Tuesday, December 15, 2009

Bukan Rezeki Kami..



Bismillah Wa Lillah..

Rezeki Allah amat luas. Kadang-kadang ia datang dari kanan, dari kiri hilang. Jatuh dari atas, yang di bawah pula hilang. Kadang-kadang pula ia ditarik, tidak lama selepas itu... ia dikembalikan. Rezeki Allah memang luas.

Itu yang terjadi pada diri ini. Allah uji. Teringat kalam sheikh semasa di alam pengajian dulu.." Ujian itu adalah hadiah dari Allah..".. HADIAH..!

Tangisan isteri menjadi penguat semangat untuk lebih kuat menghadapi ujian. Air mata kesedihan yang mengalir di pipi permaisuriku tercinta itu menjadi azimat untuk jiwa ini lebih hadam apa makna 'redha'..


Hanya 'redha' menjadi ubat di jiwa. Hanya 'redha'.. 'redha'.. dan 'redha'.. dengan ujian Nya..


Terima Kasih Ya Allah kerana meminjamkan 'anakku' selama 3 bulan dalam kandungan isteriku..

Terima Kasih Ya Allah kerana meminjamkan ku 'aura' untuk menjadi 'ABI' selama 3 bulan itu..


Terima Kasih Ya Allah.. Kami Redha Dengan Ujian Mu..

Mungkin rezeki kami akan datang dari atas, tengah, bawah, hadapan, kiri, kanan dan belakang selepas ini.. InsyaAllah. Doa. 

5 comments:

tintaHati said...

Arjuna...takziah...ermmm ada lg seorg teman hampir senasib seperti kamu...sudah selamat melahirkan, menatap seketika sebelum dijemput kembali olehNya 10mnt kemudian....

Buat arjuna & zaujah juga buat teman itu salam takziah..moga kalian semua tabah & redha dgn ujian ini...

Anonymous said...

salam..poksu..semoga tabah dlm menghadapi ujian ni..btul...kata poksu..itulah hadiah Allah..insyaAllah lg berhikmah besar hadiahNya

Anonymous said...

assalamualaikum, smg saudara tabah menghadapi ujian ini. mungkin ade hikmah di sebalik ujian yang diturunkan. semoga saudara dan isteri redha dan kuat menghadapi ujian ini, itu tandanya Allah menyayangi saudara dan isteri. apa yg mampu sya lakukan hanyalah berdoa agr kalian dikurniakan yg trbaik dlm hidup..

Amri dan Aishah said...

Semoga dpt bersabar dgn ujian Allah. Jgn risau, ramai shbt yg ada pglm sama sprti ini xda masalah utk dapt zuriat pd masa akan dtg... MOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI BUAT KALIAN...AMIEN

Ismi : Arjuna said...

salam..

jazakumullahukhairan..

terima kasih kerana sudi menitipkan kata2 semangat kepada ana.. moga Allah meredhai kita semua...