwin dan mahu cop pengesahan pada borang nikahnya. Dia datang dalam keadaan tenang, pakaian kemas dan berkopiah.

“Ustaz, tolong cop borang pengesahan nikah saya ni..”

“Boleh..(sambil memerhati borang)..Ermm.. mana wali awak..?”

“Err..Err.. wali saya kat johor ustaz, tak boleh datang..”

“(Gelak ).. kat mana awak Kursus Kahwin ni”?

“(………….) ustaz,..”

“Saya tak mahu cop borang awak kerana awak tak layak untuk kahwin dan jadi suami..”

“ (Terkejut,kerut kening) Kenapa ustaz..”?

“(Senyum) Orang lelaki kena guna wali juga ke..”?

“(Merah pipi)….”

-tutup kes-

Macamana nak kahwin kalau macam ni..? Sekali lagi.. wahai anak muda.. keinginan untuk berkahwin ada pada setiap manusia. Tidak dapat tidak. Cuma cuba teliti balik samada keinginan tersebut datang dari nafsu yang dilapik ilmu atau tidak..? Berkahwin adalah untuk ke syurga bukan ke neraka. Berkahwin adalah untuk menambah iman bukan melingkupkan iman. Perkahwinan pada usia muda itu bagus.. tetapi kena bersedia. 

Jangan lupa juga persediaan untuk selepas kahwin. Nafkah asas seperti tempat tinggal,makan minum ,pakaian dan lain-lain. Pakaian mesti ‘cukup kain’ bukan ‘koyak sana sini’.. Isteri anda adalah milik anda. Mengapa anda bodoh untuk tunjukkan ‘anggota body’ isteri anda pada masyarakat?.. Herm.. masuk bab lain pula nie.. nanti kita sambung yer.. insyaAllah. 

1 comment:

+AnamuSafir+ said...

salam..:) pe habaq..
hehe..wa.. skrg ust nizar dah jdi perunding cra dlm nikah kawin:))
teruskn pjuangn .smoga anak2 muda masa kini fhm erti pkwinn..
wslm