Bismillah Wa Lillah..
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang masih lagi memberikan ruang untuk hidup kepada kita. Ruang untuk mengawal kehidupan. Ruang untuk menentukan kehidupan. Ruang untuk memperbaiki kehidupan. Ingat, Ruang merupakan Peluang. Justeru, tanya balik diri kita sejauh mana kita menggunakan peluang tersebut. Sebab itu lah Allah menerangkan kepada kita akan kepentingan masa. Bila kita memahami kepentingan masa, mudah untuk kita mengatur serta mengurus ruang @ peluang tersebut. Ya, mengurus kehidupan, menentukan kehidupan dan memperbaiki kehidupan.
Alhamdulillah.. Bila kita selak balik drama yang berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini, mungkin anda bersetuju bahawa arjuna katakan minda kita akan berpeluh memikirkannya. Penat. Ada drama yang bodoh dan ada drama yang kurang cerdik. Sama ke? Terserah..
1. Z--- N--- - Keluar TV# dan kecam DAP. Dia tidak sedar ke parti yang disertai juga bersama-sama dengan DAP dan bernaung dibawah Pakatan Rakyat.? Habis di sapunya. Di mana adab berjemaah..? Dalam keadaan kita nak menunjukkan bahawa PR kuat dan boleh diterima, ada ke patut dia keluar di TV# dan kecam PR. Kecam DAP bererti kecam PR. Tidak begitu?. Apa juga alasan ZN, dia sepatutnya tidak bertindak demikian kecuali lah dia macam I-- A--, BEBAS melakukan apa sahaja. Apa sahaja tindakan yang dia lakukan tidak menjejaskan mana-mana parti. Sekarang, apa jadi kepada PKR?.. Nak selesaikan isu DSAI lagi, gelora di Pulau Pinang lagi... dan terbaru ZN pula.. tunggu pula apa lagi selepas ini..
2. I--- A-- - Dulu, semasa dia baru-baru menjadi Ahli Parlimen (BEBAS), dia berikrar akan tegur sesiapa sahaja yang salah. Tidak kira mana-mana parti sekali pun. Namun, sekarang cuba perhatikan.. parti mana yang selalu ditegurnya. Dan parti mana pula yang selalu di lobinya serta di pujinya..? Kalau kita perhatikan IA ini, semua benda dia nak masuk campur dengan menggunakan kePERKASAannya. Terbaru isu 50 orang Ahli Parlimen Barat yang menyokong DSAI dan mendesak tuduhan terhadap DSAI digugurkan. IA nak masuk campur juga. Siap nak bagi penjelasan lagi. Hairannya, ketika isu enjin Jet hilang, senyap pula dia. Isu Altantuya pun senyap.. Isu barang naik pun senyap.. Isu rasuah yang jelas-jelas depan mata pun senyap.. Tapi kalau isu yang melibatkan PR, laju pula.. contohnya royalti minyak di Kelantan. Ni ambo nok pese ko demo I--- A--, rakyat kelate buke bodo.. peluang hok demo dapat tu pun kerano lambe bulan.. kalu demo bertanding guna lambe payung ko.. kunci ko.. kawe jamin, demo tok akan menang pada PRU hok lepas.. tok cayo..? kito tengok PRU akan datang deh.. Tunnggguuu...
Ini baru dua drama yang arjuna kongsikan dengan anda. Nilai lah sendiri, yang mana drama bodoh dan yang mana drama kurang cerdik. Ye.. Nak sambung lagi sebenarnya.. tapi masa tidak mengizinkan.. apa pun moga Allah memberkati kita. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment