Wednesday, November 26, 2008

Aku Mahu Bunuh Diri..!

Assalamualaikum..
Herm.. dalam masa seminggu sahaja ada dua hamba Allah yang beragama Islam di Malaysia tercinta ini ingin membunuh diri. Itu yang keluar dalam akhbar.. mungkin di sana ada lagi beberapa kes yang tidak dapat dihidu oleh pihak media. Apa nak jadi ni..?! Pada zaman dahulu.. zaman remaja bagi ayah dan ibu kita dahulu, perbuatan bunuh diri adalah amat jarang-jarang berlaku. Ia menjadi satu kepelikan dan kehairanan jika berlaku perbuatan terkutuk ini. Namun, sekarang ini.. bunuh diri seolah-olah menjadi satu trend untuk menjadi penyelesaian andai seseorang itu dibelenggu masalah.

Hai.. Masalah.. masalah.. dan masalah..! Sedangkan perbuatan terkutuk ini amat dilarang dalam agama Islam.. Sepatah ayat dalam bab keempat Al-Quran, An-Nisaa berbunyi:
"Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29)

Opps.. bukan agama Islam sahaja.. tetapi semua agama melarang perbuatan terkutuk ini..!Sudah jelas.. Allah sayang pada kita.. tapi kita tidak pernah nak sayang kepada diri sendiri.. Patutkan dengan hanya kerana masalah, kita korbankan kasih sayang Allah pada kita..?


Namun, timbul persoalan mengapa perbuatan jelik ini tetap menjadi pilihan utama masyarakat yang hidup di zaman cerdik pandai dan penuh kemodenan ini untuk menyelesaikan masalah ? Pelik. Andai ia berlaku pada zaman remaja ibu dan ayah kita dahulu, mungkin boleh diterima dengan alasan kurang pendedahan agama berikutan kesusahan dan hidup tanpa kemodenan. Tapi, ia sebaliknya. Mengapa kemodenan, kemewahan dan kecerdikan masyarakat sekarang ini membuatkan mereka lagi 'tidak cerdik' dalam menguruskan kehidupan? Bukankah ini bukti menunjukkan bahawa itu semua tidak menjamin kepada kesejahteraan masyarakat. Iya.. betul. Tapi, itu yang pimpinan negara kita kejarkan..!Itu yang menjadi matlamat dan impian mereka..! Dan itu yang mereka realitikan sekarang ini..!

Ini baru kita bincang pasal 'bunuh diri', gejala sosial.. buang anak.. dadah.. rompak.. rogol.. bunuh.. ummmpphh.. bukankah ia sudah menjadi perkara biasa sekarang ini? Lu jawab la sendiri..

Benih yang tidak baik akan merencatkan pertumbuhan sesuatu tumbuhan itu. Tumbuhan itu akan layu dan mati. Begitu juga dengan asas pemerintahan yang di 'matlamat' kan dalam sesuatu pemerintahan. Andai baik asasnya.. baiklah natijahnya.. begitu juga sebaliknya. 1+2 tetap 3, ia tidak akan menjadi 5.. tidak.. sesekali tidak.

Namun, masih lagi belum terlambat untuk kita kembalikan zaman remaja ibu-bapa kita dahulu. Belum terlambat. Bukan direalitikan pada zaman kita sekarang ini tetapi zaman anak-anak kita nanti. Ubah lah mentaliti mereka. Tanamkan kemewahan, kemajuan,kesenangan dan keseronokan bukan segala-galanya. Tapi, hendaklah mencari keberkatan. Ibu bapa kita dahulu, tidak mewah.. tetapi tetap bersyukur. Tidak maju tetapi tetap redha. Hiburan mereka adalah mandi sungai, bermain lumpur di sawah, tangkap ikan.. namun, tetapi ada sikap bertanggungjawab. Mana ada pencemaran sungai pada zaman dahulu. Sekarang..?! Ummph..

Moga kita dan zuriat-zuriat kita terpelihara daripada perbuatan mungkar kepada Allah. Moga kita dan zuriat-zuriat kita tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat kepada Allah dalam semua hal. Istighfar lah tika sedar melakukan dosa. Salam syifa'..

Monday, November 24, 2008

Mikaeel Jackson..


Assalamualaikum..
TERKEJUT..!Itu rasa yang menggegarkan dada arjuna bila terbaca Michael Jackson memeluk Islam. Wahh.. Alhamdulillah.. Ini kali kedua 'orang kulit hitam' membuat kejutan besar dalam tahun ini. Pertamanya, ketika kemenangan Obama dalam Pilihanraya Presiden A.S dan bakal menerajui negara yang paling berkuasa di dunia. Sekarang pula adalah berita yang minda arjuna santap sebentar tadi. Michael Jackson yang dikenali dengan tarian hebatnya dan suaranya yang diminati ramai serta mempunyai jutaan peminat diseluruh dunia telah mendapat hidayah Allah dengan memeluk Islam..!
Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberi hidayah kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).-Surah Yunus (25)

Nama Islam Michael Jackson ialah Mikaeel yang merupakan juga nama malaikat pemberi rezeki.Semoga hidayah itu akan berkekalan hingga beliau menjadi muslim yang mukmin, insyAllah. Bolehlah Mikaeel berduet dengan Yusuf Islam selepas ini....!(><)- salam syifa'..

Thursday, November 13, 2008

KiTa PaStI MATI...

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini. - http://www.malaysiakini.com/news/92879


Assalamualaikum..

Isu sajak kematian yang meletup di akhbar sejak akhir-akhir ini memanggil arjuna untuk memberi sedikit pandangan. Sajak kematian yang memaparkan gambaran bagaimana seksaan di alam kubur ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Seperti biasa, nada kerajaan adalah seirama dengan pihak yang menentang jika sesuatu itu ada kaitan dengan agama. Adakah anda masih ingat dengan isu ‘Jom Heboh’ anjuran tv3 dahulu? Walaupun mufti yang di akui telah mengeluarkan fatwa bahawa ia HARAM, namun ‘Jom Heboh’ itu telah diHALALkan oleh kerajaan. Begitu juga dengan isu murtad, walaupun seorang mufti telah mendedahkan angka orang Islam yang telah murtad berjumlah beribu-ribu, namun pihak kerajaan menafikan dengan meminta bukti-bukti yang kukuh.

Sepatutnya kerajaan yang kononnya meletakkan Islam sebagai akar pemerintahan ini menunjukkan kerisauan dalam isu ini bukannya menimbulkan keraguan. Bukankah kepincangan akhlak muda mudi sekarang ini adalah hasil daripada banyaknya keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh kerajaan? Erm.. Keraguan dalam pendidikan misalnya.. Cuba intai isu rotan pelajar, kerajaan tidak bersetuju dengan peraturan ini kerana ia akan memberi tekanan kepada para pelajar. Lucu. Bila timbul isu pelajar menendang guru, isu ini kembali timbul… namun, seperti biasa.. kerajaan tetap keras kepala..!

Nabi SAW sendiri mengajar kita dalam hadis baginda supaya memukul (tanpa menyakiti) anak-anak jika tidak solat ketika umur anak-anak kita sudah mampu untuk solat. Mampu untuk solat pun dah boleh dipukul.. Bila baligh.., lu fikir la sendiri..!
Berbalik kepada isu sajak kematian tadi, kita semua tahu bahawa kematian itu sesuatu yang pasti. Wajib mati kepada mereka yang dihidupkan oleh Allah. Tidak dapat tidak. Justeru, salahkah jika pihak sekolah atau sesiapa sahaja mengambil insiatif untuk memberi peringatan kepada mereka yang hidup untuk sama-sama memperingati mati..? Bukankah kita akan mati?..

Iya.. mungkin ada di kalangan kita senada dengan arjuna tentang isu memberi peringatan tentang kematian tetapi tidak bersetuju method peringatan itu. Tidak boleh guna cara yang keras, nanti akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada pelajar dan ia boleh membawa kesan yang buruk kepada pengukuhan akidah. Mungkin itu hujahnya.

Erm.. kalau begitu, bagaimana pula dengan penyiaran drama seram atau cerita hantu seperti ‘Kekasihku Seru’, ‘Puaka Niyang Rapik’, ‘Jangan Pandang Belakang’ dan banyak lagi drama-drama dan filem-filem yang boleh membawa kepada keruntuhan akidah dan 100 kali ganda lebih seram daripada penayangan klip sajak kematian yang tentang oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan?..

Berhentilah mengHALALkan benda yang HARAM dan mengHARAMkan benda yang HALAL lagi.. Kasihanilah remaja-remaja kita yang sedang enak dibuai kelaghaan. Cukuplah remaja-remaja kita yang sedang parah dan memerlukan agama sebagai penawar. Remaja hari ini adalah gambaran remaja pada masa depan. Boleh anda gambarkan bagaimana remaja pada masa depan jika anda perhatikan akhlak, kelakuan remaja pada hari ini?.. Fikir-fikirkan.. salam syifa’..

Tuesday, November 11, 2008

Allahyarham Aduka... tetap di hati..


Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. sempat juga mencelah dalam kesibukan.. anda apa khabar? moga dalam rahmat Allah sokmo deh.. 2,3 hari lepas arjuna telah dapat berita tentang kematian seorang teman yang dahulunya sama-sama belajar di Syria. Allahyarham dari Terengganu. Allahyarham meninggal akibat kemalangan dengan sebuah kereta. Bila mendapat berita tentang kejadian tersebut, sedih yang amat menerjah ke dalam jiwa arjuna. Bergentayangan memori yang amat sedikit bersama-sama Allahyarham di dalam minda. Sedikit.. namun begitu terkesan di hati. Terkesan kerana kebaikan beliau yang amat gemarkan pengajian.
Di Syria dahulu, Allahyarham boleh dikatakan salah seorang pelajar kesayangan seorang guru@baba dari Pattani yang bernama 'Cik Die' (kalau tak silap arjuna). Boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah ketinggalan program pengajian tersebut. Selesai satu kitab, bertukar kepada kitab lain.. sehingga arjuna rasa lebih dari 20 kitab mereka khatamkan. Ada kitab JAWI.. ada juga kitab ARAB.. Pada masa tersebut, arjuna lebih suka kan pengajian dengan masheikh Arab untuk kuatkan bahasa. Cuma jarang-jarang sahaja pergi mengaji dengan masheikh 'Melayu', namun kedua-dua pengajian tersebut ada kelebihan masing-masing. Asalkan mengaji.. jangan dok lepak kat c.c sahaja..!
Satu perkara yang menarik tentang diri Allahyarham ialah sikap 'ihtimam' (ambil berat) Allahyarham kepada persatuan (Persatuan Pelajar Malaysia Syria). Allahyarham yang digelar oleh arjuna sebagai 'posmen' kepada PPMS amat komited dan tidak pernah bersungut akan kerjanya itu. Pernah arjuna tanya Allahyarham, " Tak boring ke kerja posmen ni.." nak tahu jawapan Allahyarham?.. " Tak pe lah, ini juga sumbangan ana pada persatuan, ana tidak lah sehebat orang lain yang hebat-hebat tu nak sumbang lebih-lebih..".. . Tawadhuk juga di antara pakaian Allahyarham. Sikap Allahyarham ini patut dicontohi kerana ramai mereka yang mengaji tapi langsung tidak ambil tahu tentang masalah dan program berkaitan masyarakat. Mungkin ini yang dididik oleh Darul Quran, Rusila kepada Allahyarham.. Tahniah, kepada DQ..
Kerana sikap Allahyarham ini juga, arjuna telah memasukkan satu watak khas untuk Allahyarham dalam cerpen terakhir arjuna semasa berada dalam waktu kecemasan ketika belajar di Syria dulu. Anda boleh lihat DI SINI

Apa pun, ADUKA BIN ALIAS tetap hidup di hati arjuna. Moga ruhnya bersama-sama dalam golongan beriman dan bertaqwa. Janganlah kita menjadi seorang yang bakhil untuk menyedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham ..Al Fatihah!.