Tuesday, September 23, 2008

BN yang huru hara..


Assalamualaikum..
Bumi Malaysia mengalami gempa politik yang amat kuat. Huru hara dalam BN semakin terserlah walau PR masih belum dapat menduduki Putrajaya. Janji psiko politik Anwar di gelak tawa oleh pimpinan BN walaupun arjuna percaya dalam hati mereka sedang berserabut, lelah, pening dan pelbagai rasa yang boleh membawa mereka menamatkan riwayat politik lebih awal biarpun masih belum puas merompak harta rakyat. Rakyat makin benci dengan gelagat ‘buat bodoh’ pimpinan BN apabila dulu pernah berjanji akan menurunkan harga minyak jika harga minyak dunia semakin turun.. dan sekarang terbukti ia berlaku tetapi bilakah harga minyak akan turun?.. Ya.. mungkin akan turun tetapi masanya semestinya tidak ‘selaju’ atau ‘sederas’ semasa menaikkannya dulu..!

Kalau diperhatikan, GERAKAN dan MCA sudah mula menunjukkan taring mereka.. GERAKAN secara terang-terangan telah berani memberikan ugutan kepada UMNO untuk keluar daripada BN berkenaan isu perkauman, MCA juga sudah berani menyuarakan rasa tidak selesa dengan penggunaan ISA dan mula menggesa pimpinan BN mengkajinya balik.. Tidak ketinggalan MIC yang secara jelas telah menyatakan bahawa rakyat India amat benci kepada kerajaan kerana penggunaan ISA yang menahan pimpinan HINDRAF dan pelbagai isu lain. BN makin tertekan dengan parti sekutunya iaitu SAPP yang membuat pengumuman keluar dari BN. Begitu juga dengan perbalahan dalam merebut jawatan dalam UMNO sendiri dan terbaru perletakan jawatan Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim. Teringat kalam Tok Guru “ Menteri Undang-Undang yang dilantik kerajaan sendiri tidak bersetuju dengan penggunaan ISA, jadi BN nak percayakan siapa lagi?”.. Rakyat telah muak dan boring dengan permainan politik kotor UMNO. Ini semua menunjukkan secara tersiratnya PR telah menang! PR telah berjaya buat BN hura-hara dengan menghantar taufan psiko politik yang hebat.. Tahniah DSAI!.

Namun, bagi rakyat terbanyak yang mahukan perubahan, mereka terus dan masih menanti janji yang dibuat oleh DSAI.. Pimpinan PR kena memikirkan perkara ini. Orang Melayu pantang jika memungkiri janji. Perubahan kerajaan yang dicanangkan oleh DSAI mesti dilakukan dalam masa terdekat. Pimpinan PR juga mesti menyelesaikan pertembungan fikrah dan aqidah yang bakal berlaku antara PAS dan DAP andai PR dapat memerintah Malaysia. Ini juga amat mengelirukan rakyat. Pimpinan PR mesti mempunyai formula yang lengkap dan dapat membuatkan hati rakyat merasa tenang jika berlaku perubahan kerajaan kelak. Tidak mengapa andai bergaduh sekarang asalkan jangan pula bergaduh semasa PR memerintah kelak..! Masa itu rakyat akan menjadi mangsa.. PAS mesti mempunyai pendirian yang jelas dan tetap..bertolak ansur ada hadnya.. jangan sampai menggadaikan aqidah dan meruntuhkan impian dan matlamat kita yang ingin mendaulatkan pemerintahan Negara Islam secara syumul.!..

Moga Allah akan tolong perjuangan Islam yang nyata dalam kebenaran dan meruntuhkan perjuangan thoghut yang nyata dalam kesesatan.. salam syifa’..

Monday, September 22, 2008

Luahan rasa peserta Imtiyaz Team..

Assalamualaikum..
Di bawah ini arjuna siarkan sebahagian komentar yang diberikan oleh para peserta yang menyertai program-program Darul Imtiyaz.. bagaimana dengan anda?.. Jangan tunggu lama-lama.. hehe.. sila layari website : www.dimtiyaz.blogspot.com dan http://akademibahasaarab.wordpress.com untuk keterangan lanjut.. syukran.

1) Komen Dari: Ayu Shahira Abd Razak, SMKA Simpang Lima, K Selangor.Best…Tak seperti yang dijangka”Indah Rupa Dari Khabar”. Datang Simpang Lima lagi

Pengurusan program bagus, one of the best program yang saya pernah pergi..dtg kat Simpang 5 lagi.

2) Komen Dari: Kamarul Ariffin Abd Rahman, SMK Segambut Jaya, K Lumpur.
Bagus. Darul Imtiyaz memang bagus. Tapi cuba tambah lebih matapelajaran selain Bahasa Arab. Teruskan amar ma’ruf, nahi mungkar !!!.

3) Komen Dari: Muhammad Ashraf Bin Zulkifli, SMK Segambut Jaya, K Lumpur.Semoga program ini akan diteruskan pada tahun akan datang !! Syabas Darul Imtiyaz Resources.

4) Komen Dari: Muhammad Shafiq Fahmi Bin Muhammad, SMKA Simpang Lima, K Selangor.Secara Ringkasnya, Darul Imtiyaz memang telah mempertingkatkan prestasi saya dalam Bahasa Arab.

5) Komen Dari: Muhammad Hakim B Zainal Abidin, SMK Segambut Jaya, K Lumpur
Kem ini wajar diadakan pada setiap pelajar form 3 yang mengambil aliran agama di mana terdapat Bahasa Arab. Kem ini bagus dan tenaga pengajarya juga berbakat dan berpengalaman.

6) Komen Dari: Shukhairi Akmal, SMK Clifford, K Lipis, Pahang.
Seminar ini amat membantu saya untuk saya menyelesaikan perkara yang saya tidak tahu selama ini.

7) Komen Dari: Siti Nor Hamimi Suhaimi, SMKA Simpang Lima, K Selangor.Darul Imtiyaz perlu perkembangkan lagi promosi… Darul Imtiyaz sangat menyeronokkan, tak ada program Bahasa Arab yang best macam ni…

Syabas Dan Tahniah..!



Akademi Bahasa Arab Darul Imtiyaz Resources tahun ini menyaksikan seramai 11 orang pelajar telah menamatkan pengajian. Mereka ialah: Dr Mohd Ramdzan Md Jamil, En Othman Bin Dasil, En. Che Othman@Malek Bin Che Mansoor, En Nasir Bin Daud, Puan Sarah Bt Sulaiman, Puan Sharifah Junidah Bt Syed Omar, En. Idris Abdul Rauf, Puan Zahidah Binte Haji Ismail, Cik Noor Idayu Binti Mhd Tahir, Dr Rusnah Binti Hasan, dan Pak Atan(Dato’ Haji Atan Abu Bakar). Pihak kami mengucapkan SYABAS kepada mereka di atas perjuangan mereka mempelajari Bahasa Arab Bahasa Al-Qur’an bermula dari tahap 1 sehingga tahap 6.

Bukan mudah sebenarnya untuk istiqamah seperti mereka. Kesibukan dengan tugas-tugas harian tidak menghalang mereka untuk mendalami Bahasa Al-Qur’an. Dr Mohd Ramdzan Md Jamil sebagai contohnya walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang doktor pakar bius di Hospital Serdang tidak menjadikannya alasan untuk tidak mengikuti dan mempelajari Bahasa Arab. Begitu juga Dr Rusnah Binti Hasan, seorang doktor pakar mata dari hospital yang sama begitu sabar dan bersemangat sehingga dapat menamatkan kelas pengajian Bahasa Al-Quran tersebut.

Usia juga bukan penghalang untuk seseorang mempelajari Bahasa Arab. Lihatlah Puan Sarah Sulaiman yang umurnya sekarang sudah mencecah 60-an tetapi tetap teguh sehingga beliau dapat menguasai Bahasa Arab dan antara pelajar terbaik dalam kelas. Beliau yang juga ibu kepada bekas Personaliti TV3 Wan Zaleha Wan Radzi amat rajin. tekun, istiqamah dan berminat menguasai Bahasa Al-Quran bermula dari tahap 1 sehingga tahap 6. Mengikut pendapatnya: Kelas Bahasa Arab Komunikasi anjuran Akademi Bahasa Arab Darul Imtiyaz R’ces adalah kelas terbaik yang pernah beliau ikuti.

Pelajar-pelajar lain juga tidak kurangnya hebatnya. Tahniah sekali lagi kepada mereka. Semoga Allah mencatat nama mereka antara hambaNya yang telah berusaha mengusai Bahasa Al-Quran. Pihak kami berdoa agar mereka dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan diredhai Allah ta’ala. Kepada anda semua yang belum mempelajari Bahasa Arab, jadilah dan contohilah mereka.

http://akademibahasaarab.wordpress.com/apa-kata-mereka/
http://www.dimtiyaz.blogspot.com